BLUE : 01

114 10 8
                                    

29 MAY 2020

Majalah mahal diselak maka terpampang tajuk besar yang mampu mengundang rasa ketawa dalam diri.

JUTAWAN TAEHYUNG KANTOI CURANG DENGAN SEORANG MODEL TERKENAL

“Kau tengok? Kan aku dah kata. Jangan sesekali bermain api dengan Selly. Sekarang, kau sendiri ditimpa masalah.” Sindiran sinis dari teman baiknya, aktor terkenal Choi WooShik sekaligus dengan tawa nakal kedengaran di telinga Taehyung.

“Kau ingat aku takut dengan Selly? Sekali aku buka mulut, kau ingat orang akan percaya cakap Selly? Hey, bila-bila masa aku boleh pecah rahsia dia ada hubungan sulit dengan pengarah syarikat modelling dia tu.” Jawab Taehyung.

“Tapi tak juga kau pecahkan rahsia tu.” Sindir Wooshik membuatkan Taehyung hanya senyum sinis.

“Selagi aku belum dapat apa yang aku nak, selagi tu aku tak akan lepaskan dia.” Jawab Taehyung lagi.

“Kau masih nak pergunakan dia lagi?” Tanya Wooshik dengan wajah yang tidak percaya.

“Mestilah. Orang yang curang harus bayar ganti ruginya sendiri.” Sinis Taehyung.

“Aku bukan apalah kan. Selalunya sekali perempuan dah buat najis kat kau, kau akan senarai hitam mereka. Tapi kau masih nak pergunakan Selly. Itu aku pelik.” Terang Wooshik. Taehyung menjeling ke arah Wooshik.

“Cuma ada seorang perempuan je yang tak pernah buat apa-apa masalah dengan aku sepanjang dia masih kenal aku.” Spontan kata-kata itu terkeluar dari mulut Taehyung.

“Siapa? Aku tabik kat dia sebab tak beri kau masalah. Lelaki macam kau sepatutnya memang layak dicarikan masalah.” Sindir Wooshik lagi. Taehyung membuat habitnya seperti makan gula-gula getah itu. Wooshik hanya ketawa perli.

“Malam ni ikut aku. Aku ada ‘date dengan syarikat kat hotel.” Pinta Taehyung.

“Cakap ‘please’ dulu.” Usik Wooshik.

“Okey. Please. Ikut aku malam ni.”

“Okey. Boleh.”

“Mengadalah kau ni.”

“Biasalah. Aku kan Choi Wooshik.”

“Dan aku kan Kim Taehyung.”

🔹🔹🔹

20:30 p.m.

Seorang gadis berpakaian bisnes kasual berwarna putih dan nude berambut panjang warna keperangan memegang sebuah kamera di tangan kanannya kelihatan sangat elegan. Kesemua lelaki yang berada disitu kelihatan terkedu apabila melihatnya. Lounge hotel dituju bersama rakan lelakinya yang membawa beg besar.

 Lounge hotel dituju bersama rakan lelakinya yang membawa beg besar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[ OG ] BLUE 💙 X KTHWhere stories live. Discover now