BLUE : PRE-VIOUS

115 12 2
                                    

BACK TO 2017

30 DISEMBER 2017

“Tahniah, Hae Yoojung. Kahwin juga kau. Rupa tak seberapa, saiz badan pun agak overweight dengan berat badan.”

“Terima kasih.”

“Aku harap suami kau tak sesak nafas malam ni.”

Tawa sinis para tetamu kedengaran sedikit demi sedikit membuatkan hati seorang Hae Yoojung bagaikan tersiat. Dia sedar bahawa rupa dan penampilannya sangat tidak layak hendak digandingkan dengan jejaka tampan yang telah menjadi suaminya. Airmata bergenang di bibir mata. Sedikit sahaja lagi bakal terburai dan akan merosakkan hias dandanannya.

“Kenapa kau undang mereka ke sini sedangkan kau tahu kau bakal dihina?” Kedengaran bisikan sinis menghampiri belakang tubuh Yoojung.

“Salah ke?”

“Aku tak suka perempuan-perempuan tak guna tu merosakkan majlis aku yang tak berapa meriah ni. Cukuplah kau seorang yang dah merosakkan majlis malam ni.” Sekali lagi ayat sinis itu keluar dari bibir suaminya membuatkan hatinya terluka.

“Kau tak payah nak tunjuk drama airmata kat sini. Masuk ke dalam. Jangan keluar selagi aku tak panggil.” Arah suaminya dengan dingin itu diturut oleh Yoojung dengan rela hatinya sendiri. Yoojung cuba berlalu tanpa memandang suaminya.

“Sekuriti, tolong usir dua orang perempuan sihir ni. Merosakkan pemandangan.” Suara suaminya melaung memanggil sekuriti-sekuriti yang berada di pintu pagar. Yoojung hanya melihat dari tepi, dua gadis yang menghinanya sebentar tadi ditarik kasar oleh sekuriti.

Entah kenapa hatinya merasa agak sedikit lega. Yoojung cuba melihat suaminya yang masih berdiri membelakanginya dari jauh. Gadis-gadis yang cantik mula mendekatinya. Mungkin lelaki itu dingin, sinis, kasar juga bersikap buaya. Namun dia lelaki yang paling baik Yoojung pernah kenali. Lelaki yang hanya bakal dicintai oleh seorang Hae Yoojung sebagai status isteri kepada lelaki itu.

“Kim Taehyung...”

_
_

Hadiah buat Kim Taehyung diletakkan di atas katil milik lelaki itu. Bibir Yoojung menarik senyum dengan berharap agar lelaki itu suka akan pemberiannya.

“Kau buat apa dalam bilik aku?”

“Tak ada apa-apa. Saya cuma angkat hadiah-hadiah awak masuk ke dalam bilik seperti yang disuruh oleh eomma.

“Oh. Terima kasih tapi aku tak mahu. Kau ambil semua.” Arah suaminya. Yoojung menunduk hanya akur. Satu persatu hadiah di angkat termasuk hadiah darinya yang ingin diberikan kepada suaminya itu namun ditahan.

“Kau tinggalkan yang satu ni dalam bilik aku. Yang lain, kau ambil.” Arah suaminya lagi. Saat ini Yoojung ingin tersenyum. Hadiah dari pemberiannya diterima oleh suaminya, Kim Taehyung. Yoojung meletakkan hadiah itu di atas katil suaminya dan berlalu membawa hadiah-hadiah yang lain milik suaminya.

Hari pertama menjadi isteri kepada Kim Taehyung membuatkan Yoojung tersenyum. Lelaki itu memang dingin, kasar, sinis tapi dia baik hati. Namun ada sesuatu yang membuatkan hatinya tidak enak dan Yoojung tidak pasti apakah ia.

_
_

“Taehyung, malam ni ada majlis ulang tahun syarikat kita. Kamu perlu hadir.”

“Kalau Tae tak nak pergi sekalipun, Tae akan dipaksa juga. Kan, eomma?” Sindir Taehyung membuatkan eomma Kim cemberut.

“Budak gemuk tu? Kamu nak bawa sekali ke?” Tanya eomma Taehyung. Yoojung yang memasang telinga mula merasa sentap.

“Nak bawa dia ikut sekali? Jangan harap. Tae tak nak orang luar tahu tentang hubungan Tae dengan perempuan tu. Noktah.” Jawab Taehyung. Eomma kelihatan senyum sinis tanda menyokong dengan kata-kata Taehyung.

[ OG ] BLUE 💙 X KTHDonde viven las historias. Descúbrelo ahora