16

3.9K 192 29
                                    


"Pami! This flapjacks oat are so delicious!"

Suara Gio telah menyadarkan Izam dari lamunannya yang panjang.

Dia terbelenggu didalam dilema.

Selepas sahaja Daniel membalas ucapan terima kasih nya. Izam dengan sedikit berlari meninggalkan tempat itu. Dia tidak menoleh ke belakang biar sekali.

Dia belum berani untuk melihat wajah orang yang pernah meninggalkannya , menghancurkan hidupnya , menolak anaknya sendiri.

Izam ingin segera pulang ke apartmen nya tapi dia perlu menyimpan keinginannya agar masa emas bersama anak kesayangannya tidak terbuang begitu sahaja.

Gio pula tidak pernah menanya apa-apa lagi tentang lelaki yang menolong nya itu. Dia tahu Pami nya mungkin akan marah jika Gio bertanya tentang orang asing yang mungkin sahaja berpotensi menculiknya jika Pami tidak berada di situ.

Gio masih ingat pesan Pami nya setiap kali mereka berjalan kaki sambil berpegangan tangan ke care centre.

"Don't talk to strangers, okay honey?"

Ayat itu selalu keluar dari mulut Paminya.

Tapi lelaki yang menolongnya tadi itu mungkin sahaja kenalan Pami kerana dia juga mendengar Paminya menyebut nama lelaki itu.

Nanti saja Gio menanyakan tentang hal itu. Sekarang dia hanya ingin menikmati Flapjacks Oat buatan Paminya yang dicampuri dengan buah-buahan kering.

________________

"So, that was Gio. Izam's child. No no , our child."

Daniel berjalan berulang alik di dalam bilik hotelnya sambil menyilang kedua tangannya dan mengusap bibirnya. Senyuman tipis terbit dibibirnya seketika.

Dia sedikit gembira dapat melihat Izam . Tapi, dia tidak sangka dapat berjumpa dengan anaknya juga.

Gio terbilang sangat comel. Pipi dan bibir kemerahan Izam telah diwarisi oleh Gio. Manakala, mata dan tatapan teduh sedikit datar Daniel diturunkan ke Gio .

Dengan sekilas pandang , Daniel dapat melihat Izam dari muka Gio.

Sekali lagi dia merasa teramat bodoh, dia tidak tahu bagaimana sebenarnya cara dirinya berfikir dahulu sehingga mengambil keputusan untuk tidak menerima anak yang di kandung oleh kekasihnya sendiri.

Daniel sedar kesalahan fatalnya. Teramat fatal.

Dia tidak tahan lagi. Dia perlu bersemuka dengan Izam. Meminta maaf walau hingga dia mesti berlutut di kaki Izam.

___________________

"Pami, what will you cook for dinner today?" Gio baru sahaja selesai mandi dan hanya memakai baju longgar di badannya.

Dia memberitahu Izam bahawa dia sedang tidak dalam mood untuk memakai pyjamas. Izam hanya mengelengkan kepalanya dan menuruti kemahuan anaknya itu.

Nampaknya Izam perlu menyelimuti Gio dengan selimut yang tebal malam ini.

"Hmmm spaghetti carbonara."

Izam sedikit sibuk menyediakan bahan-bahan dan tidak sedar bahawa Gio telah menarik kerusi ke sebelah Izam yang sedang memotong tomato untuk dicampur ke spaghetti nanti.

"Pami, make it delicious okay?" Gio meletakkan sebelah tangannya di bahu Paminya dan sebelah tangannya lagi terlihat sedikit menggaru pahanya.

"Pami, make it delicious okay?" Gio meletakkan sebelah tangannya di bahu Paminya dan sebelah tangannya lagi terlihat sedikit menggaru pahanya

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Izam tertawa dan menganggukkan kepalanya.

"I promise to make it delicious until you can't stop eating."

Izam meletakkan pisau yang ada ditangannya lalu mengendong Gio agar turun dari kerusi.

"Go play with your toys." Izam menepuk punggung anaknya untuk berjalan menjauh dari dapur.

Gio hanya mencibir kan mulutnya dan pergi ke ruang tamu untuk bermain.

_______________

"Good night sweety." Izam mengusap lembut rambut anaknya lalu mencium kening Gio .

Gio terus ingin tidur selepas makan malam yang hangat itu. Izam tahu anaknya sangat letih setelah seharian berkelah dan bermain di Heaton Park.

Setelah menutup lampu bilik , Izam memasang lampu tidur yang memancarkan starry sky di seluruh ruangan bilik itu. Lampu tidur itu dihadiahkan oleh Mia sehari selepas Gio dilahirkan dan sentiasa dipasang ketika Gio tidur.

Izam menghela nafas lalu berjalan ke dapur untuk mencuci pinggan dan mengemas mainan Gio yang berhamburan di ruang tamu.

Mengemas rumah bukanlah perkara yang berat bagi Izam.

Selepas acara mengemas, dia membuat segelas coffee dan duduk di meja makan sambil menopang dagunya.
Berfikir dan terus berfikir mengingat kejadian yang berlaku di taman tadi.

Kehadiran Daniel terus sahaja menghantuinya.

_________________

Ting tong ~

Bunyi loceng apartmen Izam telah menganggu acara berfikirnya

Dia pelik, siapa sahaja yang datang ke apartmen malam-malam begini. Mungkin sahaja Mia yang datang melawat.

Selain Mia dan Lisa, hanya Liam yang mengetahui tentang alamat apartmen nya. Izam memang seorang yang sedikit tertutup dengan orang lain jika itu menyangkut dengan kehidupannya.

"Mia? Is that you? Wait a second."

Izam segera berjalan ke arah pintu dan membuka lock pintu itu.

Orang yang berada di balik pintu cukup membuat dirinya terkejut.

Orang itu bukan Mia , Lisa mahupun Liam.

Dia...

"Daniel." Izam kembali menyebut nama lelaki itu.

Dia segera menutup pintu. Tetapi tidak sempat kerana tangan kekar Daniel dengan cepat menahan pintu itu dari tertutup.

"Izam please, we need to talk." Izam masih mencuba menutup pintu walau dia tahu kekuatan nya tidak mencukupi dengan kekuatan Daniel yang hanya menahan pintu itu dengan sebelah tangan sahaja.

Izam mengaku kalah. Dia dengan mata berkacanya membuka pintu apartmennya dengan lebar dan memberanikan dirinya untuk menatap mata Daniel.

"Please go and don't bother me."

Suara Izam bergetar menahan tangis cukup membuat hati Daniel menjadi sakit .

Cukup sekali dia membuat Izam menangis. Dia tidak mahu lagi Izam menangis hanya dengan melihat kehadirannya.

"Please." Daniel kembali memohon dengan tatapan teduh. Lihat lah seorang yang ditakuti dan sentiasa tegas dengan orang lain memohon di depan Izam.

"Hiks." Pertahanan Izam musnah. Dia tidak dapat lagi menahan tangisannya.

Hatinya luruh.

TBC

............................................................................

VOTE,COMMENT AND SHARE

don't be a silent reader ~

୧(^ 〰 ^)୨

𝘽𝙚𝙞𝙣𝙜 𝙝𝙪𝙧𝙩 (𝙢𝙥𝙧𝙚𝙜) ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora