Bab 6

6.7K 329 14
                                    

11 April 2020/ 24 April 2024

Semua benda aku tak boleh buat dengan betul dan jayanya. Tanya aku kenapa? Siapa lagi punca yang paling layak untuk aku salahkan kalau bukan Haziq? Lepas aje kedua belah kaki galahnya itu diangkat pergi, otak aku tak boleh berfungsi dengan baik. Minda aku secara menyeluruh dihuni oleh lelaki itu.

Bukan aku tak cuba buat tak endah, tapi aku rasa susuk lelaki itu tengah menghantui aku. Puas aku cuba fokus dengan apa yang aku buat, tapi akhirnya aku sendiri termangu-mangu. Flash back berulang kejadian tadi. Terutamanya apa yang dikatanya.

“Kau tak ada apa-apa ke?”

“Apa yang dah jadi Unie sampai kau ni macam biul semacam aje?”

“Kau perlu rehat ni.”

Segelintir kawan-kawan sekerjaku memberi soalan berbaur kerisauan itu lepas perasan kemerosotan kualiti kerjaku kerja hari ini. Selebihnya lebih berminat nak tanya pasal lelaki helok misteri yang makan tengah hari dengan aku kononnya itu. Bebekalkan senyuman dan gelengan kepala sekali, aku beritahulah yang Haziq tu cumalah kawan salah seorang daripada abang aku. Kononnya datang singgah sekadar untuk melawat aje. Tapi itu pun tetap tak berjaya tutupkan mulut-mulut murai mereka.

Tak habis dengan pujian, masing-masing pula gatal tanya pasal nombor Haziq. Aku bagi ke? Sudah tentulah tidak. Aku cakap ajelah yang aku dapat email dari lelaki itu. Itu pun mereka sibuk nakkan email Haziq. Aku menipu, aku tahu. Tapi aku buat begini pun sebab aku nak jaga keselamatan peribadi dia. Tak mahu aku mati kena cekik mamat tu kalau dia tahu punca orang berpusu-pusu chat masuk di dalam telefonya disebabkan aku. Ugh, entah apalah yang dia orang ni teruja sangat pun aku tak faham.

Wow! Bapak kuno tu chat kau guna email!” Aku dengar Leon berbunyi. Masih kagum dan lucu dengan kehadiran Haziq yang dah dua jam berlalu.

“Aku tipu aje tu.” Beritahuku. Leon yang berjalan di sebelahku jongket kening. Lepas tu dia menghembur tawa.

“Patutlah aneh semacam! Sikit lagi aku nak tanya dà gē tu daripada generasi keberapa masih guna email berhubung dengan orang. Risau aku orang yang tolong kau tu orang tua.” Dia jeling aku seketika. “Takut kalau dia minta yang bukan-bukan. Tapi lepas tengok dia tadi, lega aku sikit Unie. Mr. Haziq tu masih green avocado. Muka pun, hrmm sungguh”

Masa ini aku dengan Leon melangkah keluar daripada kafe, sama-sama menuju ke pakir kereta. Muka-muka pekerja Book's Café yang bertugas shift malam kebanyakkan dah mulai kelihatan untuk menggantikan pekerja shift pagi. Kalau ada yang tegur, aku dengan Leon tak lokek langsung menyapa semula.

“Aku tahu dia handsome.” Ujarku. Faham apa yang cuba Leon mahu sampaikan. Menyampah pula aku bila semua orang yang terlanding mata kat Haziq mahu puji rupa dia lebih-lebih.

Ingat lagi macam mana reaksi terkejut Leon masa Haziq menjemput dirinya sendiri masuk ke dalam kafe. Bersinar mata dia itu menunjukkan bertapa tak percayanya Leon manusia yang selamatkan aku boleh berupa begitu.

“Memang pun! Kenapa kau bagitahu aku yang muka tu diperbuat daripada wifi, Unie?” soalnya laju.

Berkerut kening aku. “Wifi?”

“Ya wifi! Kau tak nampak ke lepas aje kaki kanan dia jejak lantai kafe, semua pelanggan perempuan termasuk kawan-kawan kita dapat connection daripada dia?!” ujar Leon lalu besarkan mata cinanya itu ke arah aku.

Leon bergurau, aku tahu tapi dalam masa yang sama aku dengar ton iri hati dalam suaranya itu. Jealous? Mungkin. Tapi statement dia itu tak menghentikan aku daripada tergelak. Terhibur pula aku.

MR. KING CONTROL (MSS)Where stories live. Discover now