dua puluh satu

1.6K 264 42
                                    

"Okay baiklah , harini kita akan adakan kerja berkumpulan dan saya nak awak semua duduk dalam kumpulan yang saya tentukan. Satu group akan ada 5 orang maximum ahli kumpulannya , okay ?"

Aku hanya termenung sahaja. Apa yang cikgu aku cakap kat depan bagai masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Aku langsung tak beri perhatian.

Semuanya sebab semalam.

Di mana lelaki tu kata dia nak hantar aku balik dan dia nak jumpa dengan aku. Sejujurnya aku tak bersedia nak jumpa dengan dia secara face to face.

Aku takut.

Aku bukannya kenal dia pun dan macam mana kalau dia sebenarnya berniat jahat dekat aku ?

Bodoh , aku tak sepatutnya percayakan orang yang aku tak kenal terus macam tu je.

Smartphone aku diambil dari bawah meja dan skrin telefon dibuka. Hampa. Tiada satu pun mesej yang aku terima daripada lelaki itu.

Sejak aku mesej macam tu semalam dekat dia , dia langsung tak mesej aku dah.

Dia marah ke ?

"Kwon Sia !"

Lamunan aku mati tatkala mendengar nama aku dipanggil oleh cikgu. Terus sahaja aku berdiri tegak dan memandang tepat ke arah cikgu.

"Awak mimpi apa ha ? Pergi dekat group kamu"

"Err..." aku pandang sekeliling dan menggaru kepala aku yang tak gatal.

Aduh , aku kumpulan mana sia ?

"Hey Kwon Sia !" aku menoleh ke arah suara yang memanggil namaku.

"Sini sini !" melihatkan sahaja mereka yang memanggil aku , aku terus berlari ke arah mereka.

Mungkin mereka merupakan ahli kumpulan aku ?

Terdapat tiga orang lelaki dan dua orang perempuan termasuk aku sekali dalam kumpulan ini. Dan sejujurnya aku tak ingat nama diorang apa.

Kalau lah aku ni friendly sikit dengan semua orang , mesti aku tahu setiap seorang punya nama classmate aku ni.

"Hey Sia , ingat aku tak ?" perempuan di sebelah aku menyapa.

"Ahhh errr..." aku garu kepala yang tak gatal.

"Kau ni Nayeon , macam tak kenal je si Sia tu. Dia mana pernah rapat dengan orang tu yang classmate dia semua dia tak ingat nama" lelaki tinggi itu ketawa sendiri.

"Tak baik lah kau ni Kook" Nayeon jeling lelaki itu tajam.

Dia menoleh untuk memandang wajah aku semula. Senyuman manis dan lebar diberikan kepada aku sebelum tangannya dihulurkan kepada aku.

"Anneyong Kwon Sia , aku Im Nayeon. Panggil aku Nayeon je , okay ?"

Aku hanya mengukirkan senyuman janggal kepadanya. Tangannya perlahan lahan aku sambut dan kami berjabat tangan.

"Yow Sia , aku Jeon Jungkook" lelaki bergigi arnab itu tersenyum lebar kepada aku.

"Aku Taetae. Kim Taehyung" lelaki dengan senyuman petak itu memandang aku.

"Dan..."

Lelaki terakhir dengan kaca mata bulat yang tebal itu menjadi tumpuan utama aku. Pandangannya hanya fokus kepada cikgu yang memberikan arahan di hadapan.

Tidak langsung memberikan perhatian kepada kami yang sedang berbual dan berkenalan antara satu sama lain.

"Hey nerdy , intro lah bongok" kepala lelaki berkaca mata itu dipukul kuat dengan Jungkook.

"Yah ! Apa masalah kau ni ?" dia pandang Jungkook tak puas hati.

"Ni ha kenalkan diri kau dekat Sia. Dia tak ingat budak kelas dia punya nama"

Lelaki berkaca mata itu memandang aku dan mata kami berdua mula bertaut buat sementara.

"Park Jimin"

[ 𝑫𝑰𝑩𝑼𝑲𝑼𝑲𝑨𝑵 ] 𝑭𝒍𝒊𝒓𝒕𝒆𝒓 • pjmWhere stories live. Discover now