32

2.6K 121 3
                                    


"Explain this Izam." 

Izam sekarang sedang berdiri dihadapan Liam yang sedang duduk di meja kerjanya. Mereka berdua berada di bilik kerja Liam sekarang.

Izam terkejut melihat deretan gambar dirinya , Gio dan semestinya Daniel pada hari mereka berjalan-jalan ke pameran tempoh hari.

Izam hanya dapat menyimpulkan satu benda....

"You've been stalking me this whole time?"

Liam membuang pandangannya ke tempat lain. Jujur, dia tidak boleh melihat riak muka Izam sekarang ini.

Dia tahu dia sudah berlebihan dengan cara menggunakan duitnya untuk mengupah orang bagi sentiasa mengawasi Izam dan Gio lalu melaporkan semuanya ke Liam setiap dua jam.

Liam tidak terkejut apabila Izam tiba-tiba berkata bahawa dia tidak dapat mengunjungi majlis hari jadi Liam. Liam tahu semuanya. Dari A hingga Z.

Dia tahu Daniel selalu singgah ke cafenya untuk berjumpa dengan Izam. Manager cafe nya sentiasa melaporkan perkara itu kepadanya.

Liam juga sudah tahu tentang Izam mengunjungi pameran tersebut bersama Gio dan Daniel semasa majlis hari jadinya berlangsung.

Sudah tentu Liam merasa geram. Dia tidak suka miliknya dirampas. Lagi pula Daniel bukanlah siapa-siapa lagi bagi Izam. Daniel tiada hak dalam mempertahankan Izam dan Liam mempunyai kelebihan dalam mendekati Izam.

Selama ini, Liam sudah cukup bersabar. Dia mahu semuanya diperjelaskan oleh Izam sendiri. Dia mahu Izam mengaku. Dia mahu Izam sedar bahawa dia lebih layak dibandingkan dengan Daniel yang jelas tidak bertanggungjawab.

Lagipun, Liam sudah berjanji dengan Izam bahawa dia akan menjaga dan melindungi Izam dari ancaman Daniel. Liam merasa yang Izam sedikit hipokrit dalam memilih.

Jelas lagi bersuluh yang Izam sendiri tidak mahu Daniel. Tetapi, mengapa tiap kali Daniel mendekat. Izam sentiasa menerima pendekatan itu dan seperti menikmati tiap masa pendekatan itu?

Pertanyaan seperti inilah yang sentiasa bermain di minda Liam. Sehingga emosi nya membuak.

"That's not a big deal Izam. Now explain to me what was actually going on."

Liam bercakap sambil menunjuk gambar dihadapannya dengan jari telunjuk nya.

"But still, stalking is wrong Liam."  

Izam masih dengan suara lembut cuba menyurutkan permasalahan ini.
  
Liam menghela nafas lalu dengan sekelip mata menghentakkan kedua tangannya di meja sambil berdiri dari duduknya.                
                                            
"I don't care Izam!"  

Izam tersentak.

Terlihat jelas sorotan kemarahan di kedua mata Liam.
   
Izam yang tidak pernah diperilakukan oleh Liam sebegitu pun terkejut.

Tidak lama selepas itu, Liam menghela kembali menghela nafasnya sembari menggaru sedikit pangkal hidungnya.

"Explain. Please."

Suara Liam melemah. Dia sedikit merutuki dirinya kerana tidak dapat mengawal emosi nya sendiri sehingga dia menengking Izam.

"Okay.. I'll explain. Relax Liam. I'm scared if you like this."

Izam berkata sambil mengigit sedikit bibir bawahnya. Tangan kirinya memegang tangan kanannya. Dia takut dengan sifat Liam yang seperti ini.

Liam sangat dikenali sebagai lelaki yang tenang dan jarang marah. Ini kali pertama dan Izam harap yang terakhir dia melihat dan merasakan sendiri sifat kemarahan dan tempremental Liam.

𝘽𝙚𝙞𝙣𝙜 𝙝𝙪𝙧𝙩 (𝙢𝙥𝙧𝙚𝙜) ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora