Chapter 2

81 7 0
                                    

Hae Young dan Jisoo sampai di sebuah restoran. Mereka duduk di meja paling dekat dengan kaunter.

"Asal kau bawak aku makan kat sini?"

Jisoo mengangkat kening sebelahnya.

"Kata lapar"

"Memanglah, tapi bawaklah aku makan kat restoran mewah sikit"

"Alaa makan jelah sini. Makanan dia sedap, murah pula tu. Pastu ada benda yang lagi best pasal tempat ni"

Hae Young memandang Jisoo tajam tanda ingin tahu.

"Apa dia?"

"Adalah....."kata Jisoo sambil tersengih.

Hae Young mencebik. Dia mengalihkan pandangan menuju ke luar restoran.

Seketika kemudian, seorang lelaki datang mendekati mereka.

"Nak makan apa?"

Mata Hae Young membulat mata, suara itu seperti sangat dikenali. Dia segera mengalihkan pandangan ke arah lelaki itu.

"Weyh, Seok Jin. Kau jadi pelayan ke sekarang?" tanya Hae Young teruja.

Lelaki bernama Seok Jin itu menggeleng.

"Ini restoran aku. Kau dah lama ke habis khidmat tentera?"

"Taklah baru je semalam"

Seok Jin mengangguk.

"Kau nak makan apa? Aku belanja" kata Jisoo yang tiba tiba menyampuk.

"Aku nak.......ni....dengan ni.....dengan ni. Dah tu je" jari Hae Young laju sahaja menunjuk menu makanan yang ingin dimakannya.

"Siap!" kata Seok Jin kemudian berlalu pergi.

Hae Young kembali memandang Jisoo.

"Ni ke benda best tu?"

Jisoo mengangguk.

"Lepas makan kita jalan jalan ek"

Hae Young mengangkat ibu jari tanda setuju.

***

Selepas makan, Jisoo dan Hae Young menuju ke perhentian bas untuk menunggu bas.

Tiba tiba sebuah kereta hitam berhenti dihadapan mereka. Cermin kereta diturunkan perlahan lahan.

Kelihatan Seok Jin di dalam kereta tersebut.

"Korang nak gi mana? Aku hantar"

Jisoo dan Hae Young saling berpandangan. Mereka tersengih sesama sendiri.

***

Keadaan dalam kereta Seok Jin amat sunyi. Seorang pun tak bersuara.

Seok Jin nampak fokus betul dengan pemanduannya. Si Jisoo pula sibuk main phone.

Hae Young hanya termenung memandang ke luar tingkap.

"Errr, Hae Young. Kau..sihat?" Seok Jin tiba tiba bersuara.

Haih, dia ni tak nampak ke si Hae Young tu boleh berjalan bagai, lagi tanya kenapa?

"Erm, aku sihat je" Hae Young menjawab selamba.

"Kau...."

Zombie War (PJM) Where stories live. Discover now