Bab 15

29.9K 1.5K 65
                                    

ONE MESSAGE.

“Hafizan is suffering Metathesiophobia (afraid of changes), dia tak suka perubahan. Dia takut akan perubahan. Baginya perubahan selepas tamat sekolah adalah sangat drastik baginya, dia rela berpura-pura bodoh dan memilih untuk mengulang supaya dapat mengekalkan keadaan di sekolah.

-Ridhuan,”

Dan sekarang aku rasa seram sejuk bukan pasal masalah Hafizan tapi sebab macam mana Ridhuan boleh tahu number telefon aku ni?

“Thanks, Ridhuan. Cikgu akan fikirkan macam mana nak hadapi Hafizan, walaupun cikgu tak tahu dimana kamu dapat number telefon cikgu,

-Cikgu Naina,”

Now, aku kena gunakan otak aku. Sebab sekarang aku nak fikirkan macam mana nak tangani masalah budak 3 tahun muda dari aku. Yup, masalah Hafizan.

Metathesiophobia ya?

Tidak agak extreme ke? Maksud aku, dia takut? Ada ke sampai tahap macam tu?

ONE MESSAGE.

“This Sunday, 4 pm, give me you address, <3

-Ridhuan,”

Kiraiku sedikit terangkat. Kenapa aku nak bagi dia address aku pada pelajarku? Oh, crap. The date! Aku mengunam beberapa perkataan seperti ayam, itik dan kerbau. Ha, one way untuk prevent aku dari cakap benda tak baik. Tapi tak lah selalu ku gunakan.

Mahu tak mahu, tanganku tetap terus menghantar alamat rumahku. Nanti kalau aku tak beritahu, dia ada kemampuan untuk mengupah penyiasat. Seperti mana dia dapat number telefonku dengan senang.

ONE MESSAGE.

“Got it, <3 u much x10

-Ridhuan,”

Dah buang tabiat ke budak ni?! Tapi dalam tak sedar, tawaku tercetus saat menerima mesej dari pelajarku ini. Lelaki sememangnya pelik, kan?

“Ina, makan malam dah siap,” perhatianku tersentap bila mendengar jeritan mama dari bawah.

“Ok, jap gi,” balasku, aku meletakkan telefon pintarku bersebelahan dengan komputer ribaku.

DI meja makan hanya kedengaran bunyi sudu yang bertemh dengan pinggan. Clank! Clink! Clunk! Clunk! Ya, pinggan kaca mana tak bising.

“Pa, papa tahu tak macam mana nak rawat orang yang menghidapi Metathesiophobia?,” soalku, mengambil kesempatan untuk menanyakan papaku. Walaupun papa pakar minyak dan gas, mana lah tahu kan?

“Mata Si Phobia?,” ulang papa tapi jauh pulak salahnya dengan apa yang ku sampaikan tadi

“Metathesiophobia, orang yang takut perubahan,” jelasku. Nampak dari reaksi papa, macam tak tahu je.

“Perubahan?,” kini mama pulak yang bersuara. “Eh, apa ke peliknya tu, siapa yang takut perubahan ni?,”

“Pelajar Ina,”

“Biasanya kalau berkenaan dengan phobia ni, mesti ianya berkaitan dengan masa lampau,” terang papa. Masa lampau. “Jadi pelajar kamu ni, mesti hmm apa namanya, traumatise lah, dengan pengalaman masa lampau dia,”

Hafizan pernah melalui masa yang sukar? Dia sudah 8 kali mengulang tapi masih tidak ada kemajuan dalam bidang akademiknya.

Kenapa tu?

EJAAN Metathesiophobia aku bulatkan dengan pen berdakwat merah. Sekembaliku dari meja makan, ejaan itu lah yang memenuhi kenapa otak aku.

Kenapa?

Oi, umurku 28!Where stories live. Discover now