Pertemuan

1.1K 154 21
                                    


Ali POV

"Kau dah tolong aku untuk hancurkan MATA dan CyberRaya."Kata Alicia.

Badanku terduduk.

Aku mula dihantui dengan perasaan tidak berguna.

"TAK! KAU BUKAN ALICIA!"Jeritku padanya yang sedang sibuk menggodam Mainframe.

"Oh."Dia membalas sepatah.

Aku berdiri dan berjalan laju ke arahnya.

"BAGI AKU ALICIA SEMULA!"Jeritku sambil kedua-dua lengannya dikunci oleh tanganku.

"Tsk!"

Aku merasakan yang tubuhnya tiba-tiba hilang.

"Hah?!"

"Menyusahkan."

"PAK!!"Kepalaku disepak kuat olehnya yang tiba-tiba muncul dihadapan.

Badanku tersembam.

Aku melihatnya pergi begitu sahaja.

Siren di dalam bilik ini berbunyi kuat tanda dia telah berjaya menggodamnya.

"Alicia........."

































"Aku akan selamatkan kau."

........................................................................












Aku berlari sepantas mungkin menuju ke base rahsia general.

Sudah berada dihadapan pintu,aku memulas tombol dan segera ke bilik general.

Aku memusingkan pasu lalu pintu rahsia base itu terbuka.

Aku turun ke bawah hanya ingin dikejutkan dengan seseorang yang tidak disangka.


























"General?!"

End of Ali POV

........................................................................
















Menara XXX

Jam 2145

"Law Kuan Kheng......"Ujar kedua-dua ketua teras tersebut.

Lelaki yang tadi duduk bersilang di kerusi bilik Dato' Othman perlahan-lahan berdiri.

Dia memakai sut kombat berwarna biru yang hampir sama seperti Ejen Ganz.

Cuma bezanya,rambut putih miliknya menambahkan lagi aura kehebatan dan kejahatan.

Dia berjalan menghampiri ketua-ketua teras tersebut.

"Gembira berjumpa kamu berdua."
Katanya sambil membongkokkan badan.

Dia mengangkat badannya.

"Izinkan saya untuk hapuskan kamu berdua."Tambahnya tersenyum lebar.

"KAU-"Ganz tanpa ragu terus memberi tumbukan padu padanya.

Genggaman tangan Ganz yang besar ditahan olehnya.

"Hmm?"Dia menyindir.

Ganz cuba memberikan tumbukan yang lain padanya.

Tumbukan bertubi-tubi itu dihalang Kheng seolah-olah ia tidak merbahaya.

"Dayang!"Jerit Ganz.

Dayang yang dibelakang Ganz membaling sfera anti gravitinya ke arah Kheng yang sibuk mengelak tumbukan bertubi-tubi milik Ganz.

Alicia Side Story(Spoiler EATM)Where stories live. Discover now