BLUE : 02

116 12 9
                                    

KIM Taehyung tak mampu mengalihkan perhatiannya daripada memerhatikan kecantikan Hae Yoojung itu. Memegang kamera sebesar itu dengan gaya yang profesional. Membuatkan Taehyung semakin tertarik dengan gadis itu.

Ketawa sinis buat dirinya sendiri, apakah yang telah membuatkan sikap buayanya itu tenggelam pada ketika itu? Adakah Hae Yoojung? Sekali lagi tawa sinis buat dirinya sendiri.

“Cantikkan jurukamera tadi? Kalaulah aku dapat.” Ujar Wooshik yang teruja mengingat kembali si Hae Yoojung. Timbul secebis rasa cemburu dalam diri Taehyung.

“Dia aku punya. Aku akan dapatkan dia tak kira apapun bakal terjadi.” Putus Taehyung.

“Kalau aku hendak sekalipun, mesti kau yang akan dapat. Apalah nasib.” Keluh Wooshik. Baru saja dirinya berangan-angan ingin mempunyai hubungan serius jika ada jodoh bersama si cantik jelita namun Taehyung sudah berhasrat untuk mendapatkan gadis itu. Bagi Wooshik, Taehyung bukan lawannya. Karisma lelaki itu terlalu kuat dan mampu mana-mana gadis tertarik dengannya.

“Kau boleh cari gadis lain. Kalau mereka layan kau, aku takkan usik lagi. Tapi kalau Hae Yoojung layan kau sekalipun, dia tetap aku punya.” Taehyung memberi amaran kepada Wooshik dengan serius. Timbul curiga dalam diri Wooshik apabila melihat sikap Taehyung berubah mendadak sebegitu.

“Menarik.” Ujar Wooshik dengan senyuman sinisnya. Dia tahu ada sesuatu yang Taehyung sedang sembunyikan yang membuatkan Wooshik tertarik. Selama ini Taehyung tak pernah menghalangnya mendekati gadis-gadis yang berada disekeliling pinggang Taehyung. Jawapan pasti akan muncul jua.

“Oh wow! Itu bukankah bekas kekasih kau, Taehyung?” Tegur Wooshik apabila melihat seorang gadis cantik yang agak dikenalinya, tapi tidak secantik jelita menawan seperti cik jurukamera Hae Yoojung.

“Bintang drama terkenal, Bae Suzy. Pergilah. Mana tahu rezeki kau.” Kata Taehyung. Wooshik tersengih lalu meninggalkan Taehyung untuk mendekati aktres terkenal itu.

Taehyung hanya melihat gelagat Wooshik yang cuba memikat gadis itu membuatkan dirinya tertawa sinis. Buaya darat, tapi hendak memikat perempuan pun dengan cara yang sama. Bosan. Mujur saja si Bae Suzy itu mahu melayan si buaya daratan mentah itu.

Pandangannya teralih kepada Hae Yoojung yang berjalan dengan seorang lelaki yang sepertinya masih remaja. Taehyung terus bangun dan mengikuti mereka berdua secara senyap.

“Cik Hae balik naik apa? Kalau tak bawa kenderaan, saya boleh hantarkan cik Hae pulang.” Pelawa rakan sekerja Yoojung itu.

“Tak apalah, encik Jeon. Saya datang ke sini memang dah bawa kenderaan sendiri. Maaf, awak boleh balik sendiri. Nanti gambar-gambarnya saya akan email kepada awak sebaik saja saya dah sampai di rumah nanti.” Jawab Yoojung sopan.

Pandangan mata Taehyung dapat meneka bahawa lelaki yang bersama Yoojung itu adalah rakan sekerjanya. Namun pandangan lelaki itu terhadap Yoojung menggugat jiwa lelaki Taehyung.

“Baiklah. Kalau begitu, saya balik dulu. Jumpa esok, cik Hae.” Kata lembut rakan sekerja Yoojung itu.

“Jumpa esok, encik Jeon.” Balas Yoojung sambil melambai ke arah rakan sekerja itu. Lalu Yoojung terus menuju ke arah kenderaannya di parkir. Baru saja ini membuka pintu keretanya, seseorang telah menolak tutup pintu keretanya dan menolak tubuh depan Hae Yoojung melekat ke badan keretanya.

“Siapa lelaki tu?” Kedengaran suara Taehyung berbisik di telinga Hae Yoojung. Badan Taehyung menempel rapat di belakang badan gadis itu sehingga ‘harta’ lelaki itu turut menempel di punggung gadis itu.

“Apa ni? Lepaslah!” Yoojung cuba meronta namun Taehyung terus memeluk tubuh gadis itu dari belakang.

“Siapa lelaki tu?” Tanya Taehyung lagi.

“Lepaskan aku atau aku jerit.” Ugut Yoojung. Taehyung yang berniat mahu mengusik terus melepaskan gadis itu dan gadis itu menolaknya supaya menjauh. Pintu kereta ditarik dan Yoojung terus masuk ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan dan Yoojung terus memandu meninggalkan perkarangan parkir hotel itu.

“I'm amazed.” Ujar Taehyung sendiri apabila mengingatkan tentang kelakuannya tadi. Gadis itu benar-benar menarik perhatiannya. Sesuai dengan citarasanya.

🔹🔹🔹

“Tak guna punya Taehyung. Berani dia cabul aku macam tu. Nasib baik tiada siapa nampak. Boleh pula dia menempel ‘harta’ dia tu kat aku. Ei geli!” Jerit Yoojung seorang diri sambil memandu. Dia tidak boleh melupakan aksi yang berlaku sebentar tadi. Taehyung bukan saja kasanova tapi otak biru! Otak biru yang paling menyeramkan.

Bukannya dia tidak sedar. Taehyung sengaja menggerakkan lengannya agar dapat menyentuh aset besarnya itu. Tak guna. Yoojung mengetuk stering kereta meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Aku benci kau, Kim Taehyung.”

🔹🔹🔹

Keesokkan hari...

“Wah seronok kau meraba cik jurukamera tu semalam? Mesra semacam. Macam dah kenal lama.” Sindir Wooshik sambil bercekak pinggang kerana tidak berpuas hati. Hatinya membara pertanyaannya hanya dibalas senyuman kambing si Taehyung yang mengalahkan orang angau bercinta.

“Macam kau tak pernah nampak aku buat macam tu?” Tanya Taehyung langsung berdiri di atas Treadmill dan perlahan-lahan berlari.

“Aku banyak kali nampak, Taehyung. Tapi semalam lain. Lebih intim. Aku boleh nampak jelas muka kau miang tu. Macam harimau nak mengawan rusa betina kat parkir kereta. Nasib baik aku saja yang nampak.” Bebel Wooshik. Taehyung ketawa kerana merasakan hal itu sungguh lucu lalu berhenti dari lariannya.

“Kau nak tahu siapa dia dalam hidup aku?” Taehyung sengaja mengajaknya bermain teka teki. Wooshik mulai tertarik dan mengangguk teruja.

“Nantilah aku cerita kat kau. Aku dahaga, aku nak beli air. Bye.” Ejek Taehyung kepada Wooshik. Wooshik hanya menahan geram. Tidak berpuas hati.

Taehyung hanya membayang akan sesuatu. Otak putihnya mengimpikan Yoojung kembali kepadanya manakala otak birunya mengimpikan Yoojung berpakaian seksi di atas ranjang menggodanya. Taehyung tertawa sendiri. Sejak kebelakangan ini fikirannya agak lebih nakal sedikit berbanding sebelumnya.

Tentang masa lalu, biarlah dia saja yang mengetahuinya. Hae Yoojung yang dia pernah kenal adalah seorang gadis yang montel, gemuk dan juga rupa paras yang tidak indah. Hae Yoojung kini tampak berbeza. Lebih berkarisma, profesional dan garang. Tapi hanya satu saja yang masih tidak berubah bagi Taehyung.

“Kalau aku ingat kembali tentang dulu, itulah satu-satunya yang masih buat aku geram sehingga ke hari ini. Tapi sayang, tak pernah dapat. Semalam lagilah tak dapat.” Ujar Taehyung dengan rasa kegeraman sambil kedua-duanya tangannya melayang seolah-olah mahu meraba sesuatu.

Wooshik yang perhatikan gerak geri Taehyung hanya menggeleng kepala. Dah serupa orang tak betul otaknya. Memang layak pun dia digelar sebagai Blue Prince. Perangai mengalahkan hentai.

“Alahai, Kim Taehyung. Tak pernah nak berubah.” Keluh Wooshik.

_
_

To be continue

🔹🔹🔹

Update : 4 Sept 2020

[ OG ] BLUE 💙 X KTHWhere stories live. Discover now