Taehyun POV
Aku membuka mata dan memandang ke arah kipas yang setia berpusing untuk aku setiap hari. Mata yang dipenuhi taik aku kesat dan bersihkan. Nasib baiklah taik mata takde bau kalau tak, dah lama aku mati.
"Huaghhh" aku menguap. Pagi ni sejuk dari pagi biasa. Aku memandang sekeliling dan sah
Ada jembalang yang bukak aircond paling sejuk dan bukak kipas nombor lima. Aku menjeling Hueningkai yang masih lena. Kulit buaya budak ni.
Aku bangun dan menuju ke bilik air. Aku ternampak Yeonjun hyung menuruni tangga. Aik, dia nak pegi mana pagi-pagi buta ni? Kan harini cuti.
"Yeo-" baru sahaja aku nak panggil dia,dia dah keluar rumah. Maybe dia nak pergi beli barang.
Aku hanya mengangkat bahu dan masuk ke dalam bilik air.
Dah shuh,aku nak mandi. Eh tak pergi lagi? Nak usya ke?
...........
"Soobin hyung" Soobin yang sedang menonton TV memandang Taehyun.
"Pehal?"
"Aku nampak Yeonjun hyung keluar subuh-subuh tadi tapi sampai sekarang dia tak balik lagi" Soobin dan Taehyun saling berpandangan.
"Hmm,maybe dia ada hal kot" Soobin kembali menonton rancangan kegemarannya dari Malaysia, TV terlajak laris.
"Hyung ni asyik tengok datuk gedik tu je. Ce kau bukak channel movie ke ape" Hueningkai merampas remote tv dari Soobin.
"Ish,kau ni sibuk je" Soobin merampas remote kembali dari Hueningkai. Hueningkai menjeling Soobin. Remote itu dirampas sekali lagi.
Remote:WAH KITA DIRAMPAS OLEH LAKI HENSEM
"ISH HYUNG NAK TENGOK ALIFF SYUKRILAH!"
"KAI NAK TENGOK MOVIE"
Beomgyu dan Taehyun yang sedang makan hampir tersedak. Nasib tak mati. Telefon Taehyun tiba-tiba berbunyi.
"Helo?APA JANGAN END CAL-"
"Kenapa? Shiyuk Pdnim nak bagi ceramah lagi ke?" Tanya Soobin. Taehyun yang masih terkejut tidak menjawab soalan Soobin.
"Hyung?" Hueningkai menolak bahu Taehyun. Tiba-tiba sahaja dia menangis.
"AYOKK TAK TAHU KAN DIA DAH NANGIS" Beomgyu menyakat Hueningkai.
"Y-yeonjun hyung"
"Kenapa dengan Yeonjun hyung?" Tanya Hueningkai.
"Yeonjun hyung kena culik"
"APA?!"
"MACAM MANA BOLEH KENA CULIK? KENA CULIK DENGAN SIAPA?" Soobin mengoncang badan Taehyun. Beomgyu dan Hueningkai masih kaku. Terkejut beruk mendengar berita itu.
"Taehyun tak tahu...dia kata kita kena datang dekat lokasi yang dia bagi. No polis"
"Oh,no" Soobin mengeluarkan telefonnya dan ingin mendail nombor Bang Shihyuk tapi dihalang oleh Taehyun.
"Jangan, penculik tu kata kalau kita beritahu orang lain dia akan bunuh Yeonjun hyung. Dia boleh kesan call log kita"
............
Tok tok tok"Hmm siapa tu?" Taehyung meregangkan badannya sebelum membuka pintu.
"Si- ouh korang rupanya. Masuklah" Taehyung membuka pintu dengan luas. Beomgyu,Soobin,Taehyun dan Hueningkai hanya tersenyum nipis dan masuk ke dalam.
"Korang kenapa? Datang time cuti macam ni dan mana Yeonjun?" Empat cawan air sejuk diberikan pada mereka. Air kosong je weh dia bagi kat tetamu.
"Sebab tulah kitaorang datang sini"
"Sebab apa?" Tanya Yoongi yang baru keluar dari bilik. Niat dia nak masak terbantut apabila melihat mereka berempat.
"Yeonjun hyung kena culik"
"APA?!" Mata Taehyung dan Yoongi membulat. Yoongi berlari mendekati mereka yang sedang duduk.
"Macam mana boleh kena culik?"
"Yeonjun hyung keluar pagi tadi...lepastu ada orang call Taehyun kata dia culik Yeonjun hyung" jelas Soobin. Yoongi memandang Taehyung.
"Kejutkan semua orang" Taehyung mengangkat tabik dan mula mengejutkan semua member.
"Penculik tu kata jangan telefon polis. Sebab tu kami semua datang sini" Yoongi mengeluh dan mengusap kepala mereka.
"Sabar ya? Hyung semua akan tolong cari Yeonjun"
"Ish,apa yang HUAGHH kecoh pagi-pagi ni?" Tanya Hoseok. Matanya digosok beberapa kali.
"Eh,kenapa korang ada kat sini? Mana Yeonjun?" Tanya Namjoon. Yoongi menyuruh mereka berkumpul dan membisikkan sesuatu kepada mereka.
"APA?! MACAM MANA BOLEH JADI MACAM NI?" Seokjin menjerit. Taehyun,Soobin,Beomgyu dan Hueningkai hanya menundukkan kepala.
"Kita repotlah polis" cadang Jungkook. Yoongi menggeleng.
"Taehyun kata penculik tu akan bunuh Yeonjun kalau kita call polis"
"So sekarang? Takkan nak bagitahu Bang Pdnim? Komfem dia mengamuk" kata Jimin. Mereka semua berfikir sejenak.
"Kita jejak telefon penculik tu?" Cadang Seokjin
"Tapi,siapa yang nak jejak? Kita ni bukannya hacker, kita idol"
"Haah jugak eh" Seokjin menggaru lehernya.
"Takpe,kita suruh diorang balik dulu" kata Yoongi. Semua hanya mengangguk.
"Korang balik dulu, nanti kitaorang semua akan datang dorm korang ok?" Mereka berempat mengangguk dan berlalu keluar. Yoongi menutup pintu dan memusingkan badannya.
"Pandai korang berlakon, patut dapat oscar" Mereka semua ketawa.
"Yeonjun boleh keluar sekarang" Yeonjun yang dari tadi menyorok di dalam stor keluar dari persembunyiannya.
"Thanks hyung. Nasib baik tak kantoi"
"Haih,macam-macam betul korang ni" Jimin tersenyum ke arah Yeonjun.