15

4.1K 182 20
                                    

• 𝙁𝙡𝙖𝙨𝙝𝙗𝙖𝙘𝙠 •

"Niel, I really want to travel to Manchester . Walking at Castlefield and take pictures in front of Manchester Cathedral."

Izam menyampaikan keinginannya untuk bercuti di Manchester sambil bersandar di dada bidang Daniel.

"One day okay? I promise to take you there."

Daniel tersenyum dan mengusap rambut Izam.

"Really?! Thank you Niel."

Izam mendongakkan kepalanya untuk melihat Daniel dan memberi kekasihnya itu senyuman termanis yang dia miliki sambil memeluk erat badan Daniel.

• 𝙊𝙛𝙛 𝙁𝙡𝙖𝙨𝙝𝙗𝙖𝙘𝙠 •

_____________

Daniel merasa dirinya teramat bodoh .

Kenapa dia tidak pernah berfikir untuk menyuruh orang suruhannya mencari Izam di Manchester?

Kenapa dia boleh melupakan fakta bahawa Manchester merupakan kota idaman Izam?

"Urgh." Daniel mengeluh sambil mengusap mukanya.

Dia baring diatas katil , memikirkan perkara yang perlu dia lakukan seterusnya.

Daniel tidak akan tinggal diam setelah melihat Izam di depan matanya tadi. Dia dengan segera menyuruh Artz untuk mencari lokasi rumah Izam dan menyuruh orang suruhannya untuk mengikuti pergerakan Izam agar Izam tidak dapat lari dari pandangannya lagi.

Drett drett~

Daniel sengaja mengaktifkan vibration mode untuk telefonnya. Dia tidak ingin pemikirannya untuk membawa Izam kembali ke kehidupannya diganggu.

Walau bagaimana, dia tidak mahu ketinggalan apa-apa maklumat tentang Izam daripada Artz dan orang suruhannya yang lain.

Daniel segera mendudukkan dirinya dan mengambil telefonnya sambil satu tangannya lagi mengurut leher belakangnya.

Dia dapat melihat nama pembantu pribadinya "Artz" tertera di screen telefonnya.

"Good evening Tuan." Artz sebenarnya takut untuk menelefon tuannya di jam begini. Tetapi, tuannya pernah berpesan untuk segera memberi informasi jika dia sudah menjumpai apa-apa maklumat tentang seseorang bernama Izam Wijaya.

"Hm, evening."

"Ermm, Saya sudah menjumpai maklumat diri Izam Wijaya sepanjang dia menetap di Manchester."

"Send the information to my e-mail."

"Baik Tuan Daniel."

"How about William? Ada apa-apa pergerakkan?" Daniel bertanya dengan suara yang datar sambil menopang dagunya .

William merupakan salah satu orang suruhan Daniel yang dipercayai dan telah berkerja lama di bawah penguasaan Daniel.

"William sekarang berada di kawasan apartmen Izam Wijaya. Izam tidak pernah keluar daripada apartmennya sejurus selepas pulang daripada cafe."

"Hm okay, great work." Daniel berjalan ke arah tingkap besar yang ada di dalam bilik hotelnya.

" Daniel berjalan ke arah tingkap besar yang ada di dalam bilik hotelnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝘽𝙚𝙞𝙣𝙜 𝙝𝙪𝙧𝙩 (𝙢𝙥𝙧𝙚𝙜) ✓Where stories live. Discover now