Bab 2

8.2K 415 12
                                    

20 Mac 2020/ 06 April 2024


"Okey... Waalaikumsalam." Lepas sahaja salam dibalas, punat merah terusku tekan. Angkat kepala dan pandang ke hadapan. Haihlah... Nampaknya kena balik sendirilah aku hari ini.

Kusangakkan yang Abang Aiman lambat ambil aku sebab traffic sesak ke apa. Rupanya tak dapat datang terus! Seriuslah, jam-jam macam ini dia dengan papa kena berangkat ke Johor? Sampai aku ini pun diabaikan. Tapi nak salahkan mereka pun tak boleh juga. Dah tuntutan kerja, bukan mereka ke Johor sebab nak cuti-cuti Malaysia.

Nak susahkan hidup abang aku yang seorang tu pun, gerenti dia tak dapat datang punya. Sekarang ini kan musim cuti semester, Abang Amin tu pula ambil peluang untuk pulang kampung nun jauh di luar bandar sana nak temankan atuk dan nenek kita orang. Kalau call dia suruh ambil aku, itu another level of stupido namanya. Gila nak dia jemput aku? Makan tiga jam perjalanan dari kampung tu ke bandar Kuala Lumpur ni.

Maknanya dalam situasi macam ini, aku kena pasrah dan reda naik Grab. Biasa tak biasa, kena ajelah terima. Daripada aku bonceng kat belakang Si Leon a.k.a kawan sekerja aku itu, lebih baik aku naik pengangkutan lain. Selamat juga buku amalan buruk aku hari ni daripada tercatat perkara maksiat.

"Betul kau tak nak aku hantar kau ni, Unie?"

Suara itu masuk ke dalam telinga, menggamit aku memandang ke arahnya. Masa itu Leon dah pasang helmet ke kepala. Tengok aku pula dengan muka risau. Macamlah aku ini anak dia yang nak ditinggalkan berseorangan di sini.

"Berapa kali nak cakap der... Ya, aku pasti. Kau baliklah, Leon. Aku tak akan punya singgah club ke, hotel ke kalau pun abang-abang aku tak ambil." Aku sengaja bergurau dengannya, tapi tak sangka pula muka Leon boleh berubah tegang lepas tu. Tahu sangat itu muka tak suka.

"Aku tahu agama kau larang kau buat benda-benda macam itu, Unie. Dan aku tahu kau tak akan buat pun walaupun kau ada peluang. Tapi yang aku risaukan sekarang ini tentang keselamatan kau, tahu?" Berdesup bahasa melayu fasih dia tanpa ada sedikit pun slang Chinese. Leon salah seorang warga negara Malaysia yang berbangsa Cina, tapi pertuturannya Melayu sungguh. Masa mula-mula dulu aku kenal dia, aku confuse juga. Sikit lagi aku cup dia Melayu bermuka Chinese.

"Relakslah. Insya-Allah, aku akan okey. Kalau ada apa-apa jadi aku keluarkan ajelah bunga-bunga Taekwondo aku. Jamin penjahat itu lari punya. Kau tahu, papa aku bukan saja-saja suruh aku masuk kelas seni bela diri itu?"

"Ya... Lepas itu kalau ahlong-ahlong itu muncul, jangan lupa sampaikan kirim salam aku kat mereka ya!" ujarnya geram sebelum penutup muka ditarik ke bawah. Tertutup keseluruhan wajahnya.

Meremang bulu roma aku lepas dengar kata-katanya itu. Entah kenapa dada berdebar tak sedap hati. Kalau tadi aku yakin keselamatanku terjamin, tapi tidak bila Leon mention nama penyangak tu, aku rasa nak pitam.

"Dia orang cari aku sekarang ini. Aku okey." Masih cuba yakinkan Leon, tapi aku tahu jawapan aku itu meningkatkan lagi keraguan. Sebab sekarang ni, aku sendiri boleh dengar rasa takut dalam nadaku.

Leon pandang aku lama. Seolah-oleh biarkan aku balik seorang diri akan buat dia rasa menyesal selepas ini. Namun Leon cuma setuju selepas sahaja aku tepuk bahu dia menggunakan botol airku, minta dia pergi. Helmet diperbaiki kedudukannya sebelum dia memulas handle motosikalnya. Maka berdesuplah dia pergi. Yang tertinggal pun saki baki asap motosikal dia itu. Aku yang duduk dekat pun automatik terbatuk-batuk bila asap tu termasuk ke paru-paru. Sibal betul! Sempat lagi dia kenakan aku!

Aku bangun dari kedudukanku lalu segera tangan melekat pada tali beg. Perbaiki kedudukan beg sandangku. Tiba masanya aku kena bertolak. Jam tangan dikerling sekali lagi. Dah nak masuk asar. Tak apa, nanti aku singgah mana-mana surau terdekat sebelum balik karang. Here we go, it's adventure time!

MR. KING CONTROL (MSS)Where stories live. Discover now