4 : Yasemin Morteza

5.6K 246 20
                                    

Note from author : Please press button vote and drop your comments.

Terjemahan Turkish 
[Anne-Ibu]

________________________________

"HOI !"Nona menepuk bahu Ayuni yang masih diulit mimpi. Sudah tiga kali dia datang ke bilik Ayuni. Tetapi wanita ini masih nyenyak tidur. Kali pertama dan kedua, Nona ada rasa belas ehsan, tetapi kali ketiga lebih baik dia kejut. Bimbang jika teman baiknya itu sudah Al-Fatihah..  

"Em.." Ayuni mengerang tidak selesa apabila lenanya di ganggu. Dia tidak mahu bangun. Tak sanggup rasanya untuk menghadapi kenyataan sebenar tentang Adam Fath yang sudah mempunyai anak dengan Inara. Patut lah tergesa-gesa bertunang. Rupanya dah ada nak. Getus Ayuni dalam hati. 

"Ayuni bangun subuh je tadi lepas tu tidur sampai sekarang. Makan tidak, mandi pun tidak." Adu Fiza kepada Nona memandangkan hanya temannya itu sahaja yang berani berkeras dengan Ayuni. 

Nona terus menyelak lengan bajunya untuk melihat jam tangan. Sudah pukul 3 petang dan Ayuni masih belum makan? Dah kenapa perempuan ni? Sakit ke? Terus Nona melekapkan belakang tapak tangannya ke dahi Ayuni. Tak panas. 

"Kau kenapa? Beb.. Tak sihat ke?" Soal Nona lembut. Tangannya menarik tubuh Ayuni yang membelakanginya agar terlentang menghadap wajahnya. 

"Laaa awatnya mata bengkak ni? Kau menangis ke?" Soal Nona terkejut apabila melihat sepasang mata Ayuni yang sembap. Masalah apa lagi lah perempuan ni. Susah betul ada kawan cengeng ni. Nona ketuk dahinya sendiri. 

Muncung Ayuni panjang. Bibirnya tercebik-cebik seperti hendak menangis. "Adam.. Adam dah ada anak dengan Inara." 

"Hah? Anak? Memang lah dia ada anak dengan Inara." 

"Hah? Jadi kau pun tahu selama ni?" Soal Ayuni semula dengan nada kecewa. Sampai hati Nona benci macam ni pun nak berahsia.

Nona angguk. "Iya lah, semua orang tahu. Anak tekak, anak kucing, anak ikan. Aku tengok banyak anak ikan mereka bela sama-sama dekat rumah Inara." Jawapan yang keluar dari mulut Nona membuatkan Ayuni rasa nek cepuk mulut temannya itu. 

Orang cakap pasal anak perempuan lah! Bukan anak kucing, ikan tu semua. 

"Kau buat lawak ke?" Ayuni jeling dan tarik bantal semula menutupi mukanya. Dah lah dia sedang berada dalam keadaan kecewa. Boleh pula Nona nak buat lawak bodoh. Tak kena betul dengan timing

"Iya lah, aku gurau je. Kau sebut Adam ada anak ni, tentang apa?" 

"Semalam aku jumpa Adam lepas tu ada seorang budak kecil dengan dia. Adam kata tu anak dia dengan Inara. Mereka akan kahwin sebab budak tu lah. Dah besar anak Adam dengan Inara, 12 tahun dah."Cerita Ayuni dengan nada lemah. Masih terasa sakit dengan kenyataan tersebut. 

"Budak kecil? Siapa?" 

"Anak dia lah! Kau ni.. Kan aku dah cakap tadi anak dia dengan Inara. Pekak ke? Ish malas lah cakap dengan kau ni. Buang air liur aku je." Rungut Ayuni apabila Nona masih tidak faham dengan apa yang di sampaikannya.Elok-elok nak mengadu boleh terus jadi gaduh. 

"Aku tak pernah dengar pula dia dengan Inara ada anak. Lagipun kau cakap dah 12 tahun. That's mean, masa tu Inara bawah umur lagi. Hmm macam tak logik je. Sekarang pun Inara baru 24 tahun. Kalau tolak-tolak tak kan masa dia mengandung umur 12 tahun pula" Terang Nona panjang lebar dan wajah Ayuni mula berubah serius. 

Betul juga ek apa yang di katakan oleh Nona. 

Lagipun dia pernah terbaca yang Adam menetap di Turkey sejak dia berumur 11 tahun. Jadi masa bila dia bersama dengan Inara yang masih muda tu? Rasa kecewa yang mengalir dalam tubuhnya mulai hilang sedikit demi sedikit. Wajah yang muram menjadi ceria dalam sekelip mata. 

Secret RomanceWhere stories live. Discover now