Bab 5 : Kenapa dia?

123 0 0
                                    


Apa kena dengan aku ni? Lya Hanna membebel sendiri, terkumat-kamit mulutnya. Segala apa yang dilakukan hari ini semuanya tak menjadi. Pegang pen pun boleh terlucut dari tangan sampai beberapa kali. Menaip surat pun asyik tersilap eja saja perkataannya.

Bayangan mimpi yang datang mengganggu tidurnya asyik sangat mengusik ketenangan. Sesekali dia menjeling ke arah lelaki pemilik nama Amal itu. Cuba ditilik seboleh mungkin raut wajah itu, mencari bukti nyata yang mereka memang pernah bersua sebelum-sebelum ini.

"Lya pinjam pemadam!" Laung Safeha yang duduk hanya berselang beberapa meja darinya.

Isk dia ni pemadam pun tak ada ke? Kalut mencapai pemadam jenis Faber Flat itu. Ingin dibaling ke arah gadis itu, tapi entah macam mana pegangannya pada pemadam itu terlucut, tercampak jatuh ke bawah meja.

Aduh time ni pulalah dia nak jatuh. Dalam pada merungut-rungut dia menunduk jua untuk mengambil pemadam yang jatuh itu.

"Awak buat apa Hanna?"

Bukk! Terkejut ditegur membuatkan kepalanya terus terhantuk pada meja.

"Aduuuuhh!" Sambil mengusap-ngusap kepalanya.

"Sakit ke? Sorry, saya tak sengaja. Tak sangka awak akan terkejut sampai terhantuk begini." Cepat-cepat meminta maaf, rasa bersalah pula menjadi penyebab Lya Hanna terkejut dan terhantuk.

"Taklah... sedap!" Huh kalau ya pun nak menegur aku ni, sabar-sabarlah dulu.

"Lya pemadam!" Jerit Safeha lagi

"Ya kejaplah. Kut ya pun sabar." Terus dibalingkan pemadam itu kepada Safeha dan gadis itu menyambutnya.

"Encik Amal nak apa lagi?" Soalnya masam, bengang.

"Yang saya suruh buat tu dah siap ke?" Amal bertanya, tidak peduli muka Lya Hanna yang kelat itu.

"Dahlah.. nah." Sekeping kertas putih yang sudah bertaip kemas dihulurkan kepada lelaki itu.

"Apa ni Hanna?" Tiba-tiba suara lelaki itu menengking kuat. Suara lembut tadi bertukar kasar. Mood lelaki itu berubah mendadak. Kertas yang tadinya elok kemas kini sudah dikeronyokkan dan dicampakkan ke mukanya kasar.

Tersentak dia melihat perbuatan lelaki itu. Tak sangka sebegitu kali tindakan Amal. Kalaulah ya pun marah... tak payahlah sampai keronyok kertas tu dan baling ke muka aku ni. Apa dia ingat ni dalam drama TV3 pukul 7 petang tu ke? Marah sikit, naik hantu, lepas tu hilang kawalan, lepas tu....

"You ni dah berapa lama kerja dekat sini hah? Macam budak tahun satu saja gayanya. Kerja aci redah saja. Dah siap apanya kalau ayatnya tunggang langgang macam apa. Ejaan pun banyak salah-salah." Sambung Amal lagi bila melihat Lya Hanna diam membatu.

"Saya minta maaf." Perlahan suaranya. Dia tahu kulit wajahnya pasti sudah berubah warna waktu itu. Panas terasa di wajah.

Sampainya hati marah aku macam ni. Kalau pun betul aku silap tegurlah elok-elok sikit. Tak professional betullah dia ni. Baru berapa hari kerja di sini dia dah tunjuk lagak. Benci betul. Lya Hanna menggetap bibirnya kuat. Sakit tapi lagi sakit hatinya waktu itu. Eh nasib baik anak bos, kalau taraf sama dengan si Fia tu, memang siaplah aku marah dia balik.

"Minta maaf, minta maaf... Kalau maaf tu boleh selesaikan masalah tak apalah juga." Sindirnya sinis. Langsung menolak maaf yang dipohon oleh Lya Hanna. Dia tak mahu memberi muka kepada gadis itu.

"Habis tu Encik Amal nak saya buat apa lagi ha? Menangis melutut depan awak? Menyesali kesilapan saya? Begitu? Hello, hal sebegitu kecik tak perlulah nak besar-besarkan. Matanglah sikit." Dia sudah mula meninggikan suaranya. Kehilangan separuh kesabarannya.

Dendam Cinta SemalamWhere stories live. Discover now