㌞ 〉106 : their organ.

519 99 41
                                    


Taehyung memandang ke arah Sarang. Dia memerhatikan Sarang dengan pandangan yang serius. Apabila melihat gadis itu seakan terpaku dengan kata-katanya tadi, dia terus menjarakkan dirinya daripada Sarang.

" aku ini tak guna kan? " dia meramas rambutnya dengan wajah yang dingin. Pandangannya redup sahaja.

Sarang hanya mendiamkan diri. Bercakap tentang parents, dia teringatkan ibu bapanya juga.

" tak, jangan cakap begitu. " Sarang memegang bahu Taehyung lembut. Taehyung tetap tak berikan sebarang respon.

Sarang yang menyedari keadaan mula jadi hening itu mengetap bibirnya. Perlahan-lahan dia mendekat Taehyung dan memeluk lelaki itu daripada belakang.

Taehyung dapat rasakan dia kini berada di penghujung dalam menahan tangisannya. Sarang mengusap abdomennya lembut, memberikan semangat.

Akhirnya Taehyung menangis. Bahunya terhinjut-hinjut sambil dia cuba untuk menyeka ke semua air matanya. Tetapi ia tak berjaya kerana air matanya tak henti-henti mengalir.

Sarang memusingkan badan Taehyung dan menarik leher lelak itu ke dalam dakapannya. Dia menepuk-nepuk perlahan belakang badan Taehyung.

" aku mahu jumpa mereka. " kata Sarang lantas mengukirkan senyuman nipis.

Esakkan Taehyung semakin kuat apabila mendengar ayat itu. Sarang hanya mendiamkan diri sambil tangannya mengusap dan mengelus rambut Taehyung dan lehernya.

Ini mungkin akan ambil masa.


Taehyung mematikan enjin keretanya sebaik sahaja mereka tiba di sebuah perkarangan villa yang kelihatan begitu mewah dan megah. Sarang yang melihat seakan tak percaya bahawa itu merupakan kediaman Taehyung sejak kecil.

Taehyung bertuah.

Matanya dilirikkan ke arah lelaki tu. Dia melihat reaksi Taehyung yang seakan ragu-ragu. Nampak seperti lelaki itu takut juga ada.

Sarang meraih tangan Taehyung lantas mengenggam nya erat. Taehyung terus memandang ke arah Sarang. Matanya berkerdipan.

" everything gonna be okay. " Sarang berkata dengan nada yang meyakinkan. Dia ukirkan senyuman manisnya. " i'm here. " sambungnya lagi.

Taehyung rasa lega sedikit. Dia tahu dia ada Sarang bersamanya jadi dia tak rasa begitu ketakutan apabila menapak masuk ke dalam rumah yang dia sudah lama tinggalkan ini.

" mari. " Sarang membuka pintu keretanya kemudian melangkah keluar. Taehyung menarik nafas panjang sebelum melepaskan nya. Dia juga turun daripada kereta tersebut.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam villa itu. Begitu besar, tetapi sunyi. Tiada sesiapa kelihatan. Sarang memandang sekeliling, ianya memang mewah. Malang sekali, tiada penghuni. Jadi sekarang villa ini kelihatan villa yang menyeramkan.

" mereka ada di bilik sejuk di dapur. " Taehyung berkata dengan nada mendatar. Sarang terhenti daripada langkahnya kemudian menoleh ke arah Taehyung.

Taehyung masih lagi ada di hadapan pintu, tak melangkah masuk ke dalam villa itu.

Sarang memandang Taehyung dengan pandangan simpati. Dia mengorak langkah menuju ke arah lelaki itu seraya memegang lengan Taehyung.

17 July.  Where stories live. Discover now