004 : gelanggang

46 11 102
                                    

“ Kau siapa ? ”,

“ Kau tanya aku ? Kau tu siapa ? ”,

“ Jap jap. Aku benci orang bodo macam ni ”,

“ Ni pertama kali aku jumpa kau tapi kenapa aku rasa kau pun sama bodo je ? ”,

“ Apa ? Kau kata aku bo—”,

“ Dah habis bodohkan diri sendiri ? ”, Dawon mula melangkah masuk ke dalam gelanggang itu.

Mereka berempat terus mendiamkan diri sebaik saja melihat Dawon. Yelah, takut ke tak takut kalau si Dawon hayun tangan saja, sudah pengsan orang. Tengoklah lengan dia besar mana. Sebaik saja melangkah masuk ke dalam gelanggang, Dawon mula meregangkan badannya tanpa menjelaskan apa - apa.

“ Nak buat apa ni—”,

“ Kau Chanhee kan ? Masuk ”, Dawon mula dalam posisi bersedia dengan sarung tangan pelindung di tangannya sebaik saja dia memanggil Chanhee untuk berlawan dengannya. Namun, Chanhee masih tercenggang disitu, keliru dengan apa yang Dawon cakapkan.

Dawon sudah mula penat asyik berada dalam posisi sedia dari tadi. Dia mula mencekak pinggangnya.

“ Pakailah sarung tangan pelindung tu lepastu lawan aku ”, Chanhee masih teragak - agak untuk mengambil sarung tangan pelindung yang tersusun rapi di penjuru gelanggang.

Sebaik saja tangannya mencapai sarung tangan itu, dia segera menyarungkannya ke dalam dua belah tangannya. Namun, Chanhee masih lagi tidak selesa dengan sarung tangan di tangan, tiba - tiba rasa berat. Iyalah, selalu pegang cawan, ini tiba - tiba pegang sarung tangan.

Chanhee mula mengambil langkah ke hadapan.

“ Matilah kau ”, bibir si Chanhee mula kering.

“ Kenapa kau masuk sini ? ”, Dawon mula menanyakan soalan sambil mengerakkan tangannya seakan akan mahu menyerang si Chanhee.

Chanhee sehabis baik, menahan dirinya daripada dipukul oleh Dawon. Semakin lama, semakin ke belakang langkahnya. Namun, dia masih cuba sedaya upaya untuk mengatasi takutnya itu.

“ Aku tak tahu—”, Dawon terus menghayunkan tangannya tepat terkena pada pipi kanan si Chanhee. Tersungkur si Chanhee akibat serangan yang mengejutkan itu.

Dia terus mencebik. Macam mana dia boleh biarkan seseorang menyentuh pipi lembutnya itu ?

“ Bangunla cepat. Tu baru warm up ”, Dawon gelak halus melihat Chanhee yang masih dilantai itu.

“ Bangunla—”,

“ Okah takpe. Kau ...... Yugyeom kan ? ”, terciduk si Yugyeom yang berada di penjuru gelanggang. Dengan perlahan dia mengangguk kepalanya.

“ Daripada kau suruh dia bangun, baik kau yang masuk ”, Yugyeom mula tercabar.

Tanpa menolak pelawaan si Dawon, dia segera mencapai sarung tangan pelindung di sebelahnya dan mula tampil ke hadapan. Sedang dia mengemaskan sarung tangannya, dia mula mengugut Dawon.

“ Kalau aku boleh kalahkan kau, aku ada permintaan ”, dia memandang tajam ke dalam anak mata Dawon. Dawon hanya mampu tersenyum.

“ Apa ? ”,

“ Kalau aku dapat kalahkan kau, kau kena lepaskan aku ”, Dawon mula melagakan kedua belah sarung tangan pelindungnya.

“ Kalau kau menang .... ”,

“ Kalau aku menang, kau kena jadi ejen VENGE ”, Yugyeom senyum sinis.

Sebaik saja sarung tangan pelindungnya dikemaskan, dia terus menghayunkan penumbuk kanannya ke arah Dawon. Namun, bukan semudah itu dia mampu menjatuhkan Dawon. Dawon selamba mengelak daripada serangan lemah si Yugyeom.

VENGEWhere stories live. Discover now