HOL4: Good Day

2K 163 25
                                    

Qeen's POV

Aku hanya memerhatikan budak nama Dhir tu datang sekolah dengan berjalan kaki.

Asal dia ni jalan kaki? Kenapa tak guna motor yang aku bagi semalam?

Oh ya, sebenarnya lepas dia blah aku still ikut dia sampai aku tahu location rumah dia. So, aku decide untuk hantar motor sebagai ganti rugi.

But now, dia still jalan kaki.

Lepas balik sekolah, aku ikut dia lagi. Memang takde kerja kan asik ikut orang je?

Macam biasa, aku follow dia dari belakang. Ceh biasa? Padahal baru sekali.

Masa dia tengah berjalan, tiba-tiba dia berhenti lalu menoleh ke arah aku dengan muka yang serius.

Aku keluar dari kereta dan meluru ke arah dia.

"Asal kau ikut aku?" Dhir memulakan bicara.

"Asal kau tak guna motor yang aku bagi?" muka dia seakan terkejut, tapi dia cuba untuk kawal riak wajah dia.

"First of all, aku takde lesen motor. Secondly, yang kau berhutang dengan aku tu basikal, bukan motor. Kau bayar jela apa yang patut, aku tak mintak motor pun. And the most important is, kau tengok tangan aku ni. Perhatikan betul-betul. Nampak macam aku boleh bawak motor ke?"

"Tapi kau pun tak mintak basikal" aku membidas.

"Okay, dengar sini. Untuk ganti rugi, just bagi aku wang secukupnya untuk belikan basikal. That's it. Faham?" aku dapat lihat muka dia yang sangat done.

"Faham. Biar aku bawak kau balik"

"Never mind" belum sempat dia melangkah, aku dah tarik dia.

"Woi, lepaslah!" dengan tangan dia yang masih berbalut, dia tak cukup kuat untuk melawan aku. Aku terus mencampakkan dia ke dalam kereta aku dan pasangkan dia seat belt. Dia menjeling manakala aku tersenyum sinis melihat dia.

Rumah dia takdelah jauh mana dari sekolah, sebabtu dia sanggup berjalan.

Sampai sahaja di depan rumahnya, aku keluar dari kereta untuk bukakkan pintu kereta belah dia.

"Tak payah nak bukakkan pintulah. Aku bukannya princess" aku tak tau kenapa, tapi aku tersenyum masa dia cakap macam tu.

Aku bukannya apa, masalahnya aku yang tersiksa tengok dia terbelit-belit dengan seat belt tu.

"Dhir?" aku terdengar suara perempuan dari rumah dia.

"Eh umi?"

Hadhir's POV

Aku terkejut tengok umi yang dah sedia ada dekat rumah. Come on la, umi selalu balik pukul 10 malam kot. Kadang-kadang dia balik 8 malam.

"Awalnya umi balik harini?" aku menyalam umi.

"Ha'ah. Umi tutup kedai harini. Ada problem sikit. Tu siapa? Kawan Dhir ke?" umi menunjuk ke arah Qeen Wazir.

Dia hanya tersenyum.

"Masuklah dulu, makcik ada masak nasi briyani harini" umi ni memang mesra orangnya, tapi tak payahla mesra dengan Qeen Wazir ni.

"Takpelah, makcik" alhamdulillah dia tolak pelawaan umi.

"Haish, masuk jela dulu" umi? Pleasela.

"Ok" dia mengangguk sambil tersenyum. Oh, shet.

"Duduklah dulu dekat meja makan, kita semua makan sama-sama" Qeen Wazir terus duduk di meja makan. Aku hanya mengeluh.

Hater Or Lover?Where stories live. Discover now