Bab 2 : Mimpi Kisah Semalam

189 1 0
                                    


Kalau aku tak boleh dapatkan kau, orang lain pun tak boleh juga!" Tempik lelaki itu kuat sambil sebilah pisau tajam berkilat terhunus di tangan kanannya. Nekad benar bunyi bicara yang kedengaran.

Dia menelan air liur. Kelat terasanya. Berpeluh-peluh dahinya. Tak sangka akan berdepan dengan situasi sebegini genting di dalam hidupnya hari ini. Kaki mula mengundur selangkah demi selangkah menjauh bila melihat lelaki itu mula mara merapati dirinya.

"Jad, please jangan hukum aku macam ni." Rayunya. Berdoa agar lelaki itu berlembut hati bila mendengar suaranya itu.

"Arghh hidup aku dah banyak kali ditimpa malu dek sebab sikap kau tu. Aku tak tahu nak sorokkan mana lagi muka aku ni Hanna. Aku ikhlaslah nakkan kau, tapi ini balasan yang aku dapat? Apa berdosa sangat ke aku sebab sukakan kau? Ke sebab aku tak sekacak lelaki-lelaki lain yang meminati kau tu, sehingga tergamak kau buat aku macam ni? Kau ingat aku tak ada maruah diri ke?" Soalnya sambil tangannya membetulkan letak duduk cermin mata besar yang sudah pecah cermin sebelah kirinya. Ditampal dengan selotape. Tak mampu dia membelinya yang baru. Pecah sebab jatuh ketika dia mengelak tumbukan Hairi ketika dia berada di dalam tandas lelaki tadi. Tak habis-habis lagi Hairi rupanya.

"Jad.. aa.. aak.. aku..." Dia akui memang salahnya dan dia kesal. Dia sendiri tahu kalau dia yang berada di tempat lelaki itu pun, mungkin dia akan bertindak seperti apa yang lelaki itu lakukan kini.

"Huh! Tak sangka kau hanya cantik dekat luar saja, tapi dekat dalam, hati kau busuk. Aku kecewa dengan sikap kau Hanna!" Lelaki itu menempik kecewa.

"Biar aku tamatkan semuanya sekarang ni juga!" Sambung lelaki itu serentak semakin mendekat pada dirinya yang semakin terhimpit dek dinding bangunan itu.

"Jad, please, maafkan aku. Aku merayu. Aku janji kalau kau bagi aku peluang, aku akan berubah. Akan cuba terima kau seadanya." Masih tidak putus asa untuk cuba merayu, berdoa agar lelaki itu mengubah fikirannya.

"Argghh pergi mampuslah kau Hanna!!! Tak payah nak cuba berjanji dengan aku lagi. Bagi aku segalanya dah terlambat. Dah over! Aku tak akan percayakan kau lagi." Serentak tangannya dihayunkan laju dan pisau tajam itu rakus membenam ke dalam tubuh gadis itu.

"Allah!!!" Dia menjerit sekuat hati, menahan kesakitan yang tidak terucap dengan kata-kata tatkala mata pisau itu merobek isi tubuhnya. Dia tersentak lantas membuka matanya, berpeluh-peluh wajah dan seluruh tubuh. Basah t-shirt putih yang dipakai sebagai baju tidurnya malam ini.

Ya Allah aku bermimpi rupanya. Dia meraup wajahnya bila yakin yang tadi cuma sekadar mimpi ngeri yang hadir ke dalam tidurnya bila melihat dirinya masih lagi berada di dalam kamar tidurnya.

Kenapa pelik sangat mimpi aku kali ni? Dah lama sangat aku cuba lupakan nama itu.

"Ya Allah, Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun, ampunkanlah segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan dulu. Aku kesal ya Allah, aku rasa sangat bersalah ya Allah." Doanya bersama esakan yang terbit secara tiba-tiba, tersengguk-sengguk bahunya. Tangan menekup ke wajah sendiri, rasa kesal dengan keterlanjuran perbuatan di masa-masa lalunya.

Ah maafkan aku, sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas sebuah lagi katil yang berada di dalam bilik itu dihampiri. Kesal, mesti jeritannya tadi sudah mengganggu lena Lysa Hanna. Jari jemari menyentuh tangan Lysa yang hanya semakin tinggal tulang. Sudah lama sangat gadis itu tidur. Tidur semenjak kemalangan yang merenggut terus segala-gala miliknya lebih 5 tahun dahulu.

Kau tak mahu bangunkah? Tolonglah bangun, aku rindu sangat nak dengar leteran dan bebelan kau. Tahu tak ada banyak benda yang aku nak ceritakan pada kau. Kau mesti seronok tengok keadaan aku sekarang ni. Aku dah berubah aku dah ikut cakap kau. Tolonglah bangun dik. Aku perlukan kau, aku dah tak kuat dah.

Tangan Lysa Hanna yang dingin itu diletakkan ke pipinya sendiri. Rindunya akan sentuhan hangat tangan itu yang dahulu suka sangat mencubitnya bila terlepas laku, yang suka menarik pipinya bila dia buat nakal.

Kemalangan helikopter satu keluarga ahli perniagaan yang terpampang di dada akhbar dan menjadi tajuk utama serta betul-betul menjadi isu hangat suatu ketika dahulu. Beberapa kali dia pengsan bila tahu kemalangan itu melibatkan ahli keluarganya. Kedua ibu bapanya terbunuh sama sekali dan Lysa adik yang lahir pada tahun yang sama denganya tetapi berbeza bulan, Lysa di hujung tahun dan dia di awal tahun koma kerana kecederaan parah di seluruh tubuh dan otak. Bagai jatuh ditimpa tangga, perusahaan ayahnya pula gulung tikar. Habis segala hartanya dirampas oleh pihak bank untuk melangsaikan hutang syarikat, mujur juga rumah yang diduduki ini atas namanya hadiah sempena hari lahirnya yang ke 21 kalau tidak barangkali dia sudah tiada tempat berteduh langsung.

Dia dengan Lysa bezanya macam langit dengan bumi, Lysa sangat matang dari cara pergaulan, pemakaian mahupun pemikiran. Kadang-kadang orang sangka mereka berdua adalah kembar kerana muka mereka yang seiras yang membezakan mereka dengan mudah adalah cara pemakaian.

Lysa sangat menjaga penampilan, pakaiannya sentiasa yang labuh dan menutup aurat. Lysa paling suka berbaju kurung beza sangat dengan dirinya yang suka berskirt pendek dan berpakaian ketat. Lysa tak pandai bersosial, Lysa tak ramai teman berbanding dirinya. Selalu juga dulu dia paksa Lysa menipu mama dan babahnya kalau dia terlewat pulang.

Hari kemalangan tu, dia ingat lagi. Dia berkeras tak mahu ikut sekali. Selepas mereka pergi dia ambil keputusan mengadakan parti di rumah banglo mewahnya, orang gajinya semua dihalau keluar. Dia tak mahu sebarang gangguan. Dia minum sampai lupa diri. Sampai tak ingat segala-galanya. Sedar-sedar saja keesokan harinya lebih kurang jam 1 tengah hari dia didatangi penguatkuasa menyampaikan berita duka. Dia yang dalam keadaan belum sedar sangat dari mabuk hanya endah tak endah. Hanya selepas beberapa jam dari itulah barulah dia sedar sepenuhnya. Dia meraung macam orang hilang akal. Pengsan beberapa kali. Tak peduli langsung keadaan diri yang tak terurus.

Kata mereka enjin helikopter itu hilang fungsi sehingga menyebabkan ia terhempas sedangkan pada hari itu keadaan cuaca adalah baik. Kemungkinan tidak diselenggara dengan baik itulah kata-kata para penyiasat yang menyiasat kes kemalangn itu tapi entahlah sukar dia hendak percaya, mungkin ada yang mensabotaj sebenarnya tapi dia tiada berwang untuk menyiasat dengan lebih lanjut.

Kau tak penat ke tidur lama-lama? Bangkitlah dik, please demi kakak. Kakak penat dah hidup seorang diri macam ni.


Dendam Cinta SemalamWhere stories live. Discover now