Wanita itu membawa Ali ke dalam sebuah bilik yang tidak terlalu besar.Di dalamnya,terlihat seorang wanita lain yang memakai topeng muka.
Ali ditolak sehingga hampir ditepi meja bilik itu.
Wanita yang menolaknya tadi perlahan-lahan mencabut topengnya lalu duduk di sebuah kerusi bersebelahan dengan wanita yang sedang sibuk menaip sesuatu di papan kekunci.
"Saya doktor di fasiliti MATA yang merawat Alicia,dan ini pembantu saya."Kata wanita itu.
Ali mengangguk faham.
"Kami diberitahu bahawa kamu merupakan rakan yang paling rapat dengan Cik Alicia.Betul ke?"Tanya doktor tersebut.
"Betul."Balas Ali sepatah.
"Saya akan menanyakan beberapa soalan mengenai Cik Alicia,kalau kamu boleh jawab,tolong jawab dan kalau kamu tak tahu,tidak mengapa."Kata doktor itu lagi.
Ali hanya mengangguk.
"Baiklah.........sudah berapa lama kamu mengenali Cik Alicia?"Doktor itu memulakan sesi soal jawab.
"Kami sekolah rendah di tempat yang sama,tapi saya mula rapat dengan dia waktu saya pakai IRIS iaitu lebih kurang 3 tahun lepas."Jelas Ali.
Doktor itu mencatat segala yang diperkatakan budak lelaki itu di dalam sebuah tablet miliknya.
"Dalam masa 3 tahun kamu mula rapat dengan dia,ada tak apa-apa perubahan yang kamu boleh nampak?"Tanya doktor itu lagi.
Ali memegang dagunya yang dibalut.
"Hmm.....mula-mula saya kenal dia,dia senang sangat marah,poyo,suka perli,suka bebel pastu banyak lah."Ujar Ali sambil meniru memek muka Alicia.
"Tapi......makin lama,dia makin diam.....makin penyabar,makin banyak senyum,makin baik......"Tambah Ali tersenyum nipis.
"Cuma...."Ali memberhentikan kata-katanya.
"Hmm?"
"Dia jarang makan,kalau dia makan pun,mesti buah atau sayur.Pastu dia selalu cakap benda pelik-pelik."
"Dan ada sekali tu,saya perasan dia pakai make-up."Jelas Ali.
Doktor di depannya mengangguk faham.
"Doktor."Panggil Ali.
"Ya?"
"Haritu,saya ada jumpa kotak yang penuh dengan pil dan alat suntikan dalam bilik Alicia."Kata Ali.
Doktor terdiam.
Tiba-tiba pembantunya membuka mulut.
"Kami tahu pasal ubat-ubatan tu."
"Hah?"Kata Ali hairan.
"Kenapa? Kamu ingat tu dadah ke?"Tanya dia tanpa melihat ke arah Ali.
Ali mengangguk.
"Bukanlah.......tu ubat tahan sakit yang Alicia ambil dari med bay ni."Jelasnya.
Ali hanya meng-oh-kan penjelasan wanita itu.
"Tapi.......kenapa banyak sangat?"Tanya Ali.
"Sakit yang dialami Cik Alicia terlalu perit untuk ditahan,jadi dia pilih untuk telan lebih dari 1 pil sekaligus."Sampuk doktor yang berada di depan Ali.
"Sakit?"Tanya Ali dengan riak wajah hairan.
"Sekejap....Cik Alicia tak pernah bagitahu kamu ke?"Tanya doktor itu.

ESTÁS LEYENDO
Alicia Side Story(Spoiler EATM)
FanficContains Ejen Ali The Movie Spoiler "Jangan tengok apa yang kau hilang,Tapi tengok apa yang ada depan mata"-Alicia Kheng Mengisahkan Alicia yang cuba membongkarkan rahsia disebalik kematian kedua ibubapanya yang tidak pernah dia ketahui identiti seb...