9

1.8K 70 11
                                    

"KAU ORANG BUAT apa hari ni?" Akmal duduk bersila di sebelah Fend.

Ada lima belas minit lagi nak masuk waktu berbuka. Akmal baru sampai. Rajin betul la dia berulang-alik datang ke masjid tengah-tengah minggu akademik ni. Kalau dekat sepelaung tak apa juga. Ni jenuh kena naik kereta! Students lain kebanyakannya tarawih di Malaysia Hall aje.

"Kau orang buat apa hari ni? Jalan lagi ke?" Akmal mengulang tanya. Fend dah tersandar gaya apa je.

"Tak ada pergi mana." Fend geleng.

Uih.... Kening Akmal terangkat. "Kenapa suara kau serak semacam? Kau nak jadi Ramli Sarip ke?"

Fend sengih. "Banyak la kau punya Ramli Sarip. Pulun nak kejar Chad punya fasal la ni." Dia memuncungkan bibirnya ke arah Chad yang sedang duduk di sebelah Tok 'Abdul Qadir dengan Quran di tangan. Tok 'Abdul Qadir tengah semak bacaan agaknya. Lepas zuhur dengan lepas asar tadi pun macam tu. Tak nak kalah, Fend terus buat ikatan bersekutu dengan Imam Zakariyya.

"Main aci kejar dalam masjid?" Dahi Akmal berkerut. Biar benar. Tak kena hambat dengan Imam Zakariyya ke?

"Bukan la." Fend ketawa kecil. "Kejar ni." Dia menunjukkan tafsir Quran mini di tangan. "Aku baru masuk juzuk empat. Chad dah masuk juzuk lima. Mana aci bagi dia khatam dulu." Dia membetulkan letak duduk. "Tapi kau la yang paling jauh tinggalkan kita orang makan asap." Bibirnya mengukir sengih. "Aku jauh lagi nak kejar kau ni. "

Akmal turut mengukir sengih. "Kalau macam ni gayanya, alamat aku pun makan asap la ni." Dia buat muka. "Betul la aku jealousdengan kau orang ni. Cuti pulak tengah Ramadan. Tak aci betul!"

Fend hanya angkat bahu dengan sengih bersisa.

"Tu Chad buat apa dengan ayah Tok 'Abdul Qadir tu?" Akmal turut sama menala pandangan ke arah Chad.

"Mintak tolong dia semakkan bacaan."

"Jealousnya aku...." Muncung Akmal makin panjang.

Fend hanya ketawa.

***

"INGAT TAK masa kecik-kecil, waktu Tok ajar kita mengaji?"

Bibir mengukir senyum di bawah sedar. Nostalgia. Fend mengangguk. "Ingat. Selalu lawan siapa naik juz paling cepat." Ujarnya dengan ketawa kecil sambil membetulkan sandar tubuh ke dinding 'bilik' mereka. Tarawih dah selesai. Hari dah nak menjejak tengah malam.

Chad turut mengangguk dengan senyum nipis. Dia bersandar di dinding bertentangan Fend. "Tapi bila dah besar ni, dah hilang rasa excited nak baca Quran tu." Ujarnya rendah. "Tak tau la tang mana silapnya."

"Sebab kita tak faham maksud dan tak feel, maybe?" Fend merenung tafsir al-Quran di tangan. Teringat semula kata-kata Akmal waktu bersembang selepas tarawih tadi.

"Aim kita bukan sekadar nak khatam je waktu bulan Ramadan ni." Ujar Akmal sambil melunjurkan kaki.

"Hmm?" Dah tu?

"Bagi aku, lebih kepada untuk dihayati. Tak apa kalau tak khatam pun." Akmal senyum. "Apa guna kalau khatam baca tapi erti kefahaman ayat-ayat tu sendiri hilang."

Fend terdiam.

"Macam ada satu ayat dalam Surah al-Baqarah ada sebut. Ayat seratus lapan puluh lima kalau tak silap. Ayat yang sebut fasal nuzul Quran." Akmal membetulkan letak sandar. "Ayat tu cakap pada bulan Ramadan ni diturunkan al-Quran, untuk jadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan jadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah."

"Kau hafal?" Memang kagum sungguh.

Akmal hanya ketawa. "Aku selalu dengar orang sebut." Ujarnya. "Back to the point, ayat tu titik beratkan peranan al-Quran tu sebagai petunjuk dan panduan. Kira void la kalau kita khatam tapi totally missing the major point sebab Quran tu diturunkan. "

Fend renung siling masjid.

"Baca Quran ni patutnya macam baca novel la. Patutnya lebih lagi daripada tu. Baca Quran ni kena ada feel. Kalau tak, tak bawa makna apa." Akmal sengih. "Kalau orang baca novel tu boleh feel habis sampai menangis-nangis, baca Quran ni patutnya berkali-kali ganda lebih feel daripada tu. Patut habis tisu berkotak-kotak kalau betul-betul boleh hayati kalam Allah ni. "

Fend sengih kelat. Nak relate dengan baca novel tu mungkin tak berapa sangat la kut, sebab dia bukan kaki buku macam K². Tapi kalau untuk feel tu, dia boleh relate dengan feel pada lagu-lagu. Memang faham sangat.

"Tu la. Kita ni kadang-kadang berlagak." Akmal senyum segaris. "Kalau baca Quran dengan tafsir, kita sentiasa je letak diri kita jadi 'watak putih' dalam Quran tu. Tapi kita lupa, cukup ke kriteria kita nak jadi 'watak putih' tu. Cukup ke apa yang kita dah buat selama ni untuk dengan bangganya kata 'aku la orangnya yang disebutkan dalam ayat 'wahai orang yang beriman...', 'wahai orang mukmin'... 'golongan-golongan muhsin' tu. Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak ada limit tu? Betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?"

Terdiam dibuatnya mendengar kata-kata Akmal tu. Memang betul pun tu yang selalu dibuat. Ada jugak la rasa perasan 'beriman' tu. Sebab kita memang orang Islam, boleh kut kalau nak perasan macam tu? Tapi betul juga cakap Akmal. Cukup kriteria ke?

"Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi 'watak hitam'. Bayangkan yang diri kita la orang yang diseksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran tu. Bayangkan kita la orang yang kena azab. Baru la kita lagi berlumba-lumba nak lari daripada jadi golongan-golongan tu. Kita ni sebenarnya kadang-kadang tertipu apabila terlampau berangan sangat yang kita ni la 'watak putih', sedangkan amal kita nak melayakkan kita jadi 'watak kelabu' pun tak cukup qualification." Akmal sengih. "Tu aku punya two-cents la. Kau nak terima atau tak, terpulang. "

"Aku rasa masa kecik-kecik dulu aku hafal jugak la satu muqaddam tu. Tapi sekarang ni rasanya asyik ulang baca Fatihah dengan tiga Qul tu je la kut kalau dalam solat." Chad menengadah siling. "Hmm... "

Fend pandang iPod di tapak tangan. Tak kena gaya kalau nak dengar lagu-lagu dalam iPod tu dalam keadaan sekarang ni. Sebab duduk bermastautin dalam masjid. Tapi apabila fikir balik, memang lagi bagus duduk masjid daripada duduk luar. Fend yakin je yang kalau dalam keadaan sekarang ni dia bukan jadi 'penunggu' masjid, entah apa-apa la yang dia buat kat luar tu walaupun tengah Ramadan dan kononnya tengah berpuasa.

iPod mesti masih melekat di telinga dengan lagu-lagu yang dah tentunya tak kena kalau dimainkan dalam masjid. Nak menghabiskan masa dari waktu lepas sahur sampai ke waktu berbuka, kalau tak dipenuhkan dengan tidur sampai separuh hari, mungkin pergi jamming. Tak pun buat movie marathon nak bagi masa berlalu cepat. Tak pun main video game tak ingat dunia.

"Puasa ini, bukan hanya tahan lapar dahaga di perut aja, Nak Fendy. Puasa itu untuk bersihkan roh. "

Suara Bapak Tono kembali terdengar di telinga.

"Chad." Fend memanggil rendah.

"Hmm?" Chad alih mata daripada naskhah tafsir di tangan.

"Laptop kau ada MP3 Quran audio?"

... Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Qur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. ~ (an-Nahl: 89)

(excerpts from Contengan Jalanan  - Fend : 33)

Contengan Jalanan (Ramadhan Excerpts)Where stories live. Discover now