05💭

235 49 3
                                    

Habis sahaja majlis perkahwinan itu, seperti yang di rancang oleh keluarga Yunho, kami singgah ke pusat boling.

Lama juga aku tidak main boling.

Kali terakhir aku main boling semasa aku bersekolah menengah tinggi.

Aku melihat monitor di atas yang terdapat nama-nama permain.

Tak tahu kenapa, aku rasa teruja melihat nama Yunho di monitor itu.

Perasaan peminat itu masih membuak-buak dalam diri aku ini.

Keluarga Yunho sangat peramah dengan aku. Aku terasa seperti sebahagian ahli keluarga mereka.

"Nah air" Yunho hulurkan air tin kepada aku lalu duduk di sebelah aku.

"Gomawo" ucapku.

Yunho hanya balas dengan senyuman.

"Malam ni, kita bermalam dekat rumah keluarga saya tau. Esok pagi kita balik ke Seoul. Awak okey kan?" Soal Yunho.

"Tidur dekat rumah keluarga awak? Emm..saya seganlah..."

"Tak perlu seganlah. Rumah kami, rumah kamu juga" sampuk Omma Yunho yang terdengar perbualan kami.

"Terima kasih Omma" ucapku.

Omma Yunho hanya balas dengan senyuman lalu sambung bermain boling.

"Omma awak baiklah" kataku pada Yunho.

"Betul tu. Omma saya sangat baik. Dia selalu belikan apa je yang saya nak masa kecil" beritahunya.

"Woahhh untunglah. Ouh ye. Nah cincin awak tadi. Saya lupa pulak nak bagi tadi" aku hulurkan cincinnya kepadanya.

"Tak pelah. Awak ambil jelah cincin tu."

"Tapi...jari saya tak muatlah dengan cincin ni"

Yunho tiba-tiba membuka rantai yang tergantung di leherku.

Dia gantungkan cincin itu di rantai itu. Yunho memakaikan semula rantai aku.

Aku melihat cincin Yunho yang kini tergantung di rantai aku.

"Cantik. Kalau awak rindu saya, awak tengoklah cincin tu"

"Gomawo" ucapku.

•••

Aku masuk ke dalam rumah keluarga Yunho dengan segan-silu.

Sekeliling rumah itu penuh dihiasi dengan gambar-gambar Yunho seperti rumah peminat fanatik.

Aku terpegun melihat gambar-gambarnya itu.

"Kajja. Saya tunjukkan bilik awak" ajak Yunho.

"Nae" aku mengikut Yunho masuk ke dalam satu bilik.

"Bilik siapa ni?" Soalku sambil melihat patung-patung minion yang tersusun rapi di rak.

"Bilik saya" beritahu Yunho sambil mengambil bantal lebih di almarinya.

"Jinjja?! Woahhhh"

Aku gembira dapat melihat bilik idol kesayangan aku.❤

"Awak tidurlah dekat sini"

"Tapi, awak?"

"Saya tidur dekat bilik Gunho"

"Ouh okey."

"Selamat malam"

"Selamat malam"

Yunho sempat wink kepada aku sebelum keluar dari bilik itu bersama bantalnya.

Aku rasa aku perlu buat pemeriksaan pada jantung aku. Jantung aku dah buat banyak kerja hari ni disebabkan Yunho sering membuatkan jantung aku berdegup dengan laju.

Aku melihat gambar-gambar Yunho ketika kecil yang digantung di bilik itu.

Comelnya Yunho masa kecilll😍

Aku curi-curi ambil gambar Yunho masa kecil itu. Gambar itu aku set sebagai profile untuk panggilan Yunho. Comelnya diaaa. Nak je aku cubit-cubit pipinya.








TBC



DREAM || Yunho ATEEZWhere stories live. Discover now