14

4.2K 189 13
                                    

Izam sekarang berada di dalam bas dan dalam perjalanan ke rumah Lisa untuk menjemput Gio. Dia merasa bersalah kerana sudah meninggalkan cafe tanpa pengetahuan Liam selaku bossnya. Tetapi, dia tidak boleh berlama-lama di cafe itu . Hatinya rasa seperti dicabik.

Sesak,itulah yang Izam rasakan sekarang ini. Dia menyandarkan kepalanya di tingkap bas dan termenung dengan nasib yang akan ditempuhinya setelah melihat orang yang dia telah jauhi selama 5 tahun muncul kembali di hadapannya.

Dia tahu Daniel bukanlah orang yang akan dengan mudah melepaskan Izam . Dan lebih parah , Daniel mungkin akan mengambil Gio dari sisinya.

Tidak. Itu tidak akan pernah terjadi .

Izam tidak akan dengan mudahnya melepaskan Gio ke tangan orang yang pernah menolak Gio daripada dunia ini sebelum dilahirkan lagi.

Mata Izam panas , dia ingin menangis saat ini juga. Dia ingin marah , berteriak ,menangis agar dapat mengeluarkan rasa sesak di dadanya .

5 tahun bukanlah waktu yang sekejap bagi Izam untuk berusaha melupakan orang sudah melukakannya, yang sudah membuat Izam untuk sentiasa mengelak daripada cinta.

Namun... kini Daniel kembali membawa seribu satu rasa luka dan sesak untuknya.

_________________

Ting~ Tong~

Lisa yang sedang memerhatikan Gio dan Maxim anaknya yang sedang bermain Beyblade segera berdiri daripada duduknya untuk membuka pintu.

Dia menoleh ke arah jam di ruang tamu seketika. Suaminya kemungkinan pulang awal hari ini.

Cklek

"Ow, Izam. Why are you so early?" Lisa sedikit terkejut melihat Izam. Dia menyangka Izam akan menjemput Gio setelah makan malam. Seperti yang pemuda itu beri tahu kepadanya sebelum pergi ke cafe pagi tadi.

Lisa dapat melihat kedua-dua mata berkaca Izam.

"Hey, are you okay? Did something bad happen?"

Izam hanya mengelengkan kepalanya dan sedikit menunduk untuk mengelap air matanya.

"Masuklah dulu. Let's talk inside." Lisa mengusap belakang Izam dan membimbingnya masuk ke rumah.

Lisa prihatin melihat keadaan Izam sekarang ini. Izam terlalu muda untuk semua ini. Lisa dapat berkenalan dan rapat dengan Izam setelah Mia yang juga merupakan kawan Lisa mengenalkannya kepada Izam.

Izam duduk di sofa ruang tamu Lisa sementara Lisa pergi ke dapur untuk membuat kan teh panas. Lisa ingin Izam merehatkan minda nya dahulu sebelum menceritakan semuanya.

_________________

"Here, a cup of tea for you. Be careful . It's hot."

Lisa menghulurkan secawan teh kearah Izam yang sempat termenung.

"Thank you." Izam dengan berhati-hati menyesap sedikit teh manis khas buatan Lisa.

"So, what happen?"

"Emm, where are Gio and Maxim?" Izam bertanya kembali kearah Lisa sambil meletakkan teh manis itu di atas coffee table.

"They're at the backyard. Playing obviously." Lisa menjawab pertanyaan Izam sambil tersenyum. Dia tahu Izam tidak mahu anaknya mendengar perbualan mereka ini.

Izam mengangguk-anggukkan kepalanya dan kembali menunduk .

"He's back Lisa. He's back." 

"Wait. Don't tell me that -- "

𝘽𝙚𝙞𝙣𝙜 𝙝𝙪𝙧𝙩 (𝙢𝙥𝙧𝙚𝙜) ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora