6

2.5K 84 10
                                    

TAK SAMPAI GENAP 24 jam lagi tempoh duduk sini, tapi benda baharu yang belajar, Subhanallah, dah hampir 1001 macam benda.

Salah satu yang paling perasan, orang kat sini mesti ada subhanallah, alhamdulillah, masya-Allah atau insya-Allah dalam setiap ayat. Agaknya memang tradisi Arab kut? Dengan aku sendiri pun dah terikut sekali. Fend kerut dahi.

Lagi satu, kat sini semua orang panggil yang lain 'brother'. Bukan 'brother' as in 'lek lu, brader!', tapi 'brother' yang terasa macam lebih... mengikat hati? Rasa macam tak ada apa yang membezakan antara semua orang kat sini walaupun warna kulit dan bahasa memang tak sama. Akidahnya masih sama, itu yang penting. Itu kata Bapak Tono tadi.

Pertama kali solat tarawih dengan imam Arab Saudi, pergh... menggigil kepala lutut. Sebab satu malam memang akan habiskan satu juzuk. Imam Zakariyya menangis tengah solat sebab menghayati maksud bacaan, diri sendiri pun terasa nak menangis juga - menangis sebab dah rasa nak tumbang kerana berdiri lama sangat. Huu....

Pertama kali juga merasa tengok jemaah berkumpul untuk berbuka puasa di overseas ni, yang terlintas di kepala tadi - ramainya umat! Segala jenis macam umat pulak tu. Memang la selama ni tau je ada segala jenis bangsa yang agamanya Islam, tapi ni pertama kali tengok yang segala macam bangsa tu berkumpul bawah satu bumbung, makan dalam satu dulang, dan solat dalam satu saf. Perasaan yang... entah. Rasa terharu yang tak tertafsirkan kut. Baru pertama kali rasa yang agama tu memang tak ada sempadan. Islam tu memang tak ada sempadan.

Apabila disebutkan benda tu pada Bapak Tono, salah seorang ahli kumpulan tadarusnya, Bapak Tono terus cakap,

"Allah sudah bilang dalam al-Hujuraat, ayatnya yang ketiga belas, 'Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal'."

Kagum terdiam sekejap. Bapak Tono tu kerja jadi mandur di kilang proses ayam aje. Tapi hafal maksud ayat Quran? Perrgghh....

Brother Ahmad Senna yang dalam satu kumpulan tadarus tadi juga, asal dari Bangladesh. Datang ke bumi Australia ni lima belas tahun lepas kerana bekerja sebagai pensyarah. Brother Ade pula asal dari Republik Congo, datang sebagai pelarian dari negara bergolak tu lima tahun lepas melalui misi keamanan Australia. Brother Kamal, si tukang masak dari Algeria. Brother Rasheed, si doktor merangkap hafiz dari Saudi. Bapak Tono, dah lebih dua puluh tahun bermigrasi ke sini dengan keluarga. Brother Stefan, American Muslim yang datang ke sini untuk buat PhD research. Tu baru nak menamakan sebahagian. Tapi walaupun warna kulit tak sama, bahasa tak sama, semuanya boleh duduk satu bulatan untuk tadarus Quran. Semuanya muka berseri kerana menyambut Ramadan.

Masjid memang meriah sungguh. Kat Malaysia pun tak rasa meriah macam ni. Meriah waktu berbuka dengan moreh tu mungkin la. Tapi meriah dengan tadarus bersungguh-sungguh, perkongsian tazkirah Ramadan, dan suasana tu sendiri... lain benar rasanya kat sini. Ni kut agaknya ruh Ramadan yang Akmal kata tu?

Fend melangkah masuk ke bilik. Baru lepas gosok gigi. Chad masih di bilik air. Akmal yang sudahnya kata nak lepak sekali tidur sini sebab esok Ahad, entah tengah duduk menulis apa.

"Esok kau orang ada pelan apa?" Akmal menegur dulu.

"Entah." Fend angkat bahu. "Ikut Chad." Memang tak tau Chad ada pelan apa.

"Kalau nak aku bawak jalan pusing Sydney, boleh aku bawak esok." Akmal tawarkan diri.

"Boleh la karang cakap kat Chad." Fend angguk sambil melabuhkan duduk di sebelah Akmal. "Kau tulis apa tu?" Fend memandang Akmal yang tengah membawa pen berlari di dalam plannernya.

"Tanda aku punya mutabaah amal." Akmal tak angkat muka.

Huh? Akmal ni bahasanya kadang-kadang dah mengalahkan Tok 'Abdul Qadir dengan Imam Zakariyya. "Bahasa yang aku faham, please."

Akmal ketawa. "Mutabaah ni kira macam checklist la lebih kurang." Dia menerangkan. "Ni lebih kurang aku punya checklist harian la. Benda-benda yang aku aim paling minimum aku kena buat hari-hari." Dia mengunjukkan kertas A4 berlipat dua daripadaplannernya.

Kertas tu bertukar tangan. Mata Fend berlari meniti jadual bertaip tu. Mak ai....

"Ni memang kau buat semua la ni?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ni memang kau buat semua la ni?"

"Lebih untuk rekod diri sendiri sebenarnya. Sebab kita ni manusia kan memang pelupa." Akmal meregangkan kedua-dua belah tangannya ke depan, membetulkan urat yang rasa bersimpul. "Kena la aim tinggi, kan. Kalau aim rendah, dah tentunya benda yang kita buat tu pun subpar jugak." Dia membawa tangan ke mulut menahan kuap. "Adei... dah mengantuk. Satu juzuk sehari aku tak habis lagi." Akmal menggumam rendah.

"Satu juzuk sehari?!"

"Untuk Ramadan, kena la modify sikit. Kena tambah benda-benda yang nak kena pulun waktu Ramadan. Yang solat sunat tu tak termasuk tarawih. Kalau masuk tarawih kira mengelat la." Akmal menggosok mata. "Aku nak khatam Quran dalam bulan puasa ni. Kena la baca satu juzuk sehari paling kurang."

Bulat mata Fend. Gila ke apa? "Sempat ke?" Sehari satu juzuk. Perghh.... Hari ni dah hari ke berapa belas. Maknanya patut dah habis berbelas juzuk? Fuh... mau mencungap dibuatnya tu.

"Sempat je, insya-Allah. Pandai-pandai la cari masa." Akmal angguk. "Sebab tu aku kata aku lagi suka Ramadan kat sini. Tak banyak distraction. Memang betul-betul boleh pulun." Dia memandang jam di tangan. Dah nak hampir tengah malam. "Kat sini tak payah fikir fasal bazar Ramadan, tak payah fikir fasal drama Ramadan kat TV... buat drama sendiri la pakai benda tu." Dia memuncungkan bibirnya ke arah kertas mutabaah amal di tangan Fend.

"Gitu...."

"Kau patutnya lagi best."

"Best apanya?" Kening Fend terangkat sebelah. Tak faham.

"Ye la, kau kan tengah cuti. Tak ada komitmen lain. Memang boleh pulun habis nak khatam Quran, nak buat amal ibadat tengah bulan Ramadan ni." Akmal buat muka. "Jealous aku."

Akmal ni kut ye pun... buat aku malu sendiri je. Chait! Orang dah masuk berbelas-belas juzuk, aku ni satu juzuk pun tak habis lagi, apa cerita? Quran pun baru mula nak bukak sebab terjebak kena masuk group tadarus masjid ni ha.

"Mana kau dapat benda ni?" Fend menyerahkan kembali kertas mutabaah amal Akmal tu kepada tuannya.

"Kalau search dekat Internet pun banyak je." Akmal senyum segaris. "Kalau kau nak aku boleh tolong print nanti. Nak?"

"Nak. "Fend angguk. "Tolong print satu untuk Chad sekali, boleh?"

"Tak ada masalahnya. "

Jumlah benda baharu yang dah belajar sepanjang hari ni dan kena kongsi dengan Chad: 1002.

Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat. ~ (as-Syu'ara: 214)

(excerpts from Contengan Jalanan - Fend : 30)

Contengan Jalanan (Ramadhan Excerpts)Where stories live. Discover now