{~8~}

22 0 0
                                    

~SKIP TIME~

BERLY merenung pemandangan sekolahnya itu.

Sebentar lagi dia akan meninggalkan sekolah itu dan pindah ke US bersama dengan Rex atas permintaan papa mamanya.

Berly mengeluh berat.

Sejujurnya dia tidak mau meninggalkan tempat yang sudah banyak memberikan dia kenangan manis itu.

Namun apa boleh buat jika takdir sudah menentukan.

Angin pun mula bertiupan dan Berly tersenyum sambil menikmati ketenangan itu.Dia memandang pula ke arah semua pelajar senior yang memakai baju graduasi mereka iaitu berwarna oren.

Dia tidak memakai baju graduasi nya kerana dia merasa tidak ingin memakainya.

Semua orang mengambil gambar bersama-sama dengan orang tua masing-masing.

Berly pun mengeluh lagi dengan wajah sedihnya.

Dia teringat akan kata-kata orang tuanya yang dikatakan kepadanya beberapa hari yang lalu.

"Berly...papa dan mama tak dapat pergi ke hari graduasi Berly...maaf sebab papa sibuk dengan kerja di pejabat yang banyak sangat perlu diurus..mama pula sibuk dengan jualan cake kat kedai kita tu..ramai sangat pelanggan datang..mama dan papa minta maaf lagi...jadi.. apa-apapun mama dan papa nak cakap tahniah kat Berly,ok?Jadi lah anak yang baik.. pandai-pandai lah jaga diri,ok?..we both love you so much."

Berly mendengus lagi.

"Haih..sedih nampak...kau okay ke..?"

Berly menoleh ke belakang.

Ketika dia menoleh dia melihat Alfred tersenyum ke arahnya dengan lebar sambil berjalan mendekatinya.

Berly menjulingkan matanya ke atas.

Dia menyambung kembali merenung pemandangan sekolah itu tanpa menghiraukan Alfred yang sudah berada di sebelahnya.

Alfred pun berdiri di sebelah Berly dan memandang ke arah pemandangan sekolah.

Berly melirik ke arah Alfred dan memandang ke depan lagi.

Wajahnya hanya selamba saat melirik ke arah Alfred tadi.

"Kenapa kau pergi di sini?Mana baju graduasi kau?"tanya Berly,tanpa menoleh ke arah Alfred.

Alfred memandang ke arah Berly.

Dia tersenyum."Aku tak pakai baju tu sebab aku tau kau takkan pakai baju tu jadi aku ikut kau lah,"kata Alfred.

Berly mengerutkan dahinya lalu memandang ke arah Alfred.

"Apasal pula tiba-tiba kau mau ikut-ikut saya ni?"kata Berly.

Alfred tersenyum lebar.

"Kenapa?Salah ke?Biarlah..bukan selalu pun aku ikut kau,"kata Alfred.

"Haish..yalah..sudah..saya malas mau gaduh sekarang ni..tiada mood betul,"kata Berly lalu memandang ke arah depan lagi.

Alfred tersenyum lalu memandang ke depan lagi.

"Berly..kau masih ingat lagi ke..yang kita dulu suka sangat lepak kat belakang sekolah masa kita sekolah tadika lagi?"tanya Alfred.

Berly tersenyum kecil.

"Memang lah ingat..masa tu..kita naik pokok yang ada di belakang sekolah dan kau nangis sebab jatuh,"kata Berly lalu tertawa.

Alfred mengeluarkan muncungnya sambil merenung Berly yang sudah mentertawakannya.

"Come on lah,Berly...tu kan sudah lama..buat apa nak ingat lagi?"tanya Alfred.

"Macam mana saya tidak lupa kalau muka kau masa tu sangat buruk?Sudah lah masa tu kau ni budak jenis yang kuat nangis,"kata Berly lagi sambil tertawa dengan kuat.

"Wehh,sudah lah tu,Berly..buat aku malu jelah kalau macam ni..kau ni kawan aku ke bukan?Dahlah masa tu kau ngan Nick tinggalkan aku masa pulang,"kata Alfred.

Ketawa Berly perlahan-lahan menghilang setelah mendengar nama Nick disebut.

Wajah sedih pun mula keluar.

Alfred sedar perubahan muka Berly terus saja berdehem.

"Ermm..Berly..maaf..aku..aku tak sengaja..cakap macam tu tadi..tadi tu cuma-"

"Sudah lah,Alfred.."

Alfred merenung ke arah Berly yang sedang menunduk.

"Tak payah cerita pasal dia lagi..saya sudah tidak mau dengar apa-apa pasal dia pun..saya...saya.."

Berly mengetap bibirnya.

Penumbuknya digenggam dengan erat.

Semua kenangan dia bersama-sama dengan Nick terus terimbas semula di dalam fikiran Berly.

Air mata berusaha ditahan sedaya upaya supaya tidak jatuh.

"Sorry,Alfred..saya baru ingat saya ada sesuatu mau buat lagi dalam kelas..saya..saya duluan balik kelas..bye,"kata Berly lalu dia berlalu dari situ.

Alfred terkebil-kebil memandang Berly berlalu.

Dia mengetap bibirnya pula.

Dia tidak puas hati Berly meninggalkannya begitu saja.

Hatinya terasa sangat sakit setiap kali Berly ingin meninggalkannya.

Kenapa dia selalu saja pergi selepas aku sebut nama Nick?Kenapa dia selalu nak menghindar dari kenyataan?Apa dia masih nak mencari Nick?Aku.. aku dah tak tahan.....

Alfred merenung Berly yang sudah sampai di pintu dan ingin membukanya.

Alfred berlari sepantas kilat menuju ke arah Berly dan memeluknya dari belakang.

Berly terpaku.

Serta-merta seluruh tubuhnya keras.

Dia merasakan kehangatan tubuh badan Alfred.

Berly menoleh ke belakang dan cuba untuk memandang ke arah Alfred.

"Alfred..?A-apa yang kau-"

"I love you,Berly......"







Ok..itu saja untuk Bab 8..

Jumpa lagi di bab seterusnya...

Harap di bab ini tidak berapa membosankan,kan?

Ok..hope you guys like it..

Don't forget to vote,coment and share..

Thank you for reading my novel..

mKaY,bYe!!💙💙

Chris..chaw!!😎💙

My Childhood FriendWhere stories live. Discover now