Chapter 2 : Firasat Berbicara

2.8K 63 6
                                    

Aku menggangar tibanya aku di sekolah pada pukul 8.15 malangnya tekaan aku silap..

"Naufallll!!! Kenapa kamu lambat" marah cikgu Zarina kepadaku..

"Kamu tahu tak sekarang pukul berapa!!!"

"Masa itu emas, kamu tahu tak yg kamu bazirkan 30 minit awal waktu pengajaran saya"

Aku diam tak terkata sebab aku tahu silap aku kerana terlewat bangun..

"Wtf. Aku lewat sebab lambat bangun lah, aku tahu sekarang pukul 8.45, adoi apehal kau tak faham aku" aku bermonolog dalam hati sahaja yg mampu..

"Pergi duduk tempat kamu, jangan ulang kesilapan yang sama lagi" ujar cikguku..

"Baik cikgu" kata aku bernada perlahan lalu terus duduk di tempat belajarku..

"Weh, kau apehal lambat ni, ada problem ke kt rumah, ada apa2 berlaku ke?" tubian soalan daripada kawan baikku, Ujair yang duduk bersebelahan denganku..

Haa inilah kawan baik aku yang susah senang aku cerita lebih2 kat permulaan tu, aku kenalkan nama dia Muhd Ujair bin Saman..

"Ishh ko ni, aku baru je sampai ni, nantilah aku cerita" kata aku kepenatan..

"Yelah, balik nnti kau cerita, kita balik sama2 okay" kata Ujair..

Aku malas nak layan dia lalu terus menumpukan pelajaran seperti biasa..

"Ok kelas, kamu semua tahu tak harini hari apa?" Cikgu Zarina bertanya..

"Tahu cikgu, harini hari perpisahan cikgu Wahid" kata kawan2 aku di dlm kelas..

"Haa nasib ingat, korang ada bawak hadiah tak untuk cikgu Wahid? Cikgu dah ingatkan semalam, cikgu harap smua beri hadiah tanda terima kasih kerana mengajar kamu selama ini" cikguku berkata..

"Alamakkk, aku lupaa lahhh nak bawak hadiah, aduhhaiiii hadiah tu aku letak atas meja study aku, mcm mna nii" aku bermonolog dan berasa risau seketika..

"Kenapa ni Naufal, kau okay ke tak?" tanya Ujair..

"Weh ada masalah besar ni, aku tertinggal hadiah kat atas meja study aku, lewat bangun punya pasal lah ni, mcm mna ni?" ujarku kepada Ujair..

"Kau ni, takpela kau bagi hari esok pon boleh. Lagipon esok kita cuti hari sabtu, aku pon bosan duduk rumah, nanti aku teman kau. Jangan risau aku tahu tempat tinggal cikgu Wahid" kata Ujair dengan relaksnya...

Aku pon bernafas lega. Nak buat mcm mna lagi dah terlupa bwk hadiah, aku pon ikut sajelah rancangan si Ujair ni..

***********************

Selepas waktu rehat, sambutan bermula. Sambutan perpisahan cikgu Wahid berjalan seperti biasa dengan lancarnya seperti yang dirancang oleh pihak sekolah.

"Terima kasih ye semua, saya terharu dan sangat berat untuk meninggalkan sekolah ini, saya harap kamu semua teruskan belajar sehingga mencapai kejayaan" ucapan cikgu Wahid kepada semua pelajar..

Setelah ucapan berakhir, sesi pemberian hadiah berlangsung, semua pelajar dalam kelas aku beri hadiah kecuali aku. Aku berasa sangat bersalah terhadap cikgu Wahid. Maafkan aku cikguu, huuu sedihh...

***********************

Selepas berakhir sambutan tersebut, aku bersama Ujair balik bersama-sama menaiki bas sekolah....

Nampakk norr menipuu kat situ hahaha, takdela, aku berjalan kaki saje dengan dia. Takde duit aku nak byar transport. Baik aku beli kasut sekolah baru. Seksa aku pakai kasut sekolah koyak ni. Huu..

"Weh betul ke kau tahu rumah cikgu Wahid ni" aku mulakan perbualan..

"Yela, aku dah lama tahu rumah dia, dekat saja taklah berapa jauh sangat daripada rumah kau" Ujair membalas..

"Mana kau tahu rumah dia ni? Setahu aku cikgu Wahid, cikgu ganti saja untuk sementara waktu" tanya aku..

"Ala kau ni naufal, aku ni kan serba tahu hahaha, rumah cikgu Zarina pon aku tahu, kau chill2 je" Ujair meyakinkanku..

Ketika tengah aku syok2 berbual dengan Ujair. Aku dapat merasakan kehadiran seseorang dibelakangku.

"Ujair kau ada rasa apa2 tak" aku bertanya..

"Haa? Rasa apa? Biasa je. Kenapa?" Ujair pelik..

"Aku dapat rasakan mcm ada org tengah perhatikan kita lah" aku mula curiga..

"Ehh takdela, kau tgk belakang, kiri kanan, takde sapa pon weh, relaks lah, ilusi kau je tu" Ujair cuba menenangkan aku..

Aku yakin aku dapat merasakan kehadiran seseorang. Suasana rasa lain mcm tau. Walaubagaimanapon, aku hiraukan jela dan anggap ianya hanyalah ilusi aku semata-mata..

"Haa betul cakap kau, mungkin fikiran aku yang bercelaru seketika" aku mula positifkan diri...

Inilah merupakan salah satu sebab aku sayang Ujair ni, sebab dia selalu meyakinkan aku dalam apa jua keadaan. Aku beruntung menjadikan dia sebagai kawan...

Bersambung ~

Nafsu Seorang Psiko [HIATUS]Where stories live. Discover now