1

6.6K 159 18
                                    


KATA ORANG,memori itu pemangkin diri.

Kata orang,apa yang diingat itu dibuat penguat semangat.

Bergantung juga pada situasi yang macam mana.Fend renung terjemahan Quran di tangan.Dah lama masa berlalu,tapi masih terasa macam baru semalam segala benda dan apa yang pengalaman ajarkan padanya tu berlaku.Sekilas dia pandang K² di sebelah.Dan Quran di tangan si teman.Terasa seolah deja vu versi Twilight Zone.Suatu ketika dulu pernah dia bersila bersebelahan begini dengan K²,tapi dalam situasi yang langsung berbeza.

"Chad ajak aku pergi backpacking." Fend mengenang kembali perbualannya dengan K² yang tersimpan dalam lipatan ingatan.

"Pergi Texas?" Balasan K² kepada ayat randomnya tu memang skeptik.

Geleng. "Australia. "

K² hampir ketawa tak percaya. "Bila?"

"Bulan puasa ni. "

"Gila." K² menuturkan sepatah. Lagi seminggu nak mula puasa dah ni.

"Agak la. "

Hening kembali.

'The Prophet (sallallahu alaihe wa-sallam) also urged the Muslims to prepare for death and to take provisions for the Hereafter, He said: "Be in this world like a stranger, or a wayfarer.' (Narrated by Bukhari).

Sepotong lagi hadis daripada buku menerjah kepala.Pesanan nabi yang menyuruh agar bersedia untuk mati dan banyak-banyak buat bekal untuk akhirat.Hiduplah kat dunia ni sebagai orang dagang,bukan pemastatutin tetap yang seolah takkan balik jumpa Tuhan. Memang betul padan dengan mesej dalam The 11th Hour tu. Semua orang patut hidup hari-hari dengan ingat mati dan kena bersedia dengan banyak-banyak buat bekal nak jumpa Tuhan nanti. Kalau pukul 12 baru nak buat bekal, pukul 11 dah mati, betul la mati berputih mata.

Kalau aku ni, bekal apa je yang aku ada? Habuk pun tak ada.

"Kau ingat, kau pernah cakap dengan aku 'there's no such thing as 'wrong' in arts'?" Fend bersuara.

K² memandang Fend. Dia menganggukkan kepala sekali tanda mengiakan. "Kenapa?"

"Apabila fikir balik... aku rasa statement tu macam terlampau liberal sangat. "

Kening K² terangkat sebelah.

"Kalau nak ikutkan statement tu, maknanya tak salah pengukir-pengukir zaman Renaissance tu buat nude statues. Tak salah Michelangelo ukir David macam tu. Tak salah untuk letak crude language dalam lirik lagu atau buku atau apa-apa karya sebab semua benda tu dihalalkan dengan lesen 'seni'. Tak ke?" Fend pandang siling. "Kalau semua benda boleh dibuat atas lesen arts tu, there's no such thing as dosa then?" ujarnya kemudian. Rendah. Lebih untuk telinga sendiri.

"Mana datang... thoughts tu?" K² merenung Fend.

Fend tak terus menjawab. Masih merenung siling. "Random. "

Lambat-lambat K² mengangguk.

"Kau pernah fikir apa yang kau nak dalam hidup sebenarnya?" Fend mengalih mata daripada siling ke dinding di depan.

K² memandang Fend di sebelahnya dengan kening sedikit terangkat. Mana datang pulak soalan jenis macam tu?

Yahya Ibn Mu'adh (radiyallahu anhu) 'May Allah be pleased with him' said: "I don't order you to abandon life but to abandon sins. Abandoning life is a virtue and abandoning sins is a duty, so your need for this latter is greater than your need for the former.

"Pernah dengar nama Yahya Ibn Mu'adh?"

K² geleng.

"Aku pun baru dengar. " Fend mengangguk sendiri. "Dia ahli sufi... . "

Ahli sufi? Mata K² bulat. Mana pulang datang cerita sufi masuk kepala Si Fend ni?

"... salah satu dia punya quote dia kata; 'aku bukan suruh kau orang tinggalkan kehidupan duniawi, tapi aku suruh kau orang tinggalkan dosa. Untuk tinggalkan duniawi tu dikira terpuji, tapi untuk tinggalkan dosa tu tanggungjawab. Dan untuk tinggalkan dosa tu lagi penting daripada tinggalkan dunia." Fend tak mengendahkan reaksi K² di sebelah.

K² dah terdiam.

Fend melepaskan nafas panjang. Dia meraup wajah. "Aku pening. "

"Aku pun. " K² menuturkan di bawah nafas. Pening dengan laku Fend.

Orang yang beriman mengatur seluruh hidupnya sesuai dengan al-Quran dan berjuang untuk melaksanakan dengan hati-hati setiap hari apa yang telah dia baca dan pelajari dari ayat-ayat al- Quran. Dalam segala perbuatannya sejak bangun di pagi hari sampai tidur di malam hari, dia berniat untuk berfikir, berbicara, dan bertindak berdasarkan ajaran al-Quran. Allah menunjukkan dalam al-Quran bahawa pengabdian seperti ini menjadi ciri utama seluruh kehidupan orang beriman. Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. (al-An'am, 6:162)


***


"YA?"
Sekali lagi masuk ke Rune's Regatta untuk minggu ni.
"Boleh saya bantu?"
"Err... kat sini ada jual terjemahan al-Quran?"

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. ~ (al-Fatihah: 6)

(excerpts from Contengan Jalanan - Fend : 26)

Contengan Jalanan (Ramadhan Excerpts)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora