bab 1

248 13 9
                                    

Sarah's pov

Sekarang ni cuti hujung tahun,mak ayah aku tak bawa pergi mana-mana tahun ni. Tak macam cuti-cuti sebelum ni. Kitorang satu family mesti akan jalan-jalan atleast cuti-cuti malaysia. Entah kenapa tahun ni tak pergi mana-mana. Maybe not in the mood kan.

Sekarang ni aku form 2 so tahun depan aku bakal duduki pt3. Eh aku rasa sebab tu kot parents aku tak bawak kitorang pergi mana-mana. Nak aku belajar gamaknya. Tapi aku rasa semuanya masih awal. Btw, family aku ni kecik je. Ada mama,papa,aku dan aiman which is adik aku.

Aku sekolah dekat Smk Taman Cinta (nama rekaan). Hmm apa lagi eh?ha aku ni takde bibik. Maklumlah keluarga biasa-biasa je. Lagipun kitorang dekat rumah ni empat beranak je. Buat apa nak bazir-bazir upah bibik.

Aku ada seorang kawan baik ni nama dia Amirul Danish. Dia sekarang form4. Dia taklah hensem mana. Kitorang dah rapat since sekolah rendah lagi. Ha nak tau tak macam mana kitorang boleh jadi bff.

7 years ago

"Ish janganlah tarik tudung saya,awak ni kenapa" jerit sarah. "Sukati akulah sape suruh kau rehat kat sini,kalau kau nak tau ni kawasan aku tau" balas seorang budak lelaki dengan lagaknya. Kedengaran gelak tawa konco-konconya yang lain.

"Wei danish, kau buang je makanan dia dalam longkang" salah seorang dari mereka bersuara"."Apani mana boleh macam tu,takde nama awak pun kat sini. Lagi satu penat mak saya masak sukahati awak je nak buang makanan saya" balas sarah kegeraman.

"Arghhh mampus kau" danish menolak kuat sarah hingga terjatuh terduduk di atas tanah. Sarah menangis teresak-esak."Eh awak buat apa tu" kedengaran satu suara garau menjerit ke arah mereka. "Wei wei cikgu Hisham wei cabut" konco-konco danish yang lain segera lari meninggalkan danish.

"Danish,awak ni tak habis-habis buat hal. Dah ikut saya ke bilik disiplin sekarang" cikgu hisham berkata sambil berjalan ke arah sarah dan danish. "Ha awak pun sama" katanya kepada sarah.

Bilik disiplin

"Apa yang jadi sebenarnya ni" cikgu bertanya seraya memandang ke arah dua orang pelajarnya yang hanya menundukkan pandangan mereka. "Dah saya nak awak berdua berbaik sekarang". Danish dan sarah pun memandang sesama mereka dan bersalaman.

"Danish nama awak saya akan masukkan dalam buku rekod disiplin dan saya taknak benda ni berulang lagi. Ha dah pergi masuk kelas". Sarah dan danish pun berlalu ke kelas masing-masing.

Kringgggggg....

Loceng telah menandakan waktu balik. Semua murid berpusu-pusu keluar daripada kelas dan berlalu ke haluan masing-masing.

Sarah duduk bersendirian di pondok depan sekolahnya. Setelah menunggu beberapa lama..."Ish mana mama ni, lama dah tunggu". Tiba-tiba seorang budak lelaki menghampirinya. "Kau tak balik lagi ke?". "Kalau saya dah balik ,takkan saya ada kat sini".

"Nah" budak lelaki tersebut menghulurkan sebatang aiskrim dan terus duduk berhadapan dengan sarah. Sarah terus mengambil dan memakannya. "Erm aku nak mintak maaf pasal tadi". "Hmm takpelah saya dah lupa dah pun".

"Baik la kau ni. Apa nama kau?" Tanya budak lelaki tersebut. "Sarah Ariana, panggil sarah je. Nama awak apa?" Tanya sarah kembali. "Nama aku amirul danish, satu sekolah ni panggil aku danish".

Satu kereta berhenti di hadapan mereka. "Eh bye awak mama saya dah sampai" sarah berlalu sambil melambai-lambai tangannya pada danish. "Bye" balas danish dengan hanya memandang kosong sehingga kereta mereka berlalu pergi.

Dalam kereta

"Sape tu kakak" tanya puan ros. "Kawan baru kakak, nama dia danish. Tadi kan mama kitorang kena panggil kat bilik disiplin". "Eh kakak buat salah eh" puan ros memandang tegas anaknya. Sarah menceritakan segalanya kepada puan ros. "Janganla kawan dengan dia". "Ala mama, dia dah minta maaf la". "Hmm yela".

Keesokan harinya..

"Kakak cepat sikit,papa nak kena awal harini" kata en. Razmi dari bawah. "Ye papa kakak otw ni" sahut sarah sambil menuruni tangga. "Ha papa jom cepat-cepat". "Ni kakak jangan lupa bekal ni". "Thanks mama muahh". Sarah mencium dan menyalam puan ros.

"Nanti awak hantar hantar aiman ye ros" kata en. Razmi pada puan ros. "Ha yela". "Dah dah jom".

Sesampainya di sekolah..

"Bye papa hati-hati" sarah menyalam en. Razmi. "Kakak elok-elok kat sekolah eh". Sarah terus turun dari kereta dan menuju ke arah pintu pagar sekolah. Tiba-tiba ada seseorang yang menyapanya dari belakang.

"Hai, awalnya kau". "Eh danish. Haah papa nak cepat". Bruttttttt... kedengaran perut sarah berkeroncong . Dia baru teringat yang dia tidak sempat bersarapan tadi. "Kantin jom aku belanja" pelawa danish. "Papa kata rezeki jangan ditolak". "Jom".

Mereka makan dan 'awkward' sebentar antara mereka. Selepas makan mereka terus menuju ke kelas masing-masing.

Waktu rehat...

Sarah duduk berseorangan di pondok bertemankan bekal makanan yang disediakan puan ros. Secara tiba-tiba seseorang datang duduk bertentangan dengannya. "Kau memang selalu rehat sorang-sorang ke?". "Haah". "Best ke?dah la takde kawan nak borak"." Tah rasa biasa je". "Takpe harini aku teman kau" kata danish lalu tangannya menyambar sekeping sandwich di dalam tupperware sarah.

"Ish kalau nak mintaklah. Ni terus ambik je. Geram tau tak". "Hahahahahah sorry" balas danish sambil ketawa riang. Mereka berbual kosong dan saling menceritakan perihal satu sama lain.

Tamat waktu sekolah..

Semua pelajar berpusu-pusu keluar turut disertai sarah. Dia menunggu di pondok biasa. Entah kenapa dia menunggu kehadiran danish. Sedihnya danish tidak memunculkan diri pada waktu itu.

Puan ros sampai dan sarah pun pulang ke rumah.

Di rumah..

"Kenapa dia takde tadi" sarah bermonolog sendiri di biliknya. "Dia kan ada kawan lain. Apalah kau ni sarah" sarah berkata sambil menepuk dahinya sendiri.

Dia menyiapkan dirinya dan semua kerja rumahnya dan terus turun menonton tv.

Di sekolah..

Sarah hanya memandang kosong ke arah papan putih. Dia bosan berada di dalam kelas. Dia melihat ke arah jam menunggu berakhirnya waktu bahasa melayu dan tidak sabar untuk menunggu waktu sains subjek kegemarannya.

Waktu rehat..

Sewaktu sarah keluar dari kelas, dia terkejut kerana danish sedang bersandar di tepi pintu. "Awak buat apa kat sini?". "Aku tunggu kau la, jom rehat ngan aku". "Taknaklah" ." Kenapa pulak?". "Ada ramai kawan-kawan awak. Dahlah semua lelaki". "Takdelah. Ada aku je". "Hmm ok".

Sejak itu mereka selalu berehat bersama-sama dan mula menjadi rapat sehingga lah sekarang.

Kembali ke alam nyata

Ha macam tulah aku dengan dia jadi bff sampai sekarang. Apa yang kitorang buat mesti sama-sama. Walaupun aku selalu kena kecam dengan batchmate dia yang lain sebab selalu sangat dengan dia, aku buat tak kisah je.

Kadang-kadang tu aku sedih la jugak tapi yang baiknya dia akan pujuk aku.

"Kakak belajar la. Next year nak pt3. Asyik main je kerja. Sampai ke tua la main je" kedengaran satu jeritan dari tingkat bawah. Kuat sangat ke aku bercakap. Macam mana mama tau aku tengah tak belajar sekarang. Ok guys raklu pape roger.


Done part 1. Macam mana ok tak? Sorryla macam bengong sket. Aku tak reti menulis tapi nak jugak huhu. Rajin2 vote la. Komen2 kekurangan k bye💋stay tune utk next part

-author

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 01, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AKU SUKA KAUWhere stories live. Discover now