Chapter 4 : Metafora Bertanya

1.6K 62 9
                                    

Matahari sudah terbit tingginya. Pagi yang sangat cerah. Tingkapku kian bercahaya. Hari yang sangat bagus untuk keluar rumah..

"Ya Allah!!!! SUBUH TERLEPASSSS!!!" aku terjaga daripada tidur..

Jam telah menunjukkan pukul 9.00 pagi. Aku rasa bersalah kerana tidak menunaikan kewajipan huuuu..

"Mama!!!!! Kenapa tak kejut adik subuhhh, adik rasa bersalah tahu tak" aku tanya seraya keluar daripada bilikku..

"Kamu tu dah besar. Sepatutnya kamu yang kena bangkit sendiri. Jangan mengharapkan org saja nk kejut" mamaku dengan relaksnyaa menjawab..

"Haa padan muka kau, get ready for azab" kakakku, Erin tetiba menyampuk..

"Kau nak aku masuk neraka kerr" aku sedikit marah dengan Erin..

"SELAYAKNYA" Erin dengan bangganya menjawab..

Dahh aku malas nak layan dia. Perangai tak pernah nak elok. Hari2 duk sakat aku. Dia ingat aku apa. Tapi aku tetap sayang dia as a sister. Dia tu baik je kekadang tapi tulah mulut PUAKA!!

*************************

Aku kembali ke bilik untuk mengambil phone aku. Tiba-tiba aku teringat mesej semalam. Lalu aku check kembali di laman whatsapp aku..

"Kau memang lembab"

"Hidup kau takkan aman"

"Hati kau akan sentiasa gelisah"

"Kau takkan tenang"

Pertanyaannya membuatkan aku berfikir yang dia ni mungkin org gila atau pon stalker. Uishh aku ade peminat ker? Hehe..

"Perghh sapalah yang rajin sangat spam mesej2 karut ni" aku berloteh seketika..

"Dahlah, baik aku delete and block nombor ni. Makin lama makin mengarut pulak jadinya nnti" kata aku sambil terus delete and block..

Belum sempat aku menekan button block. Tiba-tiba...

"LET'S KILL THISS LOVEE, RAMPAPAM PAPAM PAPAMM AHH"

"WOII, sapa pulak call aku ni" alangkah terkejutnya bila aku lihat yang call aku itu si Unknown Number..

"Apahall diaa call aku nii? Taknak aku jawab" aku teruss menekan button "letak gagang" warna merah tu. Aku tahu phone aku punya language bahasa melayu so korang jangan pelik..

Tidak lama kemudian.. Phone aku kembali sunyi.. Seperti ribut tiada angin.. Seperti hujan tiada air.. Kembali menyepi ~~

TIBA-TIBA...

Aku mendapati yang phone aku menerima mesej baru daripada seseorang. Aku tidak berani untuk membacanya. Malangnya terkantoi keluar kat notification aku..

Ujair : "Naufalll? Kau dah lupa ke harini kita nak pegi rumah cikgu Wahid? Kan kau nak bagi hadiah"

Naufal : "Haahlah aku lupa pulak. Nak pergi pukul berapa ni Ujair?"

Ujair : "Dalam pukul 4 petang macam tu? Kau on tak?"

Naufal : "Haa boleh lah tu, aku on je"

Ujair : "Okay, see u bebeh"

Naufal : "Banyak lah kau"

Selepas itu, aku terus tutup phone aku dan solat dhuha kejap mintak ampun sebab terlepas subuh tadi.. huhu..

Lepastu, ada masa2 lebih ni apa lagi? Movie TIME!!!!! aku habiskan seharian cuti aku dengan menonton filem2 ganas and seram je..

Btw, korang jangan pelik tetiba ringtones aku lagu blackpink. Aku ni fans blackpink jugak ye. Aku bukannya tgk movie seram je. Dalam hati aku ada taman jugak hahah. Jangan kecam..

Bersambung ~

___________________________________

P/S : hi korng.. srsly terharu bila korng baca novel karut ni hahah 😭 kalau ada apa2 yg kurang boleh komen ye utk saya perbaikikan lagi.. terima kasih byk2 😊

Nafsu Seorang Psiko [HIATUS]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ