003 : latihan fizikal

66 13 49
                                    

Suatu benda dikeluarkan daripada begnya. Lantas dia mencapai alat kawalan drone itu sebaik saja dia melepaskannya keluar dari tingkap kereta.

Selamba sahaja dia mengawal pergerakan drone untuk memerhati sekeliling. Alat kawalan yang dipegang pula mempunyai skrin, membolehkan dia melihat kemana dronenya tuju.

“ Aku dah jumpa ”, bicara Doyoung, sebaik saja dia menjumpai seseorang di atas skrin itu.

Yiseul lantas melihat skrin. Iya, memang benar dia orangnya.

“ Aku malas dah nak pengsankan orang ”, Yiseul berpaling ke belakang.

“ Kau, Dawon duduk jelah dalam kereta. Biar aku dengan Doyoung pula buat ”, Dawon mula menguntumkan satu senyuman. Boleh juga dia berehat sekejap.

“ Jom ”, mereka berdua lantas keluar dari kereta dan menuju ke arah 'orang' itu. Tersenyum lebar mereka berdua sebaik saja menjumpai orang itu. Akhirnya, mereka akan selesaikan misi kedua mereka.

“ Biar aku buat seorang diri ”, Doyoung menahan Yiseul.

“ Aku lagi kuat dari kau—”,

“ Aku takkan lepaskan dia. Aku janji ”, Doyoung segera berlari menuju ke arah 'orang itu'.

Yiseul hanya biarkan sahaja si Doyoung itu selesaikan seorang diri. Dia yakin yang Park Seonghwa ataupun Seonghwa itu tidaklah kuat mana. Doyoung pasti boleh selesaikan.

Setiba Doyoung, berjalan di belakang Seonghwa, dengan perlahan - lahan dia cuba menghampirinya. Entah kenapa si Seonghwa ini berjalan seorang diri di dalam terowong sunyi begini. Doyoung disitu sudah mula seram sejuk melihat sekeliling.

Disebabkan oleh arahan ketua mereka untuk membawa mereka semua dalam keadaan tidak sedarkan diri, mereka bertiga sedaya upaya untuk 'pengsankan' mereka berempat. Tetapi, si Doyoung sudah buntu, mahu lakukan apa kepada si Seonghwa itu supaya dia tidak sedarkan diri.

Dia masih mengekori Seonghwa dari belakang. Namun, dalam tindakannya yang berhati - hati mengekori si Seonghwa, dia tanpa sengaja telah menunjukkan kebodohannya. Berjalan tak tengok bawah.

Dia terpijak kepingan tin minuman di hadapannya menyebabkan si Seonghwa tidak teragak - agak untuk memalingkan kepalanya ke belakang. Terkejut Doyoung, hampir - hampir saja terkencing disitu.

“ Kau siapa ? ”, Seonghwa cuba menghampiri si Doyoung tanpa rasa takut.

Doyoung sudah mati akal, entah mahu lakukan apa.

“ Aku ..... ”,

+++

“ Oh, seorang dah bangun ! ”, teriak Doyoung yang berada di hadapan beberapa skrin besar sebaik sahaja seorang daripada mereka berempat mula menyedarkan diri.

Semua skrin dihadapannya menunjukkan gambaran kamera tertutup daripafa empat buah bilik atau ia lebih kelihatan seperti sel. Dan, salah seorang daripada mereka sudah bangun.

Yiseul dan Suho yang sibuk membincangkan sesuatu segera ke arah skrin. Sel 004. Orang yang dikurung di dalam sel itu telah sedar dari pengsannya. Namun, dia langsung tidak menunjukkan apa-apa riak muka, langsung tidak terkejut dengan apa yang dia alami dan dimana dia.

“ Buka audio ”, arah Suho dan segera Doyoung menekan butang audio.

“ Son Dongju ”, Suho mula bersuara melalui mikrophone komputer yang terletak di atas meja itu. Matanya melihat pergerakan Son Dongju ataupun Xion di dalam skrin itu.

VENGEDonde viven las historias. Descúbrelo ahora