lima

1.9K 297 38
                                    

"Kenapa awak tak siapkan kerja yang saya bagi ni ha ?!" jeritan kuat suara Miss Cha menyakitkan telinga aku.

Aku ketap bibir rapat dan pejam mata rapat. Membiarkan sahaja wanita pertengahan tahun di hadapan memaki hamun aku kerana tidak menyiapkan kerja rumahnya.

Kalau lah aku tak tertidur malam semalam dan buat kerja rumah , sudah pasti aku tak akan dimarahi seteruk begini.

Apalah malang sangat nasib kau ni Sia.

"Kwon Sia , keluar dari kelas saya sekarang. Berdiri depan kelas sampai habis kelas saya , sekaranggg !!!"

Aku terus menunduk hormat laju sebelum berlari keluar dari kelas. Bukannya aku tak biasa kena denda berdiri dekat luar kelas macam ni , cuma harini rasa lagi malang.

Aku melepaskan keluhan berat dan menundukkan kepala ke bawah memandang kasut sekolah aku. Kenapalah aku dalam kehidupan yang macam ni ?

Ada yang kata omma dengan appa bakal bercerai. Tengok sahaja lah keadaan mereka sekarang , aku tak rasa dengan bergaduh setiap hari akan baikkan hubungan diorang.

Aku sebagai anak diorang hanya mampu bersedia sahaja dengan apa jua yang bakal terjadi.

Mereka bersama ke bercerai ke , tak ubah apa apa pun dalam hidup aku.

Aku tetap ditinggalkan seorang diri dan diabaikan oleh semua orang pada akhirnya.

Aku tersenyum pahit. "Kau nampak menyedihkan , Kwon Sia"

•••

Aku balik lambat harini sebab kena pergi detention class. Dan end up di mana aku kena denda cuci kereta cikgu dekat tempar parkir kereta cikgu.

Bukan sebuah kereta je tau tapi empat buah kereta kot ! Mana taknya aku balik lambat macam ni.

Balik balik je dah gelap dah. Memang aku kena seludup masuk rumah senyap senyap lah macam tu.

Kalau omma atau customer dia nampak aku nanti naya aku jadinya. Mahunya aku pulak yang kena layan customer omma.

Sedang aku berjalan menuju ke rumah , langkah aku berhenti di hadapan sebuah tasik. Angin malam yang sepoi sepoi bahasa buatkan aku rasa tenang.

Aku tersenyum nipis.

Aku berjalan ke arah tasik itu dan mula duduk di atas rumput di hadapan tasik itu. Suasana taman tasik ini tidak lah begitu meriah sangat.

Hanya ada beberapa orang sahaja di sini memandangkan hari sudah pun gelap. Tapi takpe , aku lebih suka kalau tak ada ramai orang. Aku bukannya suka tempat yang ramai orang.

Tiba tiba aku rasa macam tak nak balik rumah pulak.

"Noona" lengan aku disentuh oleh seorang budak kecil lelaki.

Mata aku membulat memandang budak itu yang tiba tiba sahaja sentuh aku ni. Dia salah orang ke ? Dia sesat ke apa ?

"Nah"

Sebelah kening aku diangkat tatkala budak itu tiba tiba sahaja menghulurkan aku sekotak susu pisang bersama dengan strawnya.

Terpinga pinga aku pandang budak lelaki itu. Apahal pulak dia tetiba bagi aku susu pisang ni ? Dia salah orang ke apa ni woi ?

"Ada hyung tu suruh saya bagi dekat noona"

"Nae ?"

Budak itu mengambil tangan aku dan meletakkan kotak susu pisang itu di atas tangan aku. Dia tersenyum manis.

"Hyung tu suruh minum susu ni dan lupakan semua masalah noona"

"Hyung ?"

Dia angguk laju.

Tak sempat aku nak tanya lebih tetiba budak tu dah berlari pergi meninggalkan aku.

"Siapa pulak yang bagi aku ni ?" dahi aku berkerut.

Ting !

Aku terus menyeluk poket blazer dan mengeluarkan smartphone aku. Mesej yang baru sahaja diterima aku terus tekan dan baca.

unknown : kau nampak down

unknown : aku harap susu tu boleh happykan kau

Aku tersenyum.

kwon sia : gumawo

[ 𝑫𝑰𝑩𝑼𝑲𝑼𝑲𝑨𝑵 ] 𝑭𝒍𝒊𝒓𝒕𝒆𝒓 • pjmWhere stories live. Discover now