Chapter 7

47 6 0
                                    

Tengah malam......

Hae Young duduk berteleku sambil termenung jauh. Entah apa yang difikirnya pun tak tau lahh.

Tiba tiba bahunya ditepuk lembut. Dia menoleh. Rupa rupanya itu adalah Inspektor Park.

"Asal kau ke sini?" tanya Hae Young dengan suara mendatar.

"Aku tak leh tidur. Pastu aku nampak kau kat sini, aku join lepak dengan kau jelah" Inspektor Park menjawab acuh tak acuh.

"Hey, pendek. Apa nama kau? Aku macam pernah nampak kau sebelum ni"

"Please stop call me pendek. Aku ni Inspektor Park Jimin. Inspektor yang soal siasat kau itu hari"

Hae Young hanya men'oh'kan sahaja.

"Kau tu pulak, macam mana kau boleh lari dari lokap?"

"Polis dua ketul tu yang bodoh sangat. Bukan salah aku"

Inspektor Park juga hanya meng'oh'kan sahaja.

Suasana sunyi buat beberapa ketika.

"Hoi, aku minta maaf tau sebab kurang ajar dengan kau siang tadi" ujar Hae Young sambil menghulurkan tangan ingin berbaik.

"Aku pun" Inspektor Park menyambut huluran tangan itu.

Tiba tiba Hae Young tergelak kecil seorang diri.

"Pahal kau gelak tiba tiba je ni?"

"Tak delah, aku just terfikir. Macam mana orang comel macam kau ni boleh jadi Inspektor? Hairan betul"

Pipi Inspektor Park merona kemerahan.

"Kau kata aku apa?" tanya Inspektor Park meminta kepastian.

"Aku kata kau ni comel. Pipi macam mochi, pendek pulak tu. Geram aku tengok" puji Hae Young.

Mata Inspektor Park terkedip kedip.
Pertama kali dalam sejarah kehidupannya sebagai seorang inspektor orang memujinya comel.

"Thanks.." ucap Inspektor Park sambil tersenyum manis.

"Dah lah weyh aku nak tidur ngantuk pula aku" Hae Young segera bangkit dan menuju ke tempat tidurnya.

Inspektor Park hanya memerhati dari jauh.

"Kenapa aku berdegup kencang ni?" tanya Inspektor Park sendiri.

Keesokan harinya...

Mereka berempat bersiap sedia dengan senjata masing masing. Hae Young selaku ketua untuk misi ini mendahului langkah mereka.

"Ingat, zombie ni bahaya. Jangan sampai dia gigit kau" jelas Hae Young.

Mereka menaiki sebuah trak dan memecut laju ke bandar.

Keadaan amat menyeramkan. Dengan cuaca mendung dan keadaan yang kucar kacir itu menambahkan lagi ketakutan.

Seok Jin selaku pemandu hanya fokus pada pemanduannya.

Tiba tiba sekumpulan zombie menerkam trak mereka. Hae Young dengan lebih laju menembak mereka tepat pada bahagian kepala mereka.

"Cepat, tembak diorang!! Make sure kat kepala!!"

Inspektor Park dengan cemerlang menembak kesemua zombie tersebut. Tapi lain bagi Jisoo. Gadis itu hanya tercegat tak buat apa apa.

Tiba tiba pintu trak terbuka dan Hae Young ditarik. Inspektor Park yang sedang sibuk bergelut dengan zombie tak dapat membantu.

Kini, mereka hanya mengharapkan Jisoo.

"Jisoo!! Tembak cepat!!"

Jisoo dengan ragu ragu menyasarkan zombie tersebut. Tapi malang sekali tembakan itu terkena lengan Hae Young.

"Siall!!! Kau buat apa tembak aku?!!"

Jisoo sudah menangis ketakutan. Sah penakut! Kawan dalam bahaya pun tak dapat tolong!

Hae Young tak ada pilihan lain, dia menyepak muka zombie itu beberapa kali sehingga dia terlepas.

Hae Young segera mencapai senapang dan menembak zombie tersebut.

"Seok Jin!! Pecut!!"

Seok Jin menekan enjin kuat dan memecut laju meninggalkan sekumpulan zombie tadi.

Zombie itu kelihatan tak dapat mengejar. Mereka semua menghela nafas lega.

Hae Young duduk bersandar dan menyelak lengan baju dan memeriksa lukanya akibat tembakan tadi.

"Sial kau ni Jisoo! Apahal kau tembak aku?!" marah Hae Young.

"A-aku t-takut" jawapnya.

Hae Young mencengkam kolar bajunya kuat.

"Bodoh, kau dengar sini ek. Kalau kau penakut macam ni, baik tak payah ikut. Menyusahkan, kau tau tak?!!"

Jisoo menangis teresak esak.

"Dah lah tu, meh aku check kau punya luka tu"

Hae Young melepaskan cengkaman itu dan membiarkan lengannya diperiksa oleh Inspektor Park.

Peluru di tarik keluar perlahan. Sakit menguasai diri.

"Sakit!!"

"Sabar, sikit je lagi ni"

Air mata mulai turun akibat kesakitan yang teramat.

"Dah siap. Meh aku balut dengan kain biar darah tak keluar lagi"

Inspektor Park membalut kemas luka Hae Young tersebut.

"Thanks.."

"Hae Young, kita nak gi mana sekarang ni?" tanya Seok Jin sambil memandu.

"Kita minta bantuan dulu sambil tu kita tengok kot kot ada orang yang masih selamat"

Seok Jin mengangguk dan meneruskan perjalanan....

Zombie War (PJM) Where stories live. Discover now