10💭

227 45 7
                                    

Aku menelan air liur melihat ramen yang sedang masak. Aku mengusap perutku tidak sabar ingin makannya.

Pandangan aku teralih ke arah pintu rumah aku apabila terdengar bunyi password aku ditekan.

Aku berjalan mendekati pintu rumahku sambil membawa senduk.

Aku memandang jam dinding yang menunjuk pukul 9: 30 malam.

Aku memegang kemas senduk aku apabila pintu rumahku dibuka seseorang.

Aku menghembus nafas lega apabila wajah Yunho menyapa pandangan aku.

"Oh? Awak nak buat apa dengan senduk tu?" Soal Yunho sambil menanggalkan kasutnya.

"Ha? T-Tak ada apa" kataku sambil menyorokkan senduk itu di belakang aku.

"Sekejap. Sedapnya bau. Awak masak sesuatu ke?" Soal Yunho sambil berjalan menunju ke dapur.

"Nae"

"Woah! Ramenlahhhh" Yunho memandang ramen itu dengan penuh rasa teruja.

"Awak nak ke? Kalau awak nak, saya masak satu lagi" soalku.

"Boleh juga"

"Okey. Awak duduklah dulu. Mesti awak penatkan" kataku sambil mengambil sebungkus ramen di rak simpanan makanan kering.

"Nae. Saya nak bersihkan diri saya. Saya tumpang mandi dekat bilik air awak ye"

"Nae"

•••

Aku duduk di depan grand piano aku sebaik sahaja aku habiskan ramen aku.

Yunho hanya memandang aku sambil menghirup ramennya.

Aku mula menekan-nekan papan kunci piano itu. Seluruh rumahku di hiasi dengan alunan bunyi yang lembut.

Yunho menghayati alunan bunyi itu sambil menghabiskan ramennya.

Aku memainkan pelbagai lagu dari Yimura iaitu ahli piano kegemaran aku.

Sebaik sahaja Yunho menghabiskan makananya, Yunho duduk sebelah aku.

Dia terpegun melihat jari jemari aku menari di atas papan kunci itu.

Aku tersenyum melihat riaksinya yang kagum itu.

Aku mula mengubah lagu.

Aku memainkan lagu Light dari ATEEZ.

Yunho memandang aku terkejut.

"Oh? Ini lagu Light!" Kata Yunho teruja.

Aku berhenti menekan papan kunci piano itu lalu memandang Yunho.

"Yunho-ah. Saya nak minta sesuatu dari awak boleh tak?" Soalku dengan penuh berharap.

"Apa?"

"Tolong nyanyikan lagu Light untuk saya. Saya suka sangat lagu tu" mintaku.

Yunho mengusap kepala aku.

"Boleh je" kata Yunho lalu membasahkan tekaknya dengan air kosong.

Aku memainkan bahagian korus iaitu bahagian yang bermula dengan Yunho.

"Neoyeotguna my shine light
Unmyeonggachi on true light
Bamhaneul sok seororeul bodeon starlight

Seororeul barabon sungan
Eoduun bameun geochigo
Geu aneseo urin bitna"

Jantungku berdegup dengan laju apabila Yunho menyanyikan lagu salah satu kegemaran aku itu.

Yunho menyanyikan lagu itu sambil memandang aku dengan senyuman. Senyumannya membuatkan aku turut tersenyum.

Senyumannya sungguh menawan.

Aku tamatkan lagu itu dengan sempurna.

"Woahhhh!!!" Aku menepuk tangan aku begitu juga dengan Yunho.

•••

•DAY 4•

Y

unho awal-awal pagi lagi sudah keluar dari rumahku. Katanya hari ni group mereka ada sertai program sukan yang di anjurkan oleh stesen Tv MBC iaitu ISAC.


Korang rasa aku akan pergi atak tak?

Jawapannya, sudah semestinya aku akan pergi. Jadi, aku perlu uruskan hal dekat syarikat dahulu.

•••

Aku melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Oppaku.

Oppaku yang pada mulanya ralit menaip sesuatu di laptopnya, terus memandang aku apabila aku masuk ke dalam bilik pejabatnya.

"Oppa~" aku mula keluarkan suara memujukku. Hehe😁✌

Youngkwang Oppa menyilangkan tangannya lalu memandang aku.

"Oppa~ Boleh tak Yoojin minta cuti hari ni?" Soalku sambil bermain mata dengan Oppaku.

"Jadual pelancaran telefon baru dah buat?" Soalnya.

"Dah"

"Dapatkan perjanjian dengan syarikat PK Group?"

"Dah"

"Perjumpaan dengan Encik Kim Shin?"

"Dah"

"Minta B--"

"Minta BTS jadi model untuk iklan telefon baru kita, Dah. Yoojin dah selesaikan semua tu" kataku dengan semangatnya.

Youngkwang Oppa tersenyum lalu memganggukan perlahan kepalanya tanda puas hati.

"Jadi....Oppa benarkan Yoojin cuti hari ni?" Soalku.

Youngkwang Oppa memandang aku lalu lemparkan senyuman.

"Nae." Jawabnya ringkas.

Aku tersenyum lebar.

"Gomawo Oppa!"








TBC









DREAM || Yunho ATEEZWhere stories live. Discover now