001 : prologue

105 15 44
                                    

Di dalam bilik yang kedap seperti suatu bilik mesyuarat yang kecil, dua orang pekerja sedang leka menyiapkan sesuatu sebelum tiba masanya mereka bentangkan segala tugasan mereka berdua. Masing - masing pening dan runsing dengan kerja yang diberi.

'Adakah mereka boleh diharapkan ?', itulah yang ada di dalam benak fikiran mereka.

“ Aku dah siapkan semua butiran diorang ”, seorang perempuan mula memecahkan keadaan yang tegang itu. Namun , lelaki di hadapannya masih keliru dan bengis. Sudah berkali dia mencuba tetapi hasilnya masih tiada.

“ Kau dapat cari tak ? ”, lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya.

“ Kita dah hilang radar dia ”, dengan penjelasan pendek, perempuan itu merengus. Sekali lagi, mereka perlu lakukan semula apa yang mereka sudah lakukan.

“ Sekali lagi ? Habistu, kita kena cari dia semula ? ”,

“ Tak perlu ”, perempuan itu berkerut dahi.

Entah apa yang lelaki itu cuba lakukan sehingga tiada masa untuk dia jelaskan semuanya kepada rakannya. Dengan satu senyuman sinis, dia memusingkan komputer ribanya ke arah perempuan itu.

“ Macam mana kau buat—”,

“ Semua orang tahu yang Kim Doyoung ni pandai—”,

“ Oh—Tuan ”, perempuan itu segera bangun dan menundukkan kepalanya sedikit, sebaik saja seseorang mula melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Doyoung yang cuak segera bangun dan menundukkan juga kepalanya.

“ Semua dah siap ? ”, tanya lelaki yang baru sahaja memasuki ruang kerja mereka.

Doyoung lantas memberi satu pandangan ke arah rakan kerjanya itu. Dia tahu yang dia mungkin akan dimarahi sekali lagi kerana kerjanya masih belum sepenuh siap. Hanya dengan mata, dia cuba berinteraksi, meminta pertolongan daripada rakannya.

“ Sudah ”, jawab perempuan itu pendek dan jelas.

Doyoung membuntangkan matanya. Masih lagi ada kerja yang mereka tidak siapkan. Macam mana dia boleh jelaskan yang semuanya sudah disiapkan. Si Doyoung pula tidak berani membuka mulut sebaliknya dia hanya berdiam diri.

“ Doyoung ? ”, lantas dia memandang lelaki yang duduk di hadapan mereka atau lelaki itu lebih dikenali sebagai ketua mereka berdua.

Sempat Doyoung menelan air liur disaat cemas begini dan dia terus menjawab 'iya' bagi pertanyaan itu.

“ Kalau begitu, sambungkan semua streaming kepada saya ”, balas ketua mereka lagi.

“ Tapi Tuan—”,

“ Saya akan sambungkannya ”, Doyoung memotong kata rakan kerjanya. Terbuntang mata perempuan itu cuba memberikan isyarat kepada Doyoung tapi Doyoung menghiraukan saja.

“ Yiseul , awak susun semua butiran mereka. Esok bentang ”, perempuan itu, atau dikenali sebagai Yiseul terus patuh akan arahan yang diberi.

Sebaik saja ketua mereka mula berangkat keluar, mereka berdua lantas berdiri dan menundukkan kepala. Diperhati sahaja setiap langkah yang diambil oleh ketua sehingga lesap dari pandangan mereka berdua.

“ Kau cakap memang tak guna otak eh ? ”, Yiseul terus menghempas kembali punggungnya ke atas kerusi.

Doyoung hanya ketawa kecil.

“ Kau lupa aku buat apa tadi ? ”, Yiseul hanya memandang si Doyoung yang masih tegak berdiri itu membicarakan sesuatu.

“ Aku tak nak tahu ”,

“ Aku tak kisahlah kau nak tahu ke tidak tapi aku tetap nak bagitahu. GPS yang aku letak dalam telefon dia, bukan calang - calang GPS yang selalu kita guna ”,

“ Maksud kau ? ”,

“ Radar dia memang jauh sampaikan kita HAMPIR hilang dia—”,

Straight to the point ”, Doyoung merengus. Baru saja nak tunjukkan kepandaian dia.

“ Dia bukan orang biasa. Dia tahu ada sesuatu yang ada dalam telefon dia ”,

“ Kau tahu mana ? ”, tanya lagi si Yiseul sambil menyilangkan tangannya.

“ Dia guna balik data hacking kita. Dia godam gps yang kita cuba pasangkan dalam telefon dia. Jadi, dengan tu, aku dapatkan semula data kita dengan godam balik gps tu dan aku dapat location dia. Dan, aku terus godam semua cctv dekat kawasan situ— ”,

“ Baguslah. Kau dah pandai ”,

Yiseul terus mengatur langkah keluar dari bilik itu. Meninggalkan saja si Doyoung ternganga luas. Dia masih ada banyak perkara yang hendak dijelaskan tapi si Yiseul, dari awal sudah jelas dengan semua kata - katanya tadi. Jadi, tak perlulah terang panjang.

At least bagi lah aku terang dulu ”,

“ At least bagi lah aku terang dulu ”,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
VENGEWhere stories live. Discover now