Chapter 8 : Darah Berharga

2.3K 50 6
                                    

"Naufal"

"Naufall"

"Naufallll"

Kedengaran suara lelaki berbisik di telingaku. Mataku terpina dan aku dalam keadaan separuh sedar.

"Siapa tuh?"

"Ehh, betul ke tak kenal suara ni? Hehe.."

"Ayah ke? AYAHHHH!!!!!"

Aku peluk ayahku dengan erat

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

Aku peluk ayahku dengan erat. Rindu yang tidak terkata. Hati yang kian rapuh kini bersuara. Setelah sekian lama tidak berjumpa. Akhirnya...

"Ayah pergi mana? Naufal rindu ayahhh huhu.." aku menangis seketika di pangkuan ayahku..

"Ayah ada je selama ni, cuma Naufal yang tak perasan hahah" gurau ayahku..

"Ishh, ayah ni! Naufal serious nih, ayah tahu tak Naufal betul2 rindukan ayah?.."

"Ye, ayah tahu. Naufal kan anak lelaki ayah. Laki kena kuat! Mna boleh nangis2 mcm tu ye sayang ayah sorng ni.." ayahku cuba untuk memujuk..

"Hmm, ayah ni!" kata aku sambil bergurau senda dengan ayah..

"Naufal. Naufal nak tahu tak apa yang paling berharga bagi ayah dalam dunia ni?.." ayahku menyoal..

"Emm. Tak tahulah ayah. Apa dia?.." aku menanyakan kembali..

"Keluarga. Ayah rindu dengan keluarga ayah. Ayah rindu nak dengar bebelan mama Naufal. Ayah rindu nak layan karenah anak2 ayah dua org ni hehe. Ayah sangat rindu!.."

"Alaaa ayah nie. Terharu Naufal mcm ni. Kalau ayah rindu cepat2 la balik ye. Kami smua menunggu ayah!" ujarku kepada ayah..

"Naufal, bagaimana keadaan ibu dan kakak sekarang?.." tanya ayahku..

"Alhamdulillah. Ibu sihat dan kakak pon okay saje. Tapi kan ayah, kakak dapat tawaran ke kelas musik piano tau. Tapi dia tolak tawaran tu selepas......

Aku diam seketika..

"Mama pon sama, sekarang ni mama dah semakin baik. Mama hari2 masak makanan yang sedap2 untuk kakak dan Naufal. Sebelum ini, mama sangat sedih dan down selepas......

"Selepas ketiadaan ayah?" ayahku menjawab dengan tenang sambil senyum kepadaku..

"Ayah? Kenapa cakap macam tu? Ayahkan ada depan mata Naufal sekarang ni? Kenapa ayah?.." aku mula sebak dan ingin menangis..

"Naufal. Ayah nak Naufal janji dengan ayah boleh? Ayah takkan selama-lamanya ada tapi..."

"Tapi apa ayah? Tolong berhenti kata begitu. Naufal tak sanggup.."

"Naufal janji dengan ayah tolong jaga mama dengan baik okay. Mama perlukan kekuatan daripada anak2nya untuk teruskan kehidupan. Ayah mungkin tiada di mata Naufal, tapi ayah akan sentiasa di hati Naufal. Boleh tak anak kesayangan ayah?.." ayahku berkata sambil terukir senyuman di wajahnya..

Nafsu Seorang Psiko [HIATUS]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ