Bab 6

1.7K 62 2
                                    

Memang senang cakap nak jumpa Tariq Zayyan, tapi kenyataannya nak tengok bayang dia pun tak boleh. Sudah berhari Tiara telefon pejabat Tariq Zayyan tapi jawapan yang dia terima - Tuan Tariq keluar. Tuan Tariq tengah meeting. Tuan Tariq out station. Tuan Tariq sibuk. Tidak mahu jumpa sesiapa pun. Issh, sebok Tuan Tariq kalahkan Perdana Menteri! Tiara tinggal pesan pun, Tuan Tariq tak layan. Argh Tiara dah give-up. Lantaklah.

Masalahnya, nak lantak sangat pun tak boleh sebab pak long. Pak long terus mendesak Tiara terima. Tak nak dengar alasan. Pak long kata, Tiara akan hidup senang lenang. Rugi kalau terlepas. Tariq Zayyan merupakan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Syarikat Trimizi Aims Group. Syarikat besar tu. Tariq Zayyan juga ada kepentingan dalam syarikat-syarikat di luar negara. Pokok pangkalnya Tariq Zayyan tu kaya. Tujuh keturunan, harta tak mungkin habis. So what!

Desakkan pak long yang lebih menyakitkan telinga ialah, Tariq Zayyan akan bantu syarikat pak long. Besar kemungkinan projek perumahan di Mantin yang tergendala, boleh diteruskan dengan bantuan Tariq Zayyan. Kalau projek itu berjaya, syarikat pak long akan bangun semula. Pak long dah boleh berdiri sama level dengan usahawan-usahawan lain. Jadi, Tiara mesti terima Tariq Zayyan, tidak boleh tidak. Really?

Tapi kes yang lebih teruk ialah kes mak long. Segala hutang budi tidak pernah lekang daripada mulut mak long. Mak long nak tuntut semua sekali. Hah, sebetulnya mak long nak tumpang glamor dan kekayaan Tariq Zayyan! Untuk itu, Tiara mesti kahwin dengan Tariq Zayyan. Tak peduli kalau kena bayar dengan body Tiara sekalipun! Dush, I'm dead!

Tiara menyeka peluh di dahi. Dia masih di stesen bas. Hari ini dia kena balik sendiri. Tak boleh balik dengan Aida seperti selalu. Aida terpaksa ke Melaka jumpa klien sebab kawan sekerjanya yang sepatutnya pergi, demam. Jam di tangan menunjukkan pukul 6:10. Mungkin beberapa minit lagi bas akan tiba. Tunggu sajalah. Tak payah buang duit naik teksi atau grab. Tiara terus tunggu.

Tiba-tiba sebuah kereta sport Ferrari warna putih berhenti betul-betul di depannya. Cermin kereta diturun. Oh no, Tariq Zayyan! Ibarat melihat jin mata satu, Tiara jadi takut. Ya Allah, dia belum bersedia. Dialog yang dah disusun dan diatur untuk pertemuan dengan Tariq Zayyan ini, tentu tidak akan keluar dengan betul. Akan tersekat, bukan di kerongkong tetapi bawah kerongkong. Malah sekarang pun dah rasa anak-anak suara sembunyi bawah tekak. Air liur pun tiba-tiba dah kering. Parah macam ni.

"Get in."

Dua perkataan saja, buat Tiara semakin panik. Get in? Gila nak duduk satu kereta dengan Mr Tyrant! Biar dipanah petir, dia tidak akan bergerak. Kalau bergerak pun, dia akan mencari perlindungan dengan berdiri di belakang beberapa orang penumpang yang berada di situ. Tapi, ah kenapa mereka mengambil tapak yang menjauhkan diri darinya? Masakan mereka pun takut dengan Tariq Zayyan. Really!

"Don't let me repeat again Tiara Shenaaz!" Panahan suara Tariq Zayyan lebih kuat berdentum dalam telinganya.

So, Tiara Shenaaz nak terus degil atau tak? Emm nampaknya tak, sebab dia bukakan pintu dan masuk. Alasan yang ditembak ke kepala ialah – Let's get this over with. Itu sebab pertama Tiara Shenaaz masuk dalam kereta Tariq Zayyan. Sebab lain, dia mesti ajar diri sendiri agar tidak takut dengan Tariq Zayyan. Kena lawan kelemahan diri. Ya Allah...

Tiara duduk sejauh mungkin. Tuan kereta terus pandu laju. Tuan kereta tetap serius. Agaknya setiap perkataan tuan kereta semahal keretanya.

So, Cik Hati mari kita recall ayat yang kita nak cakap. Tiara atur ayat. Analisa dulu ayat yang hendak diambil dan diletakkan dalam mulut nanti. Bahasa kena campur aduk atau guna bahasa yang suka sangat Mr Tyrant guna, Bahasa Inggeris? Emm seingatnya, tak pernah dengar pun Mr Tyrant guna Bahasa Malaysia. Hairan yer... argh tak kesah. Kita bantai saja ikut sedap mulut kita.

Ayat A:

Assalamualaikum bro. Saya tak nak jadi isteri bro. Jadi, jangan ganggu saya selagi bro masih bernafas di muka bumi ini.

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now