04💭

269 52 8
                                    

Kami sambung perjalanan kami ke Gwangju. Semakin dekat dengan destini kami, semakin membuatkan aku rasa gemuruh.

Aku takut untuk bersemuka dengan keluarganya, terutama ommanya.

•••

"Yoojin ireona. Kita dah sampai" kejut Yunho.

Aku mencelik mata aku dan melihat sekeliling aku.

Kini kami berada di tempat parking.

"Jom. Kita dah sampai" ajak Yunho yang sudah siap membetulkan tie yang dipakainya.

"Jakkaman" aku mencapai beg tangan aku lalu keluarkan barang makeup aku untuk baiki solekan aku.

Aku melihat wajah aku di cermin kecilku.

"Biar saya tengok" kata Yunho sambil meletakkan tangannya di kedua belah pipi aku.

Dia merenung wajah aku dengan senyuman manis.

Jantung aku mula berdeguo dengan laju.

Mataku terbeliak apabila dia mencium dahiku.

"Awak dah cukup cantik" beritahunya yang masih meletak tangannya di kedua belah pipi aku.

Aduhaiiii boleh pengsan aku macam ni sebab jantung aku tidak henti-henti berdegup dengan laju.

"Kajja" ajak Yunho lalu keluar dari kereta.

Aku keluar dari kereta dengan perasaan gemuruh.

Yunho memegang kemas tangan aku lalu kami masuk ke dalam bangunan yang terletaknya dewan perkahwinan di tingkat 5.

•••

Keluar sahaja dari lif, kelihatan ramai orang berkumpul di depan dewan. Mereka saling sapa antara satu sama lain dengan peramahnya.

Di depan pintu dewan, terdapat beberapa orang wanita dan lelaki berusia sedang menyambut tetamu yang datang.

"Oh! Omma" sebut Yunho apabila dia ternampak Ommanya.

"Omma awak? Mana?" Soalku gemuruh.

"Tu. Yang pakai dress purple tu" beritahu Yunho sambil menunding jari ke arah wanita yang berusia 40-an memakai dress warna purple.

"Jom kita pergi ke Omma saya" ajak Yunho teruja.

"Jakaman. Saya takutlah" kataku jujur.

"Tak perlu takutlah. Omma saya dah anggap awak macam anak dia dah. Dia tak sabar nak jumpa awak tau" beritahu Yunho.

Kata-kata Yunho itu menaikkan keyakinan aku.

"Jinjja?"

"Nae. Kajja"

Yunho menarik tangan aku dan bawa aku ke arah Ommanya.

"Omma!" Panggil Yunho.

"Oh! Yunho!!"

Omma Yunho terus memeluk Yunho yang tinggi itu sebaik sahaja nampak Yunho.

"Oh! Yoojin. Omma rindu sangat dengan kamu. Dah lama kita tak berjumpa" kata Omma Yunho sambil memeluk aku.

Woah! Aku tak sangka! Omma Yunho sangat baik.👍 Omma siap bahasakan 'omma' pada diri dia dengan aku. Woahhh!!! Bangganya akuuuu

"Yoojin pun rindukan Omma" kataku walaupun aku tak pernah junpa dia sebelum ini.

"Yunho, kamu bawa Yoojin masuk dalam dulu. Nanti Omma masuk" arah Omma Yunho yang sedang sibuk menyapa saudara maranya yang dah lama tak jumpa.

"Nae Omma. Yoojin kajja" ajak Yunho.

Aku hanya mengikut Yunho ke mana dia bawa aku memandangkan dia hanya memegang tangan aku sepanjang masa.

"Oh tu dia Gunho" kata Yunho sebaik sahaja jumpa seorang lelaki yang sedang duduk di meja khas untuk Keluarga.

Gunho? Jeong Gunho?! Itu bukan ke adik Yunho! Woahh!!! Untungnya aku dapat jumpa adik diaaa!!!😃

"Yah Gunho" tegur Yunho sambil menepuk bahu adik lelakinya itu.

"Hyung! Oh! Yoojin nuna pun ada. Annyeonghasaeyo" sapa Gunho adik kepada Yunho.

"Annyeonghasaeyo" balasku dengan senyuman lebar.

Yunho menarik kerusi lalu menyuruh aku duduk. Woahh sweetnya dia niiii😍

Yunho duduk disebelah aku.

"Hyung, malam ni kita main game nak tak" ajak Gunho.

"Game? Boleh je"

Aku hanya mengelengkan kepala. Aku tahu yang Yunho amat gemar dengan game.

"Ouh ye. Kitaorang rancang nak pergi main boling selepas habis majlis ni" beritahu Gunho.

"Ouh yeke. Okey juga tu. Dah lama Hyung tak main boling. Yoojin awak okey?" Soal Yunho padaku.

"Saya okey je" jawabku dengan senyuman.

"Yah Yunho-ah" tegur seorang perempuan.

"Oh! Yeona! Woahh!! Lama aku tak jumpa dengan kau." Sapa Yunho ramah.

"Memang pun. Susah betul nak jumpa kau sekarang ni. Maklumlah idol kannnn" usik yeoja itu yang dikenali sebagai Yeona.

Yunho hanya gelak kecil melihat gelagat Yeona.

"Oh! Annyeonghasaeyo" sapa Yeona pada aku apabila perasan akan kewujudan aku disitu.

"Annyeonghasaeyo" balasku mesra.

"Yeochin Yunhokan?" Soalnya.

"N-Nae.." Aku masih kekok mengelarkan diri aku sebagai yeochin Yunho. Hehehe😋

"Uwuuu...cantiknya" puji Yeona sambil memandang Yunho nakal.

Yunho hanya tersenyum.

"Dahlah. Aku nak pergi jumpa Ahjumma Kim. Nanti kita sambung berbual lagi" kata Yeona dan berlalu pergi.

Kami sempat melemparkan senyuman antara satu sama lain.

"Siapa tu?" Soalku pada Yunho.

"Cousin saya. Dia model tau" beritahu Yunho.

"Ouh..." Aku menganggukan kepala aku.

"Yoojin-ah saya nak pergi tandas sekejap. Awak duduk je dekat sini dengan Gunho okey?"

"Okey"

"Nah pegangkan cincin ni" Yunho membuka cincin yang dipakainya lalu menyarungkan di ibu jari aku.

Dia mengusap kepala aku dan berlalu pergi ke tandas.

Aku memandang cincinnya yang tersarung di ibu jari aku.

Walaupun cincin itu di sarung di ibu jari aku, cincin itu tetap longgar.

Aku masih tidak percaya yang aku diberi peluang untuk meluangkan masa bersama Yunho begini. Inilah memori paling indah seumur hidup aku.

Tapi, apa terjadi selepas 7 hari nanti? Aku akan hidup seperti kehidupan asal aku ke? Sedihanyaaa. 7 hari terlalu sikit untuk aku. Huhuhuuu...








TBC

DREAM || Yunho ATEEZWhere stories live. Discover now