Bab4

7.3K 368 26
                                    

31 Mac 2020/ 10 April 2024

Buku-buku yang berada di hadapanku itu aku gapai. Belek satu per satu dari muka surat pertama hinggalah ke muka surat terakhir. Sama, otak aku masih terfikir benda yang sama. Langsung tak boleh terhindar daripada fikirkan tentang lelaki itu. Dia okey ke tak itu? Sihat? Yang lebih penting, macam mana tentang keselamatannya?

Masih kuat ingatanku saat kali terakhir aku memandang wajahnya. Tak lama lepas dia mematikan talian, lima minit dari lepas itu ada seorang lagi lelaki yang aku tak kenali muncul entah dari mana. Tak perlukan bicara mulut, kedua lelaki itu langsung sahaja berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat apabil mata mereka bertembung. Faham apa yang dimaksudkan, lekas lelaki baru itu berikan satu sut case berwarna hitam kepadanya. Kemudian, lenganku pula jadi galang gantinya.

Lelaki berkemeja biru itu sedikit teragak, namun tidak pula dia kata apa-apa. Faham akan kehendak ‘rakannya’ itu, lengan aku dia pegang kuat. Aku binggung di sana. Lepas dapat sut case itu, dia bagi aku kat orang lain? Apa ni, sistem barter ke? Wei, ingat aku ni barang ke apa boleh dipasing-pasing?!

“Apa ni? Lepaslah!” Masih keliru, aku tarik tanganku secepat yang mungkin daripada lelaki itu. Bila tengok tak ada tanda-tanda dia mahu melepaskan aku, kepala aku paling semula pada lelaki tadi. Itu pun hanya untuk melihat wajah tak beremosinya.

Take care of her, Ilham. Make sure you drive her home safely.” Itu sahaja arahan yang dia berikan sebelum mata hitamnya itu kembali kepada lelaki yang dipanggilnya Ilham itu. Ilham angguk tanda faham.

Of course, sir.” Ujar Ilham dan angguk sekali.

Itu aje? Silih ganti aku melihat ke arah mereka. Dua-dua pun hanya bermuka serius. Seboleh-bolehnya macam mereka berdua aje yang faham bahasa itu dalam dunia ini. Tanpa diberi penjelasan apa-apa lagi, lenganku terasa ditarik buatkan kaki juga turut terpaksa mengikuti langkah Ilham.

“Tapi… Tapi dia macam mana?” Sedar kami mula meninggalkan kawasan itu, aku terus pandang lagi lelaki tinggi itu semula. Dia masih berdiri tegak di sana. Juga merenung aku. Pandangannya beku tapi nampak, lega. Untuk seketika dia merenungku sebelum tubuhnya dimenghadap semula ke arah Luq dan Coby.

Dua lelaki itu sudah terpekik marahkan lelaki itu, namun tak ada tindakkan yang mereka lakukan setelah mulut lelaki itu bergerak sedikit.

Aku tak pandai baca mulut orang, cuma faham reaksi Luq dan Coby itu tak akan berlaku kalau lelaki berkemeja hitam itu tak katakan sesuatu yang menarik perhatian mereka. Daripada berlari untuk dapatkan aku semula, mereka pegunkan kaki masing-masing mendengar bicara lelaki itu. Baru aku perasan figura lelaki itu menarik apabila berjauhan begini.

Ergh!” Tak dapat alihkan perhatian aku, buku itu aku letak semula di atas meja. Masa yang sepatutnya aku habiskan untuk menelaah novel-novel yang baru dibeli itu tiba-tiba pula jadi masa otak aku merewang fikir orang lain. Serabut memanjang kepala otak aku ni bila fikirkan tentang lelaki itu. Segera aku tembungkan dahiku di permukaan meja. Dua kali aje aku hantuk kepala, mulut sudah mendesis kesakitan.

Dah tahu sakit yang kau hantukkan kepala kau juga dah kenapa, Unierah? Dahi yang pedih aku usap-usap lembut, kemudian labuhkan kepalaku pula.

“Kalau ada apa-apa yang awak perlukan, awak boleh call saya. Saya akan bantu.”

Meluas mataku bila teringat kata-kata itu. Yalah! Aku terus melompat dari kerusiku lalu terkoncoh-koncoh menuju ke arah pintu. Beg sandang yang bersangkut di atas penyangkut itu aku buka cepat seraya selongkar begku untuk mencari sesuatu. Besar senyumanku bila melihat business card biru tua itu masih berada dalam simpananku. Rasa teruja meronta suka. Serius, gembira!

MR. KING CONTROL (MSS)Where stories live. Discover now