Chapter 11

37 4 0
                                    

Hae Young POV

Aku memandang kosong tubuh Jisoo yang tidak bernyawa itu. Kenangan lama kembali bermain di fikiran.

Flashback..

Selepas kematian ayahku. Eomma dan aku terpaksa berpindah ke rumah nenek di Busan. Aku juga berpindah ke sekolah baru.

Di sekolah baru, aku sering dipalaukan. Aku takde kawan. Malah, sering dibuli.

Suatu hari....

"Hoi, lembab! Sini kau!" aku dipanggil kasar oleh seorang senior. Namanya, Seung.

"Ye, Seung eunni"

"Aku nak kau kilatkan kasut aku. Sekarang!"

"Baik, saya pergi amik kain buruk dulu"

"Kain buruk?! Tak payah! Aku nak kilatkan kasut aku guna baju kau! Hahaha!"

Seung segera menahanku dengan kuat dan menanggalkan pakaianku. Aku langsung tak dapat melawan.

Aku hanya membiarkan pakaianku ditanggalkan. Tiba tiba

"Hoi!! Kau buat apa tu?!"

"Alamak! Kantoi pulak"

Seung berlari meninggalkan aku keseorangan. Seorang gadis comel menghampiriku.

"Awak ok?"

Aku memandang wajahnya kosong.

"Sakit tak? Ada luka kat mana mana?"

Aku menggeleng

"Awak kena bulikan? Jom bagi tau cikgu"

Dia menarik lembut tanganku. Tapi aku hanya membatukan diriku. Aku langsung tak berganjak.

"Awak takut nak bagitau cikgu ke?"

Aku mengangguk.

"Janganlah macam ni. Kalau awak tak bagitau cikgu, awak akan terus dibuli. Awak sanggup ke? Jangan risau, saya ada" dia tersenyum manis ke arahku.

Aku hanya mengangguk dan ikut dia ke pejabat.

Syukur, lepas aku bagi tau cikgu yang aku sering dibuli, aku dah tak kena buli lagi. Seung eunni dah dikenakan tindakan yang setimpal dengannya.

"Awak, terima kasih sebab yakinkan saya untuk bagitau cikgu yang-"

"Aip, janganlah berterima kasih. Memang tugas saya"

Buat pertama kalinya aku tersenyum di sekolah.

"Apa nama awak?"

"Jisoo. Kim Jisoo. Dan awak?"

"Hae Young"

Sejak hari itu kami mula berkawan baik. Di mana ada aku di situ ada Jisoo.

End Flashback.....

Air mataku jatuh dengan begitu laju. Kenapa aku sanggup bunuh kawan sendiri? Betul kata Seok Jin, aku memang tak sedar diri.

Mataku teralih pada pistol yang berada di sebelahku. Ya, mungkin tu je caranya untuk aku tebus kesalahan...

End POV

"Kim Seok Jin! Tunggu!" Inspektor Park berlari mengejar Seok Jin.

"Apa kau nak?!" Seok Jin menengking Inspektor Park.

"Kau ni dah kenapa? Asal bengang sangat?"

"Kau tak nampak ke? Buta? Takpe biar aku bagitau. Hae Young bunuh Jisoo, bro. Takkan kau tak nampak?" air mata jantan Seok Jin mulai jatuh.

"Aku rasa kau yang tak nampak"

"Mwo?"

"Kita dua lari laju gila. Aku perasan yang Hae Young dengan Jisoo kat belakang. Aku nampak Jisoo dah kena gigit. Aku panggil kau banyak kali. Tapi kau? Kau kata biarkan je diorang. Sekarang ni, bila dah jadi macam ni kau salahkan Hae Young seorang. Hae Young tu dah berusaha untuk selamatkan Jisoo. Kau? Apa usaha kau untuk selamatkan kawan kau sendiri? Takde. Aku tak nampak apa apa pun usaha kau. Jadi sekarang ni salah siapa? Kau ke dia? Fikirlah dulu. Aku gi kat Hae Young kejap"

Selepas membebel panjang, Inspektor Park meninggalkan Seok Jin seorang diri lalu terus menuju ke tempat Hae Young tadi.

Inspektor Park ternampak Hae Young sedang membelek pistol.

"Apa yang dia buat tu? Jangan jangan...."

Inspektor Park berlari ke arah Hae Young lalu merampas pistol yang dipengangnya.

"Kau gila ke?!"

Hae Young dengan serta merta menangis dan memeluk Inspektor Park.

"Aku...aku..rasa...bersalah..sangat"

Inspektor Park mengusap lembut belakang Hae Young.

"Dah lah tu" pujuknya.

Hae Young melepaskan pelukkannya. Matanya merenung tajam ke arah wajah Inspektor Park.

"Tolong aku"

"Tolong apa?"

"Tolong aku balas dendam kat semua zombie ni. Kita cari penawar dan benda ni akan selesai cepat"

Inspektor Park mengangguk.

"Aku join"

Tiba tiba Seok Jin menyampuk sambil tersenyum. Senyuman itu dibalas oleh kedua mereka.

Zombie War (PJM) Where stories live. Discover now