BAB 16 RINDU

3.1K 172 2
                                    


Let down your EGO

Pada hujung minggu begini, tiada apa yang boleh Eva lakukan. Dia hanya mengurungkan dirinya di dalam bilik memandangkan di rumah ini tinggal dia , Zel dan pembantu rumah sahaja.

Tuan Syahid sudah berlepas ke Australia kerana bertemu client di sana untuk me'release'kan makanan terbarunya kepada orang Australia.

Eva hanya bermalas-malasan di atas katil. Kejap-kejap dia mengeluh. Entah kenapa sejak Haq pergi bertugas, dia rasa kosong. Seperti tiada apa yang terisi disetiap harinya.

Mungkinkah dia rindu lelaki itu? Dia sendiri pun tidak pasti. Bantal yang bersulamkan gambarnya di peluk. Badannya dipusingkan ke arah kiri di beranda. Tiba-tiba sahaja dia nampak Haq berdiri di situ sambil menghadiakan flying kiss ke arahnya.

Di gosok matanya berulang kali tanda tidak percaya. Tetapi bayangan itu hilang bila dia menunduk tidak sampai 10 saat.

"Argh!" Eva membaling bantal kecil ke arah balkoni. 'Nyah kau setan!'

Tidak menunggu lama di dalam bilik, dia terus keluar kerana tidak mahu diganggu bayangan Haq yang seksi. Serabut!

"Zel jom keluar!" Eva yang nampak Zel sedang memberi ikan makan menegur.

"Tak nak. Aku nak swimming hari ini!" Zel menolak sambil tangan memberi ikan makan.

"Tak pe lah aku pergi sorang je!" Eva naik ke bilik semula untuk bersiap. Skirt paras lutut dikenakan dengan baju putih lengan pendek yang diikat dibahagian depan. Rambut diikat sanggul tinggi. Perfect. Beg berjenama gucci dicapai dan dibawa keluar.

"Aku keluar dulu," Zel yang mengangguk seakan memberi keizinan kepada Eva.

Lantas kunci kereta Myvinya diambil dan dipandu ke sogo. Nak cuci mata sambil membeli apa yang patut.

Sampai saja disogo, Eva terus masuk ke dalam dengan rasa ingin membeli belah. Bolehlah dia lupakan tentang Haq sekejap.

Selesai membeli belah, Eva singgah di Paparich. Wah leganya. Beg kertas diletakkan ditepi. Punggung dilabuhkan di kerusi yang disediakan.

Matanya melilau melihat sekeliling. Ada yang berpasangan. Ada yang sorang dan ada juga yang berkeluarga. Eva mengeluh perlahan. Walaupun dia sedang shopping, langsung tidak menggembirakannya. Haq, nama dia selalu berlegar di ingatan Eva. Tak penat ke asyik muncul dalam ingatan Eva je?

Eva mengangkat punggung dan berjalan ke tempat parkir kereta. Lebih baik balik tidur je.

Teringat pula beberapa hari lepas dia pergi ke apartment Haq. Tiada yang istimewa kecuali satu bilik yang berada di sebelah master bedroom. Bilik itu cantik dan bersih seolah-olah dijaga rapi.

Bilik itu dipenuhi oleh buku-buku, katil bersize king, meja office dan hiasan yang sesuai dengan warna lilac. Warna kesukaan Eva.

Eva merantau memandang segenap bilik itu tanpa tertinggal sedikitpun hal-hal berkaitan bilik itu sehingga gadis itu menemukan kertas yang terselit di antara duvet dan tilam itu.

Dia membaca surat itu dan terkejutnya, Haq menulis surat itu untuk dia. Yang membuatkan dia terharu adalah bila Haq kata, apartment ini sudah dijadikan milik Eva. Alasan lelaki itu berbuat demikian kerana dia ingin apartment itu terisi dengan orang.

Apartment yang diberikan kepada Eva itu merupakan apartment yang dibeli olehnya beberapa tahun lalu. Tetapi, Haq jarang untuk tidur ataupun melakukan aktiviti di apartment itu disebabkan dia mempunyai rumah bersama Ziyad. Jadi, dia mengambil keputusan untuk memberikan apartment ini kepada Eva.

1. Oxymoron | RE-DOWhere stories live. Discover now