HOL27: Confession

1.5K 124 27
                                    

Qeen's POV

Harini aku tumpangkan Dhir pergi sekolah memandangkan semalam aku terus hantar dia balik rumah lepas hangout. So, basikal dia masih ada dekat sekolah.

"Ye dho tah pape dorang tu"

"Hahahahaha"

Sedang aku dengan Dhir memulakan hari dengan ceria, munculnya si guruh menghancurkan kegembiraan kami.

"Hai Dhir!" gedik Olivia.

Oh my gosh, boleh buta mata aku tengok dia ni lama-lama.

"Apa you nak Olivia?" Dhir bertanya seakan tak berminat. Memang dia tak minat pun!

"Eh, nak tegur pun tak boleh ke? Kata kawan" Olivia bermain-main dengan rambut blonde nya. Aku tahu warna rambut dia fake, aku tak tahu macam mana dia boleh lepas masuk sekolah dengan keadaan macam ni.

"I know your real intention" aku menyampuk.

"Dah tu, kenapanya?" dia menjungkitkan sebelah keningnya kepada aku.

"Kau tahu kan Dhir dah tak suka kau. Tak payahlah kacau dia lagi" aku mengerutkan kening aku sekerut yang boleh.

"Dah lah Qeen, kita blah je" Dhir menarik tangan aku pergi jauh daripada gangguan syaitan.

Nasib baik kewujudan Dhir menyejukkan mata aku. Takdelah terbakar tengok Olivia tu.

Eh, asal aku yang panas ni.

Kehadiran aku di kelas 5 Phoenix disambut oleh Karl dan Danny. Bagus, kalini Karl tak tidur, Danny tak busy sapu kelas.

Aku terus mendapatkan tempat disebelah mereka. Satu keluhan yang kuat dihasilkan sesaat aku menghenyakkan punggung di atas kerusi yang keras.

"Asal bro, murung je nampak" Karl menegur aku.

"Weyh, apa yang perlu kita buat kalau kita suka dekat someone ni, but kita takut dia akan benci kita bila tahu perasaan sebenar kita pada dia?" aku bertanya sambil mata aku merenung keluar tingkap yang sebenarnya takde pemandangan pun sebab kena lindung dengan pokok besar.

"Nak confess dah ke bro?" Danny bersuara.

Aku menggeleng dengan perlahan.

"Aku takut segala yang aku ada sekarang akan hilang" aku hanya merenung ke arah meja yang kosong. Eh tak, sebenarnya ada banyak kesan conteng daripada pelajar senior tak bertauliah yang fikir harta sekolah ni bapak dia punya.

Jangan pelik kenapa parent aku tak hantar aku pergi sekolah swasta. Aku yang tak nak. Aku takut kat situ banyak budak riak. Ceh, padahal dekat sini pun sama sebenarnya.

"Bro, perasaan kalau pendam lama-lama, nanti parah" Danny memegang lembut bahu aku.

"Kenapa Farah pulak tiba-tiba?" Karl membuat muka keliru. Aku rasa nak tumbuk je muka malay mix chinese tu biar hilang semua handsome dia, padan muka takde orang suka nanti.

"PARAH bukan FARAH. P. A. R. A. H."  Danny menunjal dahi licin Karl. Thank you Danny.

"Aku rasa, kalau aku jadi kau pun aku tak tahu nak confess ke tidak. Kalau dia terima, boleh jadi partner. Kalau reject, jadi musuh terus ni!" kata Karl dengan bersungguh-sungguh.

Terima kasih Karl kerana anda berjaya membuatkan saya semakin risau.

Knock knock

Seluruh isi kelas terdiam apabila terdengar bunyi ketukan pintu.

Apa kuno sangat ketuk pintu bunyi knock knock, lain kali bunyilah ping ping ke, hawaw hawaw ke. Ok, stop it.

Hater Or Lover?Where stories live. Discover now