008 : tingkat lima

34 8 73
                                    

“ Macam mana kita nak masuk ? ”, Doyoung masih ralit dengan peranti yang berada di tangannya, menghiraukan sahaja pertanyaan Chanhee yang dari tadi asyik gementar di sebelahnya.

Chanhee hanya mampu bersabar. Kalau tidak kerana misi, sudah lama dia tinggalkan si Doyoung disitu. Lagipun Doyoung mampu bawa diri tidak seperti Chanhee. Kalau suruh Doyoung kendalikan misi ini, mungkin agak senang baginya. Senang terkantoi.

“ Kau buat apa tu—”,

“ Diamlah kejap ”, Doyoung mengangkat mukanya memandang sebuah kereta berwarna hitam di hadapannya. Jarinya pula ralit mengawal sesuatu, seperti sebuah alat kawalan jauh.

“ Okay ! ”, Doyoung mula bersorak kecil sebaik sahaja kereta dihadapannya mula bergerak. Dengan otak dan akal panjang si Doyoung, dia berjaya menggodam sistem kereta itu. Chanhee disebelah terkejut dengan apa yang Doyoung lakukan.

“ Kenapa kereta tu gerak ? Tak ada oramg pandu—”,

“ Aku yang pandu ”, Doyoung mengerakkan sedikit alat kawalan itu ke kanan, membiarkan Chanhee lihat apa yang dia lakukan.

Dia mengawal kereta yang digodamnya hanya dengan telefon pintar ditangannya dan alat kawalan pula seperti permainan video kereta. Ada pedal brek, kelajuan, pedal minyak, dan pandangan depan kereta. Doyoung hanya tumpukan sahaja pada skrin telefonnya itu.

Tersalah masuk lorong, habis misi mereka.

Bangunan dimana majlis pertunangan Eric Sohn diadakan tidak terlalu jauh dengan tempat mereka parkirkan kereta, kira-kira 500 meter sahaja. Tidak sampai 5 minit, kereta kawalan mereka sudah mula memasuki perkarangan bangunan itu.

Untuk ke dewan majlis, mereka perlu ke tingkat tiga untuk memarkirkan kereta namun di situlah antara kawalan ketat mereka perlu lalui. Dan, kereta kawalan mereka sudah mula menyelusuri tingkat dua bangunan itu. Doyoung masih selamba bersahaja mengawal kereta itu. Pro.

“ Oh ada orang jaga situ ”, pesan Chanhee apabila dia melihat beberapa orang lelaki bersut hitam sedang menjaga laluan untuk ke tingkat dua itu. Doyoung menghiraukan sahaja pesanan si Chanhee. Dia juga nampak.

Penghadang laluan diletakkan di tengah tengah, menyebabkan Doyoung terpaksa merempuh sahaja penghadang itu. Mujur penghadang bersifat plastik, tidaklah rosak remuk keretanya itu. Sebaik sahaja kereta kawalannya mula melepasi tingkat dua, Doyoung segera menekan butang airpod ditelinganya.

“ Aku bawa diorang ke tingkat lima ”, bicara Doyoung kepada seseorang. Dan dia segera meningkatkan kelajuan kereta kawalannya otu sehingga tiba di tingkat lima. Laluan bangunan yang berliku itu mudah sahaja bagi Doyoung untuk mengawal keretanya.

Sebaik kereta kawalan iti tiba di tingkat lima, Doyoung lantas memandang Chanhee disebelahnya.

“ Kau sedia tak ? ”, Chanhee hanya mengangkat kedua belah keningnya.

Tanpa menunggu jawapan si Chanhee, Doyoung segera menghidupkan enjin kereta lalu meluncur masuk ke dalam bangunan itu. Kerjanya makin mudah sebaik saja semua orang yang menjaga laluan itu sudah termakan dengan umpannya. Mereka semua masih bodoh seperti kala dulu dengan mengejar kereta kawalan si Doyoung yang tiada pemandu di dalam.

“ Kau ingatkan nak buat apa ? ”, Chanhee mengangguk tanpa teragak-agak. Dia makin yakin dengan dirinya dan tidak lagi gentar hanya pada saat ini. Sesudah mereka memarkirkan kereta di tingkat tiga, Doyoung segera keluar dari kereta itu meninggalkan Chanhee sendirian

Doyoung kau ada sepuluh minit je tau ”, Chanhee memandang suara dari telefon yang ditinggalkan oleh Doyoung. Doyoung tiada di situ jadi mana mungkin dia tahu akan pesanan ini

VENGEWhere stories live. Discover now