Bab 20

2.4K 75 6
                                    

Dia masuk perlahan-lahan. Tiara tidak mendongak pun. Leka membaca buku The Wit and Wisdom of Dr Mahathir Mohamad. Tariq senyum. Peminat Dr Mahathir rupanya.

"Tiara."

Isteri tak dongak. Buat bodoh. Tentulah tak pekak. Sengaja nak sakitkan hatinya.

Fine! Two can play this games.

Dia tarik kerusi. Duduk betul-betul depan isteri. Tarik buku. Zapp isteri aim mata tajam. Good! Let's start.

"Want to hit me, my dear wife?" Cabar isteri.

"Ya."

Emm berani. Tariq Zayyan senyum sinis.

"Go ahead. I dare you. Touch me and see what happen."

Tiara jeling. Eee dah cabar tapi bagi amaran. Gila! Dahlah tak payah layan. Baik naik atas, tidur. Dia berdiri tapi lengannya ditarik. Terduduk kembali. Tariq Zayyan merenung tepat anak matanya.

"In case awak lupa, awak prisoner saya. I set the rules, you follow."

Dah berapi hati Tiara. Kepanasan dah sampai mata. Mengecil kelopak mata. Panah api kemarahan. Kena release. Sejak kejadian dipukul TJ, dia seperti bola salji berapi. Sejuk di luar, panas di dalam. Atau sebaliknya? Panas di luar, sejuk di dalam? Whatever.

"Ok. Rules mana Enck Tariq nak set dulu? Rules bunuh encik? Gladly. Just give me a gun!"

Wow, now a fighter! Tariq geleng. Senyuman merangkak di bibir. Tak tahu sama ada dia suka game ini atau tidak. Takut dia tersasar dari landasan. Dia tentu sekali tidak mahu kalah.

"Ok. Can you handle water gun, Tiara Shenaaz?"

Hah? Gilakah apa? Mana ada manusia mati dengan water gun. Eee... damn crazy!

"Funny."

Tiara selit beberapa helaian rambut ke belakang telinga. Mula tidak selesa dengan renungan suami. Setiap pergerakannya diperhati suami. Penyakit apa pula yang nak menyerang ni? Dia angkat kening. Tanda soal. Suami buat-buat tak faham. Eh kejap, ada sesuatu kat dahi diakah? Kena tengok kat cermin ni. Alasan logik untuk berdiri. Start moving.

Issh, suami tarik kedua-dua pergelangan tangan. Alasan logik tak jalan. Suami ada niat nak gari tangan diakah? Tolonglah, itu dah melampau tapi riak suami dah terlebih serius. Akal suami susah nak ramal. Cik Hati dah kecut.

"Tiara Shenaaz, I'm maybe ruthless but I'm not a killer." Memangku kedua-dua pipi Tiara.

"Sama saja dalam kamus saya. Cuma masa kematian itu lambat dengan cepat saja."

"Betul..."

Jari mula bergerak perlahan. Lurut lembut pipi isteri. Emm dia suka. Mata Tiara tidak dilepaskan. Tetap direnung. Terasa diri terapung di lautan yang tenang. Semakin jauh ke tengah lautan. Namun diri mula tenggelam. Ditarik semakin dalam. Semakin sukar bernafas. Dia lepaskan. Tidak. Perasaan ini bahaya. Dulu pernah tewas, parut tetap ada di hati. Hingga sekarang dia masih terikat. Dia lepaskan Tiara. Berdiri. Bukan ini yang nak.

Bagai baru ditampar, Tiara menyentuh pipinya. Sebentar tadi hatinya dibuai bahagia. Mendakap renungan Mr Tyrant mesra. Biarlah lemas, dia rela. Tapi bodohnya. Itu cuma mainan Mr Tyrant. Dia hanya bahan reject Mr Tyrant. Tidak ada nilai.

Dia tunduk. Bukan senang nak kutip harga diri yang sering dipijak. Tapi dia tidak boleh putus harapan. Mesti kutip keberanian. Tolonglah keberanian jangan hampakan. Dia kena gagah bina keberanian untuk survive dalam penjara Tariq Zayyan.

Akhirnya dia mendongak. Dia berdiri. Renung mata Tariq Zayyan. Kali ini dia tidak akan tunduk. Dia akan jadi dia. Sama ada Tariq Zayyan suka atau tidak, dia tak peduli.

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now