empat puluh sembilan

1.7K 231 19
                                    

Jadi harini akhirnya tiba juga. Lelaki tu ada cakap yang dia nak aku datang ke satu tempat ni malam ni pukul 9 malam dan sekarang lagi 15 minit je lagi nak pukul 9.

Aku pandang pantulan wajah aku di hadapan cermin. Tubuh aku yang disarungkan dress berwarna putih dan bercorakkan bunga biru.

Dan wajah aku hanya dipakaikan dengan makeup ringan sahaja. Aku tak reti sangat nak pakai makeup tapi pakai gitu gitu boleh lah.

Aku memandang semula pantulan wajah aku di cermin sebelum perlahan lahan senyuman manis aku terukir. Malam ini , aku akan berjumpa dengan dia.

Lelaki itu.

Tak mengambil masa yang lama pun untuk aku sampai ke sana. Manakan tidak , lokasi yang lelaki itu bagi dekat aku sebenarnya taman yang berdekatan dengan rumah Jimin ni je.

Aku berjalan masuk ke kawasan taman itu. Smartphone aku dikeluarkan dan skrin telefon dibuka. Chat aku dan lelaki itu dibuka.

kwon sia : hey mana kau ?

kwon sia : aku dah sampai

Baru sahaja aku ingin menutup smartphone aku semula , mata aku tertancap pada sebuah meja yang memuatkan dua orang untuk duduk di situ.

Meja itu dihiasi dengan pelbagai lampu di sekelilingnya dan sekali pandang nampak macam candle light dinner.

Aku menekup mulut aku dengan kedua dua belah tangan aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku menekup mulut aku dengan kedua dua belah tangan aku. Terkejut dan tak sangka dengan apa yang aku tengah tengok sekarang ni.

"Eo-eottokhae..?" air mata aku mula bergenang di tubir mata aku.

Tempat ini kelihatan sangat indah sekali dengan hiasan hiasan ini. Dan untuk pertama kalinya dalam hidup aku yang aku akan lalui semua ini.

Aku tak sangka.

"Kwon Sia" suara garau seseorang mula memanggil namaku.

Aku memusingkan tubuh aku ke belakang untuk melihat gerangan suara yang memanggil nama aku. Seorang lelaki yang berpakaian kemas suit dengan mask mata berwarna hitam.

 Seorang lelaki yang berpakaian kemas suit dengan mask mata berwarna hitam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Suka ? Hadiah birthday untuk kau ?" dia tersenyum kecil melihat aku.

Bibir aku mula bergetar. Jujur aku katakan yang aku rasa terharu sangat sangat dengan apa yang dia buat untuk menyambut hari jadi aku walaupun tarikh hari jadi aku dah lepas.

"Hey Kwon Sia" dia memandang aku.

"Hurm ?" aku mengesat air mata dengan ibu jariku.

"Tak nak peluk pakwe kau yang hensem ni ke ?" dia tergelak kecil sambil mendepa kedua dua belah tangannya kepada aku.

Aku tersenyum kecil dan terus berlari ke arahnya. Tubuhnya aku peluk erat. Ya , aku rindukan dakapan hangatnya yang pernah peluk aku di waktu aku bersedih tu.

Dakapan hangat yang mampu memujuk diri aku daripada terus bersedih.

"Kwon Sia" dia menundukkan kepalanya memandang aku manakala aku pula mengangkat wajah memandangnya.

"Aku ada hadiah untuk kau"

"Hadiah ?"

"Happy belated birthday , my angel"

Mata aku membulat tatkala lelaki itu mula mendekatkan wajahnya dengan wajah aku dan bibirnya bersatu dengan bibirku.

Pada awalnya aku terkejut dengan tindakannya , namun aku terus memejamkan mata aku dan tersenyum dalam ciuman itu.

Hadiah yang paling best untuk birthday aku.

Terima kasih , orang yang buat aku jatuh cinta.

[ 𝑫𝑰𝑩𝑼𝑲𝑼𝑲𝑨𝑵 ] 𝑭𝒍𝒊𝒓𝒕𝒆𝒓 • pjmWhere stories live. Discover now