BAB 17: MY PICKLES

21 0 0
                                    



BAB 17 : MY PICKLES

Embun pagi yang mengalir dari daun pokok mulai menitis ke atas permukaan tanah. Niagara Fall yang masih tidak sedarkan diri sejak malam tadi akhirnya membuka matanya apabila titisan embun jatuh di pipinya. Dia bangun perlahan dan mengaduh sedikit apabila bahunya sedikit pedih. Kepalanya juga sedikit berat untuk di angkat. Niagara Fall mengeluh kecil. Dia perhatian keadaan sekeliling dan tersenyum apabila melihat bag sandang masih ada bersamanya. Dia membuka bag sandang itu dan terus mencari ubat dan sedikit makanan. Dia perlukan tenaga untuk keluar daripada hutan itu.

"Ngrrrrrr."

"Arghhhhhh!" Niagara Fall hampir tersedak air minum apabila mendengar bunyi ngauman itu. Dia menoleh ke belakangnya dan terkejut apabila melihat seekor harimau sedang duduk mememerhatikan tingkahnya.

"Ragnar...?" Niagara Fall tersenyum. Dia teringat akan Ragnar bila melihat Harimau itu. Tapi dia tahu, Ragnar sudah lama pergi. Niagara Fall melambai ke arah Harimau itu.

"Ngrrrrrr." Harimau itu hanya mengaum.

Niagara Fall menoleh ke arah kanan dan kirinya.

"What? I should go before they come to catch me?" Tanya Niagara Fall kepada Harimau itu.

"Ngrrrrrr." Harimau itu seakan menjawab pertanyaan Niagara Fall tadi. Dia mahu Niagara Fall pergi dari situ secepatnya.

"Well, saya dah sesat. Saya tak tahu nak ikut jalan mana... boleh beri saya pertunjuk...?" Pinta Niagara Fall lagi. Harimau itu bangun. Dia berjalan mendekati Niagara Fall dan mengelilinginya beberapa kali. Ngrrrrrrr. Harimau itu mendekati Niagara Fall dan menghidu dahinya.

"Ouchhh. Semalam saya jatuh dari atas bukit ni... it's okay. Saya dah sapu luka ni dengan ubat. I'm okay." Niagara Fall memeluk Harimau itu. Dia gembira bertemu dengannya. Harimau itu seakan memahami keadaannya. Dia menundukkan kepala di hadapan Niagara Fall seperti memberikan tanda hormat. Niagara Fall tersenyum lagi.

"Sure. You can be my friend. But, right now... i need to get out from this place. I need to find my husband." Kata Niagara Fall. Ngrrrrrrr...:Harimau itu bangun semula dan mula bergerak ke arah barat. Dia menoleh ke arah Niagara Fall. Ia adalah satu petanda yang dia mahu Niagara Fall mengekorinya.

"Sure. Thank You." Niagara Fall berdiri perlahan -lahan. Mujur dia tidak mengalami luka parah akibat terjatuh dari aras bukit malam tadi. Dengan langkah kaki perlahan, Niagara Fall meninggalkan kawasan cenuram bukit itu. Meskipun kakinya mulai lenguh, dia teruskan juga perjalanan itu sehingga dia tiba di jalan besar.

Ngrrrrr. Harimau itu berhenti berjalan. Dia mahu Niagara Fall pergi dari situ menggunakan jalan itu.

"Are You sure jalan ni selamat? Macam mana kalau mereka kejar saya lagi."

Ngrrrrr. Harimau itu masuk semula ke dalam hutan. Niagara Fall hanya diam sejenak. Mungkin hanya di situ Harimau itu boleh membantunya. Dia melambai ke arah Harimau itu dan dengan penuh semangat, dia pergi dari situ menyusuri jalan raya yang ada di hadapannya itu.

RUMAH AGAM EAST

LADY Leylah tidak mahu berjumpa dengan sesiapapun selepas kejadian malang yang berlaku kepadanya. Dia mendiamkan diri di dalam bilik bersama tangisan yang tidak berpenghujung. Dia memerhatikan tingkap yang memberikan sedikit cahaya matahari ke dalam bilik tidurnya itu. Dia mengeluh berat. Mungkin tiada siapa yang boleh membantunya keluar dari situ dan mungkin sudah tiba masanya dia melepaskan rumah agam itu.

"I'm Sorry Daddy. I'm tired..." Kata Lady Leylah. Dia berjalan menghampiri jendela dan dia membuka pintu jendela itu luas- luas. Bilik tidurnya terletak di tingkat paling aras rumah agam mewah itu. Dan jika dia memilih untuk terjun ke bawah, dia akan mati. Lady Leylah menarik nafas dalam- dalam.

THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]Where stories live. Discover now