BAB 13: THE FALLEN

20 0 0
                                    

BAB 13: THE FALLEN

Sudah hampir 3 jam berada di dalam bilik bawah tanah, Blues masih menunggu kedatangan Willy untuk membawa mereka keluar dari situ. Niagara Fall masih berjaga, dia juga tidak boleh melelapkan mata. Willy tidak mahu mereka keluar daripada bilik bawah tanah itu selagi dia tidak datang ke situ sendiri.

Blues dan Niagara Fall berbalas renungan. Hanya mereka berdua yang masih berjaga. Blues duduk dan mendiamkan diri sambil memerhatikan apa yang ingin dilakukan oleh Niagara Fall. Dia nampak mahu melakukan sesuatu yang tidak boleh dia fikiran akan berlaku.

"I'm leaving." Kata Niagara Fall.
Blues menggeleng.

"No way Nia. Willy tak mahu kita keluar dari sini. Stay Nia. Sit down and Please dengar cakap saya ni!" Kata Blues.

Niagara Fall berdiri di hadapan Blues. Riak
Wajah jelas menunjukkan yang dia tidak suka dengan arahan Blues tadi.

"Saya dapat rasa, Willy dan kak Verny dalam masalah... we need to Save them." Balas Niagara Fall.

"No. Mereka ada ramai di luar tu. Sigi dan pengikutnya dah ditahan. Tak ada Bodyguard yang boleh jaga kita..."

"You can do something right... come on!" Desak Niagara Fall. Blues menggeleng. Dia cuba fikirkan sesuatu tapi semakin dia cuba memikirkan cara untuk membantu Willy dan Verny, dia menjadi semakin lemah. Keadaan dirinya yang menjadi semakin lemah disedari oleh dirinya sendiri.

"Oh no. Willy need me... but i can't fight with this weak energy right now... Nia, help me." Blues duduk terkulai layu. Niagara Fall mendekati Blues dan dia terkejut saat melihat keadaan Blues yang kelihatan sangat lemah. Niagara Fall tidak membuang masa. Dia menyelongkar laci laci di dalam bilik bawah tanah itu dan senjata api yang dia perolehi cukup membuat dia tersenyum.

"We have rifles and a pistol... this is more than enough. Next..." Niagara Fall mengikat rambut panjangnya dan dia mengambil peluru sebanyak yang boleh lalu dia masukkan ke dalam bag. Jaket hitam dia sarungkan di badannya dan dia segera meninggalkan bilik bawah tanah tanpa menoleh lagi.

******

TAP. TAP. TAP

Wesley dan Storm melangkah seiringan memasuki sebuah gudang usang yang terletak di tengah kawasan hutan itu. Lelaki tadi berada di hadapan mereka dan bersedia menunjukkan jalan kepada mereka berdua. Walaupun dia dalam keadaan ketakutan, jelas dia tidak mempunyai pilihan lain selain membawa Storm dan Wesley berjumpa dengan ketuanya.

"Ikut lorong ni dan korang akan jumpa satu terowong lama... ketua kami ada di situ dan saya minta korang bagitau dia yang saya dah mati..." kata lelaki itu sempat membuat permintaan. Storm dan Wesley menjeling kepadanya.

"Kalau kau cuba tipu kami berdua... kau betul-betul akan mati." Ugut Storm. Lelaki itu pantas menggeleng.

"Saya tak tipu. Dia ada di dalam sana!" Pantas lelaki itu bersuara.

Storm dan Wesley terus melangkah memasuki terowong yang ada di hadapan mereka. Storm sudah bersedia dengan pedang katana- nya manakala Wesley, hanya membawa besi sepanjang 100 cm yang sudah tentunya boleh membunuh manusia.

Terowong gelap itu hanya disinari oleh lampu neon kecil di sepanjang jalan. Laluan Terowong itu membawa mereka ke sebuah rumah kecil yang diperbuat daripada kontena besi, digubah suai menjadi sebuah bentuk rumah atau mungkin sebagai satu tempat persembunyian.

"I don't feel good about this." Kata Wesley. Mereka memerhatikan rumah kontena itu dan pelahan- lahan, Wesley menolak pintu masuk utama ke dalam kontena itu. Mata mereka berdua terus menangkap sebuah figura manusia yang sepertinya sedang menunggu kedatangan mereka berdua di situ.

THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]Where stories live. Discover now