BAB 24 SAYANG

3.2K 159 4
                                    

"Sayang...." Meleret panggilan Q sambil meraba ruangan kosong disisinya. Tiada?!

Dia mimpi dia kahwin dengan Eva ke?!

Mimpi atau kenyataan?

Tidak betah begitu, dia segera terjun dari katil dan langkah keluar dari bilik itu. Kaki menjejak ke dapur sebelum dia mendengar bunyi riuh rendah di halaman belakang rumah Hajah Halimah.

"Eee Eva semut besar mana yang dah gigit leher kau ni?" Usik Mikhail selepas dia nampak ada sedikit merah merah di leher Eva. Ni semua, Haq punya pasal.

"Kau diam sebelum kelapa ni hinggap atas kepala kau," Hajah Halimah hanya menggeleng. Mana taknya. Eva yang selamba keluar dari bilik dengan rambut gaya messy bunnya tanpa sedar ada memerah di leher. Apabila ditegur terus menggelabah mahu menutupnya. Tetapi tidak pandai. Hajah Halimahlah yang menyuruhnya membuka ikatan rambut dan menyelerakkan rambutnya dibahagian leher.

"Sayang," Haq memanggil Eva apabila melihat isterinya itu mahu membaling buah kelapa kepada Mikhail.

"Ha tu dia, prince charming dah sampai," usik Mikhail lagi. Seronok pula dia mengusik Eva ni.

Selepas Eva betul-betul keluar dari hospital, Haq terus datang meminangnya. Tanpa menunggu lama. Tak sabar betul Haq ni. Entah apa yang gelabah sangat, bukan Eva nak lari pun.

"Kau diam!"

Haq sudah berada di sebelah Eva. Pipi gebu Eva dikucup sekilas. Langsung bekas ciuman itu di usap lembut.

"Uuu sweetnya."

Muka Eva sudah memerah. Haqlah ni! Terus mukanya disemban di dada Haq apabila terusan diusik oleh Mikhail. Adik ipar laknat!

"Blah lah gila," Haq sudah menolak adiknya. Dia ni kalau boleh usik orang, sampai kiamat pun tak sudah.

Hajah Halimah senang memerhati mereka. Dan segala cerita Eva, semua dia tahu. Mula memang dia terkejut tapi, mengingatkan apa yang gadis pertengahan umur 20 itu lalui, pantas sahaja dia tersenyum senang apabila Haq ingin melamar gadis itu.

^

Takkan pernah mengalah dengan apa yang belum di cuba!

'Ya allah andai ini yang terbaik buat diriku, aku terima dengan lapang dada," saat ini, aku sungguh-sungguh meletakkan jalan hidupku di tangan allah. Andai itu terbaik untukku,akulah manusia yang paling bersyukur di muka bumi ini. Andai ini hanyalah persinggahan dalam hidupku, maka berilah aku petunjuk dari mu.

'Eva, kau dah siap belum? Dah pakai baju ke belum? Takut terlewat nanti kalau kau lambat-lambat," pintu bilikku diketuk bertalu-talu dari arah luar. Siapa lagi kalau bukan sahabatku Zel.

1. Oxymoron | RE-DOWhere stories live. Discover now