15💭

227 44 0
                                    

Alang-alang ada Yunho sekali, aku ajak dia sekali pergi jenguk Gallery aku.

Papan besar yang tertulis 'YooYun Gallery' di atas bangunan besar itu menarik perhatian aku.

"Kajja" ajakku.

Kami menyapa pengawal yang menjaga Gallery itu lalu masuk ke dalam bangunan itu.

"Woah! Besarnya! Memang betullah ini Gallery yang paling besar dekat Korea." Kata Yunho yang kagum melihat keluasan Gallery itu.

Lukisan-lukisan yang dibuat oleh pelukis-pelukis terkenal sudah di gantung di dinding.

Banyak juga duit yang aku keluarkan untuk beli lukisan-lukisan itu. Tambahan lagi sukar untuk mendapatkannya.

"Pembukaan Gallery ni lusa kan?" Soalnya.

"Nae"

"Emm...kalau lusa, jadual saya kosong rasanya. Jadi, bolehlah saya datang" ujarnya.

Tapi...esok last kami bersama macam ni. Mustahil Yunho nak datang ke hari pembukaan tu...

Aku bawa Yunho ke pejabat aku.

"Woahhhh besarnya bilik awakkk. 3 kali lebih besar dari Dorm saya" ujar Yunho sambil melihat sekeliling bilik aku itu.

Aku hanya tersenyum segan menerima pujian Yunho itu.

Aku terjumpa papan lukisan lebih di bilil stor.

Mentol lampu💡muncul di atas kepala aku.

"Yunho" panggilku.

•••

"Yunho, awak jangan gerak tau" amaranku sambil memakai apron.

"Nae.." Yunho duduk dengan tegak dan tidak buat sebarang pergerakan.

Aku tersenyum kecil melihat Yunho yang angkuh dengan arahan aku.

Aku menyusun semua warna air untuk melukis Wajah Yunho.

Aku merenung wajah Yunho sebelum mendaratkan berus di papan lukisan itu.

Tapi lain pulak yang jadinya. Jantung aku berdegup dengan laju sebaik sahaja memandang wajah Yunho.

Selepas beberapa saat aku merenung wajahnya, aku mula mendaratkan berusku di papan lukisan itu.

•••

Kalau aku dah mula melukis, benda yang terjadi dekat sekeliling aku tidak lagi aku peduli.

Aku melukis wajah Yunho dengan sangat perinci. Mata dia, Hidung dia, bibir dia...

"Yoojin, lama lagi ke? Badan saya dah kebas-kebas ni?" Soal Yunho yang mula lenguh.

"Sabar sekejap. Sikit lagi" kataku sambil menacap semula apa yang patut.

Sedang aku leka menacap lukisan itu, aku dapat rasakan ada angin mendarat di pipiku.

Aku memandang ke arah kanan aku dan..

Wajah Yunho menghiasi pandangan aku.

Dia membongkokkan badannya bagi memaraskan wajahnya dengan wajahku.

Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah aku.

"Macam mana?" Soalnya.

"N-Nae?"

"Lukisan saya"

"Ah? Aaa...Lukisan awak. Dah. Dah siap." Kataku sambil meletakkan berus di tepi.

Yunho melihat hasil lukisan aku.

"Woah! Nampak reallah!" Puji Yunho.

"Saya rasa macam tengok diri saya dalam cermin pulak" sambungnya.

Aku hanya tersenyum. Baguslah kalau dia suka.

•DAY 7•

☉☉☉

Mata aku rasa berat je nak buka. Tak tahu kenapa hari ni badan aku tidak berapa selesa. Badan aku juga terasa lebih panas berbanding sebelum ni.

Aku menyiapkan diri aku lalu pergi kerja.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik pejabat aku dengan lemah.

Aku memandang ke arah kelenda yang berada di atas meja aku.

Hari ni hari terakhir aku bersama dengan Yunho. Aku perlu mengisi masa yang ada ini dengan Yunho.

Tapi...Hari ni Yunho agak sibuk. Huhuuu...😔

Tok! Tok!

Aku mengalih pandangan aku ke arah pintu bilikku.

Terpapar wajah Youngkwang Oppa sebaik sahaja dia melangkah masuk.

"Oh! Oppa. Oppa buat apa datang sini?" Soalku sambil membetulkan kedudukanku.

Youngkwang Oppa duduk di kerusi di hadapan aku.

"Oppa nak tanya, persiapan pembukaan untuk Gallery Yoojin esok dah siap ke? Nak Oppa tolong apa-apa tak?" Soalnya.

"Yoojin dah tempah seseorang untuk siapkan majlis pembukaan tu. Jadi semuanya dah selesailah." Beritahuku.

Youngkwang Oppa menganggukan kepala tanda faham.

Pak!

Terhincut bahu aku apabila tiba-tiba Jeong Galhee dan Choi Bona muncul sambil meletupkan benda alah untuk hari jadi tu.

Aku tak tahulah apa ke benda nama benda alah tu. Kalau Korang faham baguslah. Kalau yang tak faham tu buat-buat faham je lah. Eheheh😅 maaf semua.

"Chukahae Cik Kim!" Ucap beberapa orang pekerja yang lain.

Aku memandang mereka terkejut. Bila masa diorang ada dekat bilik aku ni? Patutlah aku rasa macam diperhati je dari tadi...

"Sedihlah kami nanti kalau Cik Kim dah tak kerja dekat sini..." kata Bona sambil membawa kek.

"Ye la tu...entah-entah suka saya tak kerja dekat sini lagi" balasku.

"Mana ada..." bantah Bona.

"Cik Kim. Chukahae sebab berjaya tubuhkan Gallery paling besar dekat Korea ni" ucap Galhee sambil hulurkan sejambak bunga kepada aku.

"Gomawo." Balasku sambil mencium bau bunga tulips yang diberinya.

"Cik Kim! Cepat tiup lilin tu" arah salah seorang pekerja di situ.

Aku berdiri di depab kek yang dipegang oleh Bona.

"Cik Kim, buat hajat"

Aku menutup mata aku lalu buat hajat aku.

Selesai sahaja aku buat hajat, aku meniup lilin itu.

"Yeayyy!!!!" Sorak mereka.

Semasa dalam suasana kegembiraan itu, tiba-tiba badan aku menjadi lebih panas berbanding pagi tadi.

Aku mencangkung tidak tahan menanggung kesakitan di kepala aku.

"CIK KIM!"

"Yoojin! Kenapa ni?" Soal Youngkwang Oppa yang melutut di depan aku.

"Yoojin rasa, Yoojin tak berapa sihatlah" ujarku.

"Biar Oppa bawa Yoojin ke hospital" Youngkwang Oppa mengangkat aku seperti bridal style.

"Kamu semua sambung buat kerja masing-masing. Galhee kalau saya tak balik semula pada pukul 1 tengah hari nanti, awak batalkan semua jadual saya hari ni" kata Youngkwang Oppa sebelum dia meninggalkan bilik itu bersama aku.








TBC











DREAM || Yunho ATEEZWhere stories live. Discover now