Bab11

6.2K 302 28
                                    

07 May 2020/ 15 May 2024
-

Not Italic-

Setiba sahaja aku di tingkat dua puluh enam, kakiku panjangkan terus ke arah bilik Haziq. Ya, hari ini aku dah mulakan tugas aku sebagai orang suruhan lelaki itu. Seperti mana dia mahukan kelmarin.

Entahlah, aku tak tahu nak gelar diri aku apa sebenarnya. Kalau panggil hamba abdi dia pun, Haziq dah tegaskan dia bukan suruh aku 'mengabdikan' diriku kat dia. Mungkin Haziq tak nak kedengaran kejam sangat guna gelaran tersebut. Ceh, tak nak nampak diri dia jahatlah tu. Huh!

Seperti kelmarin, hari ni kawasan tingkat atas ni pun kelihatan busy. Riuh dengan bunyi elektronik dan ketukan pada papan kekunci masing-masing. Seorang pun tak hairan bila aku yang bukan salah seorang daripada mereka lalu sebelah-sebelah. Syukurlah, bukan macam akak-akak receptionist kat bawah tu. Baru lima meter aku masuk ke dalam bangunan ni, kaunter tu ada dah macam ada detector device yang boleh kesan kehadiran aku. Spontan mereka hadiahkan jelingan. Ada juga aku rasa nak patah balik ke pintu utama dan berambus. Tapi dah alang-alang sampai ofis ini, jangan haraplah kau nak pergi mana-mana sebelum aku lempar makanan ini kat muka CEO mereka.

Laju sahaja kaki diorak menuju ke bilik Haziq. Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu biliknya, permukaan keras itu bertembung dengan kekura tanganku.

"Assalamualaikum." Kepala aku sengaja masukkan terlebih dahulu di dalam bilik tersebut. Setelah mendengar suara tegas Haziq mengizinkan aku masuk, terus sahaja tombol pintu itu aku pulas. Takut-takut aku mengambil langkah. Karang rugi-rugi aje kena tempelek macam kelmarin.

"Waalaikumsalam. Masuklah! Kau tercegat apa lagi kat sana? Nak aku sediakan kapet merah untuk kau dulu ke baru nak masuk?"

Boleh juga kalau encik baik hati.

Aku tahankan sahaja diriku dari terus balas ayat dia itu. Kalau bukan sebab aku ini manusia yang tahu hargai budi orang, dah lama aku balas sinis dia itu dengan ayat sarkastik. Ini baru aje tahu kepala aku yang masuk bilik dia, dah kena jerkah macam tu. Apa dia ingat aku ni berhati keras macam dia tu ke?

Lambat-lambat langkah dibawa. Tapi, sedar-sedar aje kaki sudah menapak di kawasan sofa tempat punggungku berlabuh kelmarin.

"Encik, makanan encik." Aku letak dengan berhati-hatinya bungkusan makanan tersebut di meja kaca itu. Tak mahu tersilap letak. Nanti dengan makanan dan aku-aku sekali bergolek kat bawah lantai mahal dia ini.

MacBook putih bersih dia itu dipandang tanpa sedikit pun matanya teralih. Bukan setakat mata dia itu aje yang kelihatan malas, mulutnya juga berat untuk membalas kataku. Tahulah aku ni berbeza yang amat daripada pekerja-pekerja perempuan dia itu. Suara pun tak merdu untuk didengar. Tapi sekurang-kurangnya jelinglah kat aku sikit. Terasa yang aku ni dua kali ganda buruk pula kalau Haziq pilih tengok skrin MacBooknya sepanjang aku berada di dalam bilik ini.

"Hrmm..." Hanya itu balasan Haziq, menggumam. Penuh bosan bunyinya.

Termenggu-menggu aku di tepi meja kaca itu. Tak tahu nak buat apa lepas kena hrmm... begitu. Bilik ni pun hanya dikelilingi dengan bunyi hembusan aircond dan ketukan papan keyboard lelaki itu. Aku masih lagi pandang Haziq. Dari aku masuk sampai aku tenung dia begini, sedikit pun dia tak bergerak dari tadi. Masih statik melakukan kerjanya.

Haih, lunch hour pun masih buat kerja? Robot ke apa? Tapi mana ada robot sesinis Si Haziq itu. Jadi aku buka teori kedua yang dia tu manusia tak berperasaan melainkan marah, juga tak punya hati. Boleh pula dia biarkan aku berdiri lama kat depan dia ni? Aku buat antara dua aje, nak duduk ataupun blah terus. Takut pula kalau aku angkat punggung, terdengar lagi perkataan yang boleh berdarahkan telinga tu. Untuk kurangkan kebarangkalian itu, biarlah aku bersepatah dua kata dengannya.

MR. KING CONTROL (MSS)Where stories live. Discover now