2

3.9K 122 3
                                    

"KAU JANGAN BUAT lembik pulak. Memalukan aku nanti." Chad dah bagi amaran awal-awal lagi masa waktu pakai tali pinggang keselamatan dalam kapal terbang.

"Lembik apanya?"

"Tahan puasa. "

Fend hanya merenungnya kembali dengan kening terangkat sebelah.

"Memang la bermusafir tu ada kelonggaran puasa. Tapi cuba la tengok diri tu tahan ke tak. Kita ni bukannya kena berjalan pun. Duduk naik plane, lepas tu pakat tidur je."

"Ye la... ye la...." Fend malas nak melayan. Ni baru hari ke berapa puasa. Badan tak berapa nak biasa lagi. Konon. Mata pun dah mengantuk sebenarnya. Bangun pagi sangat. Tak sempat nak dengar pun taklimat keselamatan daripada cabin crew pun. Dia dah lelap dulu.

***

DEWAN KETIBAAN Kingsford International Airport, Sydney tak begitu sesak. Mungkin kerana tengah minggu. Tambahan pula bukan musim cuti.

"Ada sesiapa yang tunggu kita ke ni?" Fend memandang keliling.

"Tak."

Uh? "Okey...."

"Jom. Bersedia?" Chad meregang-lenturkan tangan ke depan. Dah gaya macam atlet renang Sukan Olimpik nak mulakan lap pulak dah gayanya.

"Sedia nak ke mana?" Ni memang betul-betul aci buta je ikut pelan Chad ni. Dia sendiri memang tak tau hujung pangkal. Ni la kali pertama jejak overseas pun.

"Cari erti hidup." Chad menarik tali sandang Deuter di lantai.

Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. ~ (al-Mulk: 15)

(excerpts from Contengan Jalanan - Fend : 27)

Contengan Jalanan (Ramadhan Excerpts)Where stories live. Discover now